Apa guna mengharap kalau si dia sedang berbahagia dengan pasangan baharu? Tak ada maknanya dia nak berfikir tentang anda!

Bangkit dan berlalu pergi. Cukuplah bazirkan air mata untuk seseorang yang tidak menyayangi kita lagi.

Meskipun telah kita hadiahkan segunung cinta dan selaut kasih, andai tiada jodoh dan ada selingkuh yang berulang, masih nak pertahankan?

IKLAN

Ada baiknya anda move on dan bina semula masa single anda dengan pelbagai perkara yang lebih baik kerana :

Hati sakit, prestasi terjejas



Boleh naik gajikah kalau anda berterusan membiarkan hati anda sakit sehingga menjejaskan prestasi pekerjaan anda? Ada baiknya anda fokus pada kerja dan cuba tambah baik tentangnya. Mana tahu tiba-tiba anda boleh naik pangkat? Bukankah ia jadi satu berita yang bagus?

Dekatkan diri dengan Tuhan



Berapa banyak pahala yang anda buat bersama dengan si dia? Atau terlalu gembira sehingga terlupa ada sang Pencipta yang perlu disembah dan akur kepada perintah utamanya? Anggaplah kesakitan ini sekadar ujian daripada Tuhan tanda rindu dan akan menggantikan orang yang lebih baik.

Ada orang di sekeliling anda



Hargai mereka yang ada di sekeliling anda. Bukan paksa mereka pergi daripada hidup anda dengan menghalaunya. Kerana orang yang anda tak paksa stay itulah yang pergi meninggalkan anda. Sedih bukan? Jadi, hargai mereka yang ada memberikan semangat kepada kita.

Mantapkan ekonomi



Apabila bercinta, bukan senang anda nak kawal ekonomi. Duit gaji pun boleh habis untuk buat pasangan kita bahagia dan tersenyum. Biar pun dia berkata, “Saya tak harapkan duit awak pun,” kenapa nak melabur untuk sesuatu yang belum pasti? Sebagai saranan, kembali bangkit dengan kerja keras sehingga ada saving, rumah dan kereta yang sudah dihabis bayar. Kemudian, carilah insan yang tak tahu anda sudah miliki semua itu.