
Pengambilan air kosong memang bagus untuk kesihatan. Kita digalakkan minum air sebanyak 8 litter sehari. Rata-ratanya 6-8 gelas sehari.
Ia bergantung juga kepada factor fizikal aktiviti, cuaca dan status kesihantan individu itu sendiri kerana air penting untuk membantu mengawal suhu badan, mengangkut nutrient dan bahan buangan dalam badan. Malah ia juga untuk mengekalkan jumlah darah.
Malah ia juga bagus untuk mengisi perut dan membuatkan perut cepat rasa kenyang. Ia juga dapat mengelakkan diri dari makan berlebihan.
Malah pengambilan air kosong yang mencukupi juga boleh membantu menjadikan tubuh kelihatan macho dan maskulin.
So, apa kaitan minum banyak air untuk KURUS ya⁉️ Minum banyak air akan memberi rasa “full” pada perut dan membantu elak dari makan berlebihan. Jadi, minum air banyak bukanlah penyebab kurus . Kurus dengan cara yang sihat hanyalah kawal pemakanan dan bersenam.
— Bahagian Pemakanan KKM (@BhgPemakananKKM) January 9, 2020
Tetapi tahukah anda jika anda terlebih minum air, anda akan mengalami Hyponatremia (Water intoxification) yang akan memberi kesan kepada keseimbangan elektrolit (kepekatan garam) dalam badan.
Ia akan menyebabkan seseorang itu boleh terkena koma dan sawan. Keadaa ini dipanggil Hypervolaemic Hyponatraemia (dilutional).
Pengambilan air kosong yang terlampau banyak boleh menyebabkan Hyponatremia (water intoxification) yang memberi kesan kepada keseimbangan elektrolit (kepekatan garam) dalam badan.
Ia membahayakan kesihatan kerana boleh menyebabkan sawan, koma dan maut.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 14, 2020
Malah, ia juga boleh membawa maut kerana kegagalan buah pinggang, hati dan lemah jantung.
Jika anda fikir minum air secara berlebihan mampu turunkan berat badan, ternyata anda SALAH!
Minum air yang banyak tidak boleh kuruskan badan. Sebaliknya dengan mengamalkan bersenam dan mengurangkan pengambilan kalori ia dapat mengurangkan berat badan anda.
Cara Drill Dinding Tanpa Bunyi Bising, Tak Ganggu Jiran. Pilih ‘Mata Jenis Ini

Kerja-kerja pertukangan yang mudah di rumah sendiri biasanya kita lakukan secara DIY. Lebih jimat. Termasuklah kerja-kerja melibatkan penggunaan drill contohnya untuk memasang rak pada dinding, penyangkut baju atau gantung frame gambar.
Cuma sewaktu melakukan kerja ini kita risaukan tentang bunyi bising dari alat ini akan mengganggu jiran. Tapi ada tip yang boleh kita guna untuk kurangkan bunyi dan mudahkan drill dinding konkrit. Caranya pastikan mata drill yang kita guna betul.
Boleh guna mata drill yang dicadangkan oleh Wak Saien yang dikongsi melalui Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Guna ‘mata’ jenis ini
Untuk tebuk dinding konkrit Wak cadangkan yang ini, guna mata jenis ini atau Ceramic Tile Mosaic Drill Bit
Nak gantung frame, penyangkut baju boleh guna mata ini, akak-akak pun boleh buat. Bunyi tak bising, tak ganggu jiran, tangan sebelah pun boleh. Harga tak sampai RM10.
Info: Mata ini digunakan untuk ceramic dan tiles namun boleh juga untuk tebuk dinding konkrit dan simen. Cuma ia mungkin haus kalau tebuk banyak lubang, boleh standby mata ganti. Tapi berbaloi sebab mudahkan kerja dan tak bising.
Sumber: Wak Saien
Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini

Kompak, versatail dan lengkap dengan spesifikasi telefon pintar premium masa kini.
Jika ditanya secara menyeluruh itulah jawapannya yang boleh kami beri kepada prestasi yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy S21. Hadir sebagai ‘adik bongsu’ kepada siri terbaru yang turut terdiri daripada Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra, ia sebenarnya sedikit pun tidak memberikan banyak kekurangan pada Galaxy 21.
Hampir seminggu mencuba sendiri menggunakannya, apa yang boleh dirumuskan Galaxy 21 menepati jangkaan awal seperti yang diletakkan.
Perkara pertama yang mungkin ramai akan perasaan ialah kotak Galaxy S21 hadir dalam bentuk kecil dan nipis. Terdapat beberapa sebab mengapa ia dipakejkan begitu. Pertama sekali ia tidak hadir dengan palam pengecas atau charger dan juga sebarang fon telinga.
Ini adalah trend terbaru yang kita semua harus terima. Suka atau tidak, pakej telefon pintar yang diramal menjadi trend bermula pada tahun ini. Di sebalik keputusan tidak menyertakan sekali charger sebenarnya ia adalah usaha memulihara alam sekitar dan pengurangan bahan buangan elektronik.
FEEL ON HAND
Berbalik kepada fokus utama iaitu telefon pintar Galaxy S21. Apabila memegangnya kita tidak dapat lari dari berasa kagum dengan kualiti pembuatannya yang cukup kemas. Walaupun ia agak nipis dan ringan namun memegangnya sahaja sudah tahu bahawa ia adalah sebuah peranti premium.
Tampil dengan skrin sesentuh Dynamic AMOLED 6.2 inci, kualiti paparannya juga cukup mengagumkan. Bercakap tentang ukuran, secara peribadinya bagi penulis inilah saiz telefon pintar yang paling selesa untuk digunakan dalam aktviti seharian. Ia tidak terlalu besar dan juga kecil. Malah ia juga cukup ringan dengan berat hanya 169 gram.
Perlindungan skrinnya juga tidak kurang hebat dengan teknologi Corning Gorilla Glass Victus. Hadir dengan resolusi 1080 x 2400, inilah di antara telefon pintar dengan paparan paling jelas dan mantap di pasaran sekarang.
PEMBAHARUAN REKAAN
Di antara perbezaan paling ketara Galaxy 21 dengan model terdahulu ialah reka bentuknya yang berbeza. Kali ini Samsung benar-benar melakukan perubahan cukup besar berbanding model Galaxy 20.
Antara perubahan paling ketara ialah penggunaan ‘Glasstic’ pada bahagian belakang menggantikan full glass. Ia hadir dengan kemasan matte yang melengkapi kedudukan tiga lensa kameranya.
Untuk pengetahuan anda, Glasstic merupakan material yang dibangunkan oleh Samsung yang dikatakan mempunyai ciri-ciri gabungan glass dan plastik.
Ia tidaklah terasa premium seperti model terdahulu namun dengan penggunaan ini ia lebih ringan dan sedap dipegang di tangan. Dan material ini sebenarnya pernah digunakan menerusi Galaxy Note 20. Cuma apa yang membezakannya ialah kemasan matte yang kami rasa lebih sesuai.
Pada bahagian sisi pula menampilkan penggunaan metal edge yang menambah sentuhan premium. Dari segi penampilan keseluruhannya pula ia cukup menarik dengan tema warna Phantom Grey. Selain warna ini, Samsung menawarkan tiga lagi warna yang tidak kurang menariknya iaitu Phantom Violet, Phantom Whita dan Phantom Pink.

Reka letak kameranya juga diberikan nafas baharu dan sangat berbeza dengan model-model Samsung yang lain. Pengenalan baharu ini diberi nama ‘Contour Cut Camera’ yang tampil sedikit menonjol dengan varian warna berbeza kecuali Phantom Gray.
Warna-warna ditawarkan semestinya mampu memenuhi setiap cita rasa berbeza mengikut personaliti anda. Berbanding model terdahulu, Galaxy S21 ternyata tampil lebih premium dan eksklusif.
PAPARAN SKRIN
Bagi pemilik S20 yang ingin updgrade versi terbaru, kategori ini mungkin sesuatu yang tidak menggembirakan anda. Perubahan yang mungkin agak kontroversi apabila Samsung memilih paparan lebih rendah, skrin Full HD+ berbanding Quad HD berbanding versi tahun lalu.
Namun itu tidaklah bermakna kualitinya jauh berbeza. Ini kerana kerana skrin dan paparannya masih terang, jelas dan warna yang sebenarnya tidaklah jauh berbeza dengan versi terdahulu.
Paparan Galaxy S21 menampilkan kadar refresh maksimum 120Hz, satu angka yang cukup tinggi bagi kualiti penggunaan skrin. Ia juga mempunyai kemampuan kapasiti adaptive mengikut penggunaan. Sebagai contoh jika sedang bermain video game, ia akan kekal dengan kadar 120Hz.
Manakala jika penggunaan lebih rendah seperti audiobook, ia akan automatik merendahkan kadar refresh bagi memastikan penggunaan bateri lebih efisien. Samsung turut mempertingkatkan pengimbas cap jari dengan sensor lebih besar dan senang untuk diakses.
KAMERA
Darisegi hardware, tidak banyak perubaham yang dilakukan Samsung beranding versi tahun lalu. Walau bagaimanapun terdapat penambahbaikan signifikan menerusi perisian kameranya.
Di belakanngnya menampilkan tiga kamera yang mampu memberikan kepuasan fotografi buat pengguna. Ia terdiri daripada kamera utama 12MP, 12MP ultra-wide, 64MP telefoto yang mampu melakukan 30x optical digital zoom. Kami dapati foto yang diambil pada kadar zoom 10x ke bawah kualitinya cukup baik sekali. Dan jika ia lebih tinggi daripada tersebut, foto akan tampil sedikit grainy.
Kamera selfienya juga cukup efisien dengan kedudukannya yang tidaklah terlalu menonjol dan ‘mengacau’ keseluruhan skrin hadapan.
Selain itu Galaxy S21 turut memperkenalkan beberapa ciri baharu mode Director View di mana kita boleh merakamkan foto kamera beakang dan hadapan secara serentak.
Buat vlogger, ini merupakan ciri yang cukup dinantikan mereka untuk memudahkan rakaman kandungan video reaksi.
Rakaman videonya juga cukup memberangsangkan dengan pilihan 8K pada 24 frame per second. Ini merupakan kualiti video terbaik pada telefon pintar buat masa sekarang.
Lihat beberapa sampel foto yang diambil oleh kami menggunakan kamera Galaxy S21.




