
Dah duduk dalam rumah semasa PKP pun masih batuk? Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?
Ya,itu adalah KULAT
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.
Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bolehkah kulat ini di cegah?
– Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
– Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah
Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Sumber: Public Health Malaysia
Dr. MAZA Tegur Jurunikah Jangan Buli Pengantin, Permudahkanlah Urusan!

Proses akad nikah antara tertib sangat penting dalam sebuah perkahwinan. Dari situ segala dokumen dan ketelusan akan disemak dan diperakui sebagai suami dan isteri.
Pengantin lelaki akan membuat akad nikah di hadapan jurunikah atau tok kadi disaksikan wali serta dua saksi bagi memastikan perkahwinan yang dilakukan sah mengikut syarak Islam.
Namun begitu, budaya bergurau di antara jurunikah dan pengantin lelaki memang tidak dinafikan berlaku dalam masyarakat kita.
Tujuannya mungkin sekadar suka-suka tetapi sebaliknya, pengantin lelaki mungkin rasa tidak selesa dan bertambah gemuruh.
Jadi ini adalah teguran Mufti Perlis, Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tentang isu tersebut yang dianggap sebagai membuli pengantin :
JANGAN BULI PENGANTIN MASA AKAD NIKAH
1. Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
2. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud tujuan tersebut maka ia sah.
Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut.
Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.
3. Sarjana fiqah semasa Dr. Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”.
Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang Arab Badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi SAW (ingin berkahwin dengan Nabi SAW), Arab Badawi itu berkata:“Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi SAW: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
4. Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan [باب إذا قال الخاطب للولي زوجني فلانة فقال قد زوجتك بكذا وكذا جاز النكاح وإن لم يقل للزوج أرضيت أو قبلت ] maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.
Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan kabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.
5. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah.
Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
6. Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab kabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “Aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin.
Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: Perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.
Sumber: Mufti Perlis
Aksi Adrenalin Auto Maksima ‘Fast & Furious 9’ Kini Di Malaysia, Menangi Merchandise Menarik Ini!

Akhirnya selepas beberapa bulan lamanya, filem aksi yang dinanti-nantikan ini akan mula ditayangkan mulai esok di negara kita.
Selaras dengan pembukaan lebih banyak kegiatan ekonomi termasuklah panggung wayang dalam Pelan Pemulihan Negara, kita kini berpeluang menonton filem ‘Fast & Furious 9’. Bagi pengikut filem antarabangsa terutamanya dari Hollywood pastinya sudah sedia maklum bahawa francais filem ‘Fast and Furious’ merupakan antara yang paling laris di dunia.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2001 menerusi instalasi pertamanya, setiap filem francais ini mencatat kutipan cukup luar biasa.
Apa tidaknya setiap filemnya sarat dengan aksi kereta, jentera perang, kapal selam, kereta kebal malah kapal selam sering mendapat kutipan box-office yang menjadi antara filem-filem terlaris sepanjang zaman.
Buat peminat kereta dan juga filem aksi, inilah francais yang cukup dekat dihati anda semua. Dan semalam trailer terbaru filem terbarunya, ‘Fast and Furious 9’ telah pun diperkenalkan yang sekali gus menjadi topik tular diperkatakan di laman media sosial.
‘Fast & Furious 9’ hadir dengan kisah yang masih berlegar pada tema kekeluargaan. Kali ini, Dominic Toretto dan rakan-rakannya harus berdepan dengan adiknya, Jakob yang digelar sebagai pembunuh upahan berskil tinggi serta pemandu paling hebat yang pernah mereka hadapi.
Jakob tampil bekerjasama dengan karakter antagonis lakonan Charlize Theron iaitu Cipher. Turut melakukan kemunculan semula menerusi siri kali ini ialah Han Lue lakonan Sung Kang yang sebelum ini disangka telah meninggal dunia pada penghujung filem ‘Tokyo Drift’.
Apakah kesudahannya dengan seteru dua adik-beradik ini? Pastinya anda sudah tidak sabar menontonnya di pawagam.
Bersempena kemunculan ‘Fast & Furious 9’, MASKULIN bersama United International Pictures berbesar hati ingin memberikan hadiah eksklusif menerusi contest di bawah. Hadiah-hadiah menarik menanti anda!
- FAST & FURIOUS 9 Cross Body Bag
- FAST & FURIOUS 9 T-Shirt
- FAST & FURIOUS 9 Wireless Phone Charger
- FAST & FURIOUS 9 Wireless Headphone
- FAST & FURIOUS 9 Hoodie
Sebelum menjawab soalan di bawah, anda harus mengikuti beberapa langkah tersebut.
- Follow Instagram @maskulinmag & @uipmalaysia
- Kongsi artikel ini di IGStory anda dengan hashtag #maskulinF9 #fastandfurious9
- Jawab dan isi soalan di bawah.
Pemenang akan diumumkan kelak dan harus mengambil hadiah tersebut di alamat dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd,
Lot 2, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15
40200 Shah Alam
Selangor
‘Petik Buah Di Australia, Indah Khabar Dari Rupa’, Lelaki Ini Kongsi Hasil Siasatannya!

