Gaya Hidup

“Hati-Hati Bergurau Di Depan Kamera” – Ryan Bakery

Share

Berhati-hati apabila bergurau di hadapan kamera, demikian pesanan Ryan Bakery selaku pempengaruh media sosial.

Apabila bergurau sesama rakan terdekat, warga maya yang tidak mengenali kita secara peribadi mungkin akan tersalah faham dengan gurauan itu apabila ianya menjadi tular.

“Kita melawak dengan kawan, kita tahu tahap (gurauan) kita dengan kawan, best friend kita macam mana, kan?” kata Ryan ketika ditemui Maskulin.

Ryan berpesan sedemikian mengambil pengajaran dari kesilapannya sendiri suatu ketika dahulu, yang dia anggap sebagai salah satu kenangan terburuknya.

“Waktu saya kahwin, saya melawak dengan sahabat-sahabat saya. Video itu cuma silapnya pergi post,” jelas Ryan.

Ikut Mana Yang Baik

Bagaimanapun, perkara itu adalah lumrah bagi seorang pencipta kandungan media sosial

Baginya, pencipta kandungan juga adalah manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan

“Yang baik, ikutlah. Yang tak baik, janganlah ikut saya,” tegasnya.

Tambahnya, seorang pencipta kandungan perlu berhadapan dengan pelbagai kritikan dari manusia yang adakalanya positif, namun ada juga yang negatif

“Benda tu pun kalau kita tak kuat pun boleh termakan (diri) juga, kan?” nasihatnya lagi.

Pencipta Kandungan Boleh Bawa Manfaat Jika Betul Caranya

Dalam pada itu Ryan juga bersetuju pencipta kandungan mampu membawa manfaat kepada masyarakat jika dilakukan dengan ilmu dan cara yang sepatutnya.

Hal ini kerana, kandungan di media sosial boleh dicipta dari pelbagai sudut, sama ada hiburan hinggalah pelajaran.

“Ada yang daripada tak tahu pasal enjin, tahu pasal enjin…. Daripada orang tak tahu belajar math (matematik), boleh tahu belajar math.

“Semua melalui content-content creator

juga di media sosial,” ujarnya.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

IKLAN