Penyakit hernia atau angin pasang amat sinonim dengan lelaki. Penyakit ini biasanya menyerang kerana terdapat bahagian khusus dalam rongga perut yang mengawal fungsi alat kelamin. Hernia juga dikenali sebagai angin pasang surut kerana wujudnya benjolan yang tengelam timbul.

Hati-hati Kalau Ada Benjolan, Ini 5 Punca & Jenis Angin Pasang Yang Lelaki Jangan Abaikan!

Angin pasang ini boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian hadapan abdomen. Ia dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).

Pasang surut berlaku apabila otot yang berada di antara perut dan paha menjadi lemah sama ada telah lemah sejak lahir atau menjadi lemah apabila usia meningkat.

Antara 5 punca menyebabkan otot di kawasan tersebut lemah

Hati-hati Kalau Ada Benjolan, Ini 5 Punca & Jenis Angin Pasang Yang Lelaki Jangan Abaikan!

  1. Sering batuk terutamanya jika anda seorang perokok. Batuk akan memberikan tekanan yang tinggi kepada organ dalam tubuh sehingga menyebabkan usus terkeluar dari tempat asalnya dan membentuk benjolan yang dapat dilihat dengan mata kasar.
  2. Sering melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat barang-barang yang berat atau apa sahaja pekerjaan yang melibatkan seseorang sering membongkok dan berdiri tegak semula.
  3. Sering meneran ketika nak membuang air besar dan ini kemungkinan berlaku disebabkan sembelit.
  4. Ada kemungkinan sejak lahir, otot di kawasan tersebut sudah bermasalah dan menjadi lemah.
  5. Berat badan yang berlebihan.

Jenis-Jenis hernia

Hati-hati Kalau Ada Benjolan, Ini 5 Punca & Jenis Angin Pasang Yang Lelaki Jangan Abaikan!

Ads
  1. Hernia di celah kelangkang (Groin hernia)
  2. Hernia selepas pembedahan (Incision hernia)
  3. Hernia di pusat (Umbilical hernia)
  4. Hernia atas pusat (Epigastrik hernia)
  5. Hernia inguinal

Hati-hati Kalau Ada Benjolan, Ini 5 Punca & Jenis Angin Pasang Yang Lelaki Jangan Abaikan!

Menurut Perunding Bedahan Am, Payudara dan Endokrin, Tropicana Medical Centre, Dr. Zamzuri Zakaria, masalah hernia ini tidak boleh dipandang ringan kerana jika lambat mendapatkan rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi yang mampu membawa maut.

“Hernia ialah benjolan tidak normal yang berlaku dari satu kaviti ke kaviti lain. Hernia yang paling sering ditemui ialah hernia inguinal yang muncul di kawasan sekitar ari-ari dan pangkal pAha. Malah benjolan tersebut boleh besar sehingga ke bahagian kerandut kerana bahagian otot dinding kulit yang lemah terlalu besar.

Ads

“Komplikasi boleh berlaku apabila bahagian yang terkeluar contohnya usus, mati akibat halangan untuk masuk kembali dan tisu tersebut tercekik di laluan tersebut lalu menyebabkan iskimia iaitu darah tidak dapat mengalir ke bahagian tersebut dan akhirnya gangren.

“Jika kuman sudah mula menyerang bahagian yang telah mati itu, ia boleh mengancam nyawa. Sebab itu pengesanan dan rawatan awal amat penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi.”

Sumber: Utusan

Ads
  1. Hernia inguinal : Banyak berlaku dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu indirect, hernia kongenital yang berlaku sejak lahir. Dianggarkan 800 hingga 1,000 dalam satu juta penduduk lelaki menghidap hernia jenis ini. Indirect boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur dan empat kali ganda lebih kerap ditemui berbanding direct hernia.
  2. Direct : Hernia yang dihidapi hanya orang dewasa. Kebanyakan pesakit ialah lelaki berusia 40 hingga 60 tahun. Ada pesakit menghidap jenis inguinal hernia campuran direct dan indirect.

Hati-hati Kalau Ada Benjolan, Ini 5 Punca & Jenis Angin Pasang Yang Lelaki Jangan Abaikan!

Gejala dan tanda-tanda angin pasang ialah terasa mual di bahagian hernia dan ingin muntah, rasa ngilu yang amat keras, terdapat benjolan di lokasi hernia, perut kembung disertai dengan mual dan muntah, jika berbaring benjolan hernia mula hilang.

Hernia atau disebut juga sebagai angin pasang, burut atau pasang surut lebih dikenali sebagai penyakit lelaki, kerana hanya orang lelaki mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung fungsi alat kelaminnya.

Jadi hati-hati jika anda merasakan ada benjolan pada bahagian ini. Sebaiknya, berjumpa dengan doktor agar rawatan dapat dikendalikan dan dirawat.

Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI