Lelaki dan kemeja memang tidak boleh dipisahkan. Tidak kiralah sama ada kemeja formal atau kasual, rata-rata lelaki memiliki walau sehelai kemeja dalam simpanan.

Bagi yang gemar memakai kemeja, biasanya anda lebih cenderung untuk melihat dari segi faktor corak dan warna sebelum membelinya. Namun hakikatnya, pemilihan dan cara penjagaan kemeja lebih daripada itu.

Sebelum anda ingin membeli kemeja, pastikan anda ketahui info penting ini agar pemakaian kemeja yang anda sarungkan pada tubuh tampak kemas dan kena dengan gaya.

Ini merupakan 6 panduan dalam memilih dan menjaga kemeja yang lelaki perlu ambil tahu.

IKLAN

1. Perlu ada sekurang-kurangnya 10 kemeja

Jangan Main Pakai Je, Ini Panduan Memilih & Menjaga Kemeja Yang Lelaki Jarang Ambil Tahu!Bagi yang bekerja pejabat, anda disarankan memiliki sekurang-kurangnya 10 helai kemeja dalam simpanan. Ini penting agar anda boleh menukar kemeja baharu untuk kegunaan hari lain jika ketujuh-tujuh helai kemeja telah digunakan dan dihantar ke dobi. Ramai pakar menyarankan lelaki yang bekerja dalam bidang korporat perlu memiliki sekurang-kurangnya empat helai kemeja putih dan empat helai kemeja biru. Namun jika anda berkemampuan, adalah lebih praktikal dan bijak jika anda memiliki apa sahaja warna kemeja. Yang penting kolar kemejanya sesuai dengan bentuk wajah dan tuntutan kerja anda.

2. Elak memakai kolar ketat

Sewaktu membeli kemeja, pastikan kolar kemeja yang anda ingin beli tidak ketat. Tidak ada gunanya anda memakai kemeja yang cantik dan mahal jika saiz lilitan kolar pada kemeja tersebut sendat dan nampak leher anda tercekik. Oleh itu, pastikan anda peka dengan saiz lilitan leher untuk mendapatkan saiz kolar yang tepat dan selesa.

IKLAN

3. Satu kemestian miliki white button down shirt

Jangan Main Pakai Je, Ini Panduan Memilih & Menjaga Kemeja Yang Lelaki Jarang Ambil Tahu!White button down shirt adalah suatu kemestian untuk dimiliki lelaki dalam almari simpanan. Ia sesuai digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah. Anda perlu memiliki sehelai kemeja putih yang berkualiti terutamanya versi yang tiada poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan agar gaya anda tampak lebih segak.

IKLAN

4. Cuci kemeja dengan tangan

Jangan Main Pakai Je, Ini Panduan Memilih & Menjaga Kemeja Yang Lelaki Jarang Ambil Tahu!Kemeja paling elok dibasuh dengan cucian tangan. Jika anda kerap mencuci kemeja menggunakan mesin basuh atau menghantarnya ke dobi, tidak mustahil sekiranya kemeja yang mahal pun akan tampak murah berbanding jika anda mencucinya dengan cucian tangan. Jika anda memakai kolar bucu berkancing, pastikan bucu kolar kemeja anda itu sentiasa berbutang.

5. Elakkan memakai kemeja button down

Jika anda diperlukan untuk memakai tuxedo, pilihlah kemeja putih berkain keras dengan kolar straight atau kolar wing. Elak daripada memakai kemeja berkolar bucu berkancing (button down).

6. Bijaklah memadankan kemeja

Jangan Main Pakai Je, Ini Panduan Memilih & Menjaga Kemeja Yang Lelaki Jarang Ambil Tahu!Dapatkan kemeja bercorak flora, grafik atau geometri yang terang, kemudian padankan kemeja tersebut dengan seluar potongan tirus dalam rona arang (charcoal slim-cut pants) ataupun jeans rona gelap. Aliran gaya ini ternyata cukup segar, unik serta menjanjikan kelainan. Manakala kemeja genggang (gingham) atau kemeja kotak-kotak dapat menyuntik gaya yang segar. Corak ini banyak dijual dalam pelbagai variasi warna lembut (muted and subtle) dan membuatkan pemakaian kemeja anda lebih smart.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI