
Ramai lelaki menganggap rutin membersihkan telinga dengan cotton bud selepas mandi sebagai tanda kebersihan diri. Tapi tahukah anda, tabiat ini sebenarnya antara punca utama masalah pendengaran dan kecederaan telinga termasuk risiko menjadi pekak walaupun di usia muda.
Menurut pakar kesihatan Dr Ahmad Samhan, laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendedahkan lebih 1.1 bilion individu berumur 12 hingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran. Salah satu puncanya ialah gaya hidup moden yang terlalu bergantung pada earbuds, headphones dan tabiat mengorek telinga menggunakan cotton bud.

Bahaya Penggunaan Cotton Bud
Pakar perubatan estetik, Dr Kenneth Wong, menegaskan bahawa cotton bud merupakan antara alat paling tidak sesuai digunakan untuk membersihkan telinga. Tekanan ketika memasukkan putik kapas boleh menolak tahi telinga (serumen) lebih dalam hingga menyebabkan saluran telinga tersumbat dan akhirnya pendengaran berkurang.
@dr.kennethwongcf Bahaya putik kapas (Cotton bud)! #drkenneth #telingasakit #telingarosak #gegendangpecah #gegendangtelingabocor ♬ original sound – Dr Kenneth Wong
Lebih membimbangkan, ramai individu melakukannya sambil tidak fokus — misalnya ketika menonton TV atau bercakap di telefon. Jika cotton bud ditolak terlalu dalam, gegendang telinga boleh pecah, menyebabkan kesakitan melampau dan dalam kes tertentu, pekak kekal.
Tanda-Tanda Telinga Anda Cedera atau Dijangkiti
Apabila saluran telinga luka atau dijangkiti, anda mungkin alami gejala seperti:
Rasa pedih dan sakit dalam telinga
Cecair jernih, kuning atau berdarah keluar dari telinga
Hilang imbangan badan, pening dan muntah
Sukar tidur serta kehilangan selera makan
Rasa tersumbat atau berdengung
Jangkitan seperti ini bukan sekadar menyakitkan, tetapi boleh memerlukan rawatan antibiotik atau prosedur ENT khas.

Cara Betul Bersihkan Telinga
Menurut Dr Kenneth, cotton bud hanya boleh digunakan di bahagian luar telinga sahaja, bukan hingga ke dalam saluran. Bahagian dalam telinga tidak perlu dikorek kerana tubuh manusia mempunyai mekanisme semula jadi untuk menolak keluar serumen melalui pergerakan rahang semasa bercakap atau mengunyah.
Alternatif yang lebih selamat:
Gunakan titisan telinga (ear drops) untuk melembutkan serumen keras.
Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya telinga rasa tersumbat atau kurang dengar.
Elakkan guna minyak atau air untuk “membersihkan” telinga — ia boleh menyebabkan jangkitan kulat.
Lima Fungsi Sebenar Tahi Telinga
Menurut pakar ENT, Dr Mohd Shaiful Nizam, tahi telinga bukan musuh kebersihan. Ia mempunyai fungsi penting, antaranya:
Kalis air – mencegah air daripada meresap ke dalam saluran telinga.
Anti-bakteria & anti-kulat – menghalang jangkitan.
Asid semula jadi – melembapkan kulit halus dalam telinga.
Pelindung semula jadi – menghalang serangga kecil daripada masuk.
Menyingkir habuk & kotoran – membersihkan telinga secara semula jadi.
Lelaki sejati bukan sekadar jaga penampilan, tapi juga tahu cara jaga tubuh dengan ilmu. Telinga adalah antara organ paling sensitif — jadi berhenti tabiat mengorek tanpa panduan. Kalau rasa tersumbat, jangan “seluk”, jumpa doktor dulu. Ingat, sedikit cuai boleh buat anda kehilangan satu nikmat besar dalam hidup — pendengaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang





















