
Jika anda merasakan nugget adalah pilihan yang baik dan mudah untuk menggantikan sumber protein dari daging ayam, fikirkan semula.
“Autopsy” yang dilakukan oleh pengkaji terhadap nugget ayam menemui sebahagian besar nugget ayam TIDAK mengandungi daging putih ayam sebaliknya bahan bahan lain dari ayam seperti kulit, tulang, saluran darah dan komponan ayam. Ia sebenarnya hanya menggunakan daging sebenar sebanyak 40-50% sahaja
Selain itu, bagi meningkatkan rasa dan untuk bertahan lama, garam dan bahan pengawet di campur kedalam adunan sebelum ini. Kandungan garam yang tinggi ini adah punca kepada peningkatan tekanan darah dan pengambilan kalori tinggi nugget boleh menyebabkan kegemukan.
Makanan segera seperti ini merupakan sejenis makanan ultra- processed yang sememangnya bukan pilihan yang baik jika anda mengutamakan kesihatan.
Jadi hati-hati jika anda gemar atau fikirkan nugget itu berkhasiat kerana ia adalah makanan ultra-processed, cuba elakkan dengan mengambilnya dengan kerap dan terlalu banyak!
Jika anda merasakan nugget adalah pilihan yang baik dan mudah untuk menggantikan sumber protein dari daging ayam,…
Posted by Public Health Malaysia on Sunday, July 5, 2020
Sumber: Public Health Malaysia
“Sebab Tak Bersedia & Kewangan”, Ini Antara 10 Sebab Utama Lelaki Mengapa Lelaki Pilih Kahwin Lambat

“Bukan sebab aku memilih sangat… tapi…”
Itu antara ayat yang sering kita dengar daripada rakan-rakan lelaki yang memilih untuk membujang lebih lama.
And we absolutely have no problem whatsoever with that.
Berbanding era 20 ke 30 tahun dahulu, kini bukan lagi satu perkara pelik apabila melihat ramai lelaki lebih selesa memilih untuk membujang dan kahwin lambat. Dan tak mustahil MASKULIN katakan anda pasti mempunyai kenalan atau ahli keluarga yang berusia pertengahan 30-an tapi masih belum kahwin.
Mereka pasti ada sebab dan alasan sendiri dan itu adalah hak eksklusif mereka yang tidak boleh ditelah oleh sesiapa pun.
Namun setiap orang pasti ada sebab mereka sendiri kanapa memilih untuk kahwin lambat. Di bawah ini MASKULIN kongsikan 10 sebab yang mungkin menyebabkan mereka memilih untuk kahwin lambat.
BELUM BERSEDIA
Untuk mejadi seorang suami seorang lelaki itu harus bersedia bukan sahaja dari segi kemampuan kewangan dan fizikal tetapi juga emosinya.
KEWANGAN BELUM KUKUH
Seorang suami mempunyai tanggungjawab yang sangat tinggi. Bukan mudah untuk memikul amanah menjaga anak gadis orang ni ya. Jangan fikir yang seronok saja! Dan perkahwinan pada zaman sekarang juga memerlukan kos yang paling tidak pun memerlukan anda mengumpul wang.
TAK BERKENAN
Setiap orang pasti mempunyai pilihan tersendiri dan tak semua orang boleh sewenang-wenangnya jatuh cinta. Dan mungkin kalau ada yang berkenan di hati sudah diambil orang.
FOKUS BELAJAR
Lain orang lain keutamaan mereka. Ada yang sibuk dengan pelajaran dan menyambung hingga ke peringkat Phd, jadi umur lebh kurang sudah 30 tahun baru mula nak mencari jodoh.
BACA: Jangan Sedih Jika Jodoh Lambat Sebab Kahwin Di Usia 30-an Pun Banyak Untungnya!
MASIH TANGGUNG KELUARGA
Ini antara pengorbanan yang cukup besar dilakukan oleh seorang lelaki. Mereka sanggup mengenepikan keinginan hati demi menjaga keluarganya. Dan ini biasa berlaku kepada lelaki yang menjadi anak sulung ketiadaan bapa dan menjaga ibu dan adik-adik.
BELUM PUAS BERSERONOK
Anda mungkin habis belajar pada usia 24 tahun. Dan tahun-tahun berikutnya ingin dihabiskan untuk berdikari dan hidup selesa dengan gaji sendiri. Malah anda rasa inilah masa yang paling sesuai untuk menjelajah dan mengenali negara-negara luar. Sedar tak sedar umur sudah masuk lebih 30-an.
TERLALU MEMILIH
Orang senang saja berkata mengapa memilih sangat. Hakikatnya tak semua orang memilih untuk mencari jalan penyelesaian dengan mudah apatah lagi perihal jodoh. Bagi anda soal jodoh adalah hal yang sangat serius dan penting untuk masa depan lalu rela menunggu jodoh yang benar-benar sesuai mengikut pilihan hati.
INGIN CARI WANITA SEMPURNA
Mungkin anda silap kerana menganggap terdapat wanita sempurna di luar sana lalu menyebabkan terus membujang hingga lewat usia. Ketahuilah bahawa tiada manusia yang sempurna baik lelaki atau perempuan. Harus tiba masa anda ubah persepsi ini agar hidup lebih tenang dan aman untuk masa akan datang.
PERNAH KECEWA
Putus cinta adalah satu perkara yang menyakitkan. Ada orang boleh lupakan dalam sekelip mata dan ada orang yang ambil masa untuk pulih dan membuka hati mereka untuk orang lain. Dan ada juga yang menjadi fobia untuk jatuh cinta sekali lagi kerana keperitan dialami dalam hubungan sebelum ini.
Jemur Pakaian Dalam Rumah Undang Pelbagai Penyakit! Ini Antara Sebab-Sebabnya