Minggu ini hangat diperkatakan di laman sosial media tentang isu 3 gadis yang tidak lepas untuk melancong ke Negara Australia kerana disyaki berniat untuk bekerja secara haram disana.
Apabila diselidik semula, bukan mereka sahaja yang menjadi mangsa tangkapan pihak imigresen Australia, sudah ramai yang terkena kerana tidak mempunyai alasan yang kukuh serta perancangan travel yang menunjukkan mereka ingin melancong bukan bekerja.
Antara sebab isu ini bangkit adalah kerana ramai rakyat Malaysia yang bekerja haram sebagai pemetik buah di negara Kanggaru berkenaan.
Disebabkan itu, seorang pemilik akaun twitter iaitu Zack Zakirin berkongsikan pengalamannya bekerja di sana buat sementara waktu untuk merasai jerit perih kehidupan di sana.
BACA: Aiman Hadir Majlis Konvo Naik Skateboard, Dia Buktikan Status OKU Bukan Penghalang!
Ikuti twitter threadnya:
Dia merupakan seorang mahasiswa ketika itu dan berniat hanya mahu merasai pengalaman bekerja di sana sebagai pemetik buah
Terdapat bayaran tertentu kepada mereka yang membawa ahli baru ke Australia
Cubaan untuk berlakon jadi ahli keluarga orang lain tidak menjadi kerana ditangkap Imigresen Australia
Ditanya beberapa soalan samada mempunyai hubungan dengan agent atau contractor ladang di Australia. Dia melepasi soal jawab dengan menyatakan bahawa dia melawat rakan di sebuah universiti serta menunjukkan kad pelajar di Malaysia
Faktor pakaian dan percakapan menjadi penyebab dia melepasi sesi soal jawab kerana dia memakai jeans hitam, kemeja & blazer. Tidak nampak macam ‘rusa baru keluar hutan’
Terpaksa tumpang tidur di surau sementara menunggu kaunter tiket bas dibuka
Disebabkan terlupa beli simkad, dia terpaksa pinjam telefon orang awam untuk menghubungi rakannya
Ingatkan segalanya sudah disiapkan, namun kena tunggu sebab tengah ramai pekerja di ladang yang bakal dia tuju & dia terkejut kediamannya tidak seindah yang disangka
Rumah yang diduduki sama macam rumah setinggan & keadaanya sangat uzur
Kerja pertamanya adalah memetik buah strawberry secara mencangkung & jalan itik sejauh 280m untuk satu row & terpaksa bersaing dengan pekerja Vietnam yang sangat laju hingga memasuki row orang lain
Dia hanya mampu kerja selama 3 hari untuk kali pertama semenjak sampai di Australia kerana sakit otot kerana mencangkung terlalu lama & hari pertama gaji hanya AUD30 sahaja
Bila tiba di Brisbane, berjumpa pula dengan pekerja ladang warganegara Indonesia
Antara proses pengumpulan buah adalah penuh setiap tray di dalam troli & bawa ke lori. Akan ada checker yang menilai buah yang dipetik dan apabila berpuas hati, dia akan beri chip untuk diberikan kepada Ben
Ben mahu memberikan Zack komisyen jika dia membawa pekerja tambahan ke ladangnya, namun dia tidak berbuat demikian kerana tidak mahu orang lain merasa keperitan yang dia alami
Kerja di sana, bukan petik buah sahaja, pekerja ladang kena selang seli dengan memotong daun atau cleaning. Ia sangat memenatkan kerana terpaksa bercangkung sepanjang 500m pergi balik untuk bayaran sebanyak AUD60
Tauke ladang memang suka dengan pekerja ladang kerana mereka tidak perlu bayar cukai kepada kerajaan serta amat melindungi pekerja daripada ditangkap oleh Imigresen Australia
Dia juga menerangkan antara taktik licik Scammer/Agent/Kontraktor Ladang di Australia untuk mengaut hasil keuntungan pekerja ladang
Sebelum tiba masa untuk dia pulang ke tanah air, Ben sempat membuat sedikit jamuan perpisahan untuknya
Dia menasihatkan jangan percaya dengan mana-mana agent di Australia kerana mereka hanya memberikan janji palsu semata-mata
BACA: Selain Merugikan, Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Beli Alat Ganti Sendiri & Bawa Ke Bengkel
Jika ada rakan-rakannya yang berniat untuk ke Australia membuat kerja ini, dia akan cuba sedaya upaya selamatkan mereka daripada pergi ke sana
Dia sempat berkongsi pengalaman mendebarkan ketika ingin melepasi boarding gate Australia ketika mahu pulang ke Malaysia
Selepas membaca kisah Zack di bumi Kangaroo ini, adakah anda mahu pergi juga?