Galaxy S21 menggunakan sistem operasi Android 11 dengan Samsung One UI 3.0, antara paparan pemuka terbaik di pasaran sekarang. Selain itu, Samsung turut menyediakan Galaxy S21 sebagai telefon pintar tersedia dengan sokongan 5G.
Walaupun di kawasan anda belum lagi mendapat sokongan 5G namun sekurang-kurangnya telefon pintar ini sudah tersedia untuk penggunaan teknologi tersebut di masa akan datang.
BATERI
Salah satu faktor yang sangat penting terutamanya di kalangan pengguna di Malaysia ialah ketahanan bateri. Secara keselruhannya, pengguaan bateri Galaxy S21 bolehlah kami rumuskan sebagai sangat baik. Untuk cas penuh, penggunaannya mampu bertahan selama satu hari dengan penggunaan yang agak tinggi.
Untuk pengecasan pula ia menggunakan kabel USB type C. Selain itu ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar dan compatible dengan Qi wireless. Galaxy S21 turut menyediakan fungsi reverse charging secara tanpa wayar untuk kegunaan peranti lain ketika kecemasan.
RUMUSAN KESELURUHAN
Jika anda mahukan telefon pintar yang bersaiz sangat selesa dipegang, mempunyai sensasi premium, kualiti spesifikasi tinggi dan kamera memuaskan, Samsung S21 mampu menjadi jawapannya. Walaupun skrin bersaiz 6.2 inci nampak besar pada angkanya namun dengan rekaan nipis dan ringan menjadikan ia sebagai telefon pintar Android paling selesa di pasaran.
Samsung Galaxy S21 kini boleh didapati di pasaran dan di laman sesawang rasminya dengan tawaran promosi hadiah percuma yang menarik.
Rating keseluruhan: 4.5/5
Manja Tapi Bahaya, Hati-Hati Dengan Cakaran Kucing Kerana Risiko Cat Scratch Fever

Ada dua jenis orang yang ada di dunia ini iaitu sama ada mereka suka kucing atau fobia kepada kucing. Okay jokes aside, kucing merupakan haiwan yang menjadi kesayangan ramai orang. Apatah lagi ia juga merupakan haiwan kesyangan Nabi kita tercinta.
Malah bagi ramai orang kucing kini dianggap sebagai salah satu daripada anggota keluarga mereka. Lihat sahajalah karenah pencinta dan pemilik menggayakan kucing mereka dengan pelbagai kostum dan kelengkapan yang kadangkala lebih mahal daripada pakaian sendiri.
Namun membela haiwan sebagai binatang peliharaan juga mempunyai beberapa risiko kesihatan yang harus anda titik beratkan. Selain masalah alahan terdapat beberapa jenis penyakit yang jika anda tak kenal pasti secara awal boleh mendatangkan masalah kesihatan.
Antara penyakit berkait dengan kucing yang kini sering diperkatakan ialah cat scratch fever. Public Health Malaysia menerusi Facebook mereka telah melakukan perkongsian menarik terhadap penyakit ini.
Menerusi psoting tersebut mereka menyatakan bahawa kucing merupakan pembawa sejenis bakteria dikenali sebagai Bartonella Henselae. Malah kajian menunjukkan kira-kira 40 peratus kucing pernah dijangkiti bakteria ini.
BACA: Rahsia Kucing Hilangkan Diri Apabila Ajalnya Dekat, Sebab Risau Tuannya Sedih?
JANGKITAN MENERUSI CAKARAN & AIR LIUR
Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever.
Dalam tempoh 3 hari -14 hari, luka akan kelihatan merah, bengkak dan panas. Ia mungkin bernanah dan menyakitkan.
SIMPTOM & KESAN UTAMA
Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan anda mungkin ada demam sehingga mengigil, merasa lemah, hilang selera makan dan sakit kepala.
Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung.

Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.
BASUH DENGAN SEGERA
Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang luka , elakkan dari di jilat kucing.
Jika anda di cakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun. Dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat.
Kepada anda yang mempunyai kucing atau sering bermanja dengan haiwan tersebut silalah ambil perhatian. Anda harus ingat bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.
Teringat karakter Nick Fury yang menjadi buta sebelah mata akibat dicakar kucing Captain Marvel, Goose. Walaupun secara teknikalnya dalam filem itu Goose merupakan monster alien dikenali sebagai Flerken.