Apabila tiba musim hujan, ada kalanya pakaian yang dijemur tidak sempat kering dan anda kebiasaannya akan akan cuba keringkan baju di dalam rumah.
BACA: Ini Adalah 6 Tip Lelaki Kurang Kacak Untuk Tampil Lebih Bergaya & Stailo, Tak Pakai Banyak Duit!
Walaupun pada dasarnya ia difikirkan sebagai satu alternatif, tindakan ini sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada diri anda serta penghuni yang lain seperti yang MASKULIN senaraikan di bawah:
1. Kanser
Apabila baju dibasuh, anda mesti akan guna pewangi kain. Anda perlu tahu bahawa kandungan acetaldehydes dalam bahan pewangi itu adalah tinggi dan ia merupakan penyebab utama kepada penyakit kanser. Amat bahaya jika anda selalu menyedut udara wangi itu jika menjemur pakaian di dalam rumah.
2. Pengaruh alergi
Kalau anda ada masalah kulit, elakkan menjemur pakaian dalam rumah kerana udara yang terperangkap dalam rumah boleh menjadi himpunan bakteria. Perkara ini juga merupakan faktor utama mengapa anda akan mudah mengalami ruam serta masalah pernafasan.
3. Beracun
Pernah tak apabila anda sudah basuh baju tetapi lupa nak sidai? Dan kemudiannya, bau baju itu akan bertukar menjadi bau busuk? Sebenarnya, bau itu merupakan bau beracun. Udara yang disedut akan beri kesan yang buruk kepada kesihatan anda dalam beberapa jangka waktu tertentu.
4. Asma
Mengeringkan pakaian di dalam satu ruangan tertutup akan menyebabkan pertambahan debu dan perkara ini boleh menyebabkan anda terkena alergi dan asma dalam waktu yang cukup singkat.
BACA: Pengumpul Koleksi Terhad Adidas Pasti Berebut Liam Gallagher X Adidas Padiham LG SPZL
5. Melemahkan sistem ketahanan tubuh
Anda akan jadi cepat selsema dan mengalami demam jika selalu jemur pakaian di dalam rumah. Selain faktor debu, udara yang terganggu menyebabkan sistem ketahanan tubuh anda menjadi lemah.
Betul Ke Lelaki Yang Kerja Dekat HR Suka ‘Reject’ Resume Wanita Melayu Yang Berhijab?

Sebuah agensi media tempatan mendedahkan wanita Melayu yang berhijab sukar mendapat tawaran pekerjaaan berbanding mereka yang memilih untuk tidak berhijab.
Kenyataan demikian dikeluarkan Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) menerusi satu kajian dan mereka dapati diskriminasi tersebut wujud dalam sektor swasta.
Siapa nilai resume
Persoalannya, siapa yang menyemak setiap resume yang dihantar terlebih dahulu dipanggil ke sesi temu duga?
Jika mengikut SOP, setiap resume biasanya akan sampai ke tangan unit sumber manusia (HR). Dari situ, HR bertanggungjawab untuk memanggil calon yang layak.
Lebih-lebih lagi sekiranya bos di sesebuah syarikat itu ‘berkenan’ dengan calon yang menghantar resume yang diinginkan.
Nampak macam lelaki yang pilih
Melihat pada situasi ini, kebanyakan yang membuat pemilihan tersebut dilihat sepertilebih merujuk kepada perangai lelaki.
Ini kerana lelaki sememangnya suka melihat orang-orang yang muda, cantik dan jika bijak, itu adalah satu kelebihan.
547 tawaran peluang pekerjaan diuji
Menerusi kajian bertajuk ‘Rasisme Dalam Pengambilan Pekerjaan : Kajian Berat Sebelah Berasaskan Kaum Untuk Kerjayaa Permulaan Di Malaysia’, Cent-GPS menghantar resume wanita berhijab dan tidak berhijab kepada 547 tawaran peluang pekerjaan.
Kedua-dua resume itu sebenarnya kepunyaan individu yang memiliki kelayakan serupa, namun dibezakan dengan gambar berhijab dan tidak bertudung.
Ketua penyelidik, Zaidel Baharuddin mendedahkan daripada keseluruhan penghantaran itu, 12.7 peratus atau 70 panggilan temu duga diterima oleh mereka yang tidak bertudung.
Bagi wanita yang berhijab, hanya 9.14 peratus atau 50 orang sahaja yang menerima panggilan temu duga.
Sumber : Berita Harian