
Seperti yang anda semua tahu, baharu sahaja dua hari larangan merokok diperkuatkuasakan, sudah ada sebanyak 605 notis kesalahan dengan jumlah kompaun sebanyak RM 144,450.00 telah dikeluarkan.
Namun tahukah anda jika anda ternampak mana-mana individu yang masih berdegil dan menghisap rokok di kawasan premis makanan atau tempat-tempat larangan merokok anda boleh jalankan tangungjawab anda dengan melaporkan kepada pihak berkuasa melalui WhatsApp dengan menghantarkan bukti kesalahan seperti berikut;
1) Nama kedai
2) Lokasi serta
3) Jenis kesalahan individu terbabit
dan hantar ke nombor 0108608949 atau terus hubungi 0388924530.
Melalui twitter rasmi Kemeterian Kesihatan Malaysia, terdapat 23 tempat larangan merokok dan antaranya adalah taman permainan kanak-kanak, dalam kawasan awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan dan dikawasan kompleks membeli-belah.
Larangan merokok di premis makanan tertutup (berhawa dingin) diwartakan sejak 1993.
Bermula 1 Jan 2019, larangan merokok ini diperluaskan di premis makanan terbuka.
Tempoh setahun untuk pendidikan akan berakhir 31 Dis 2019.
1 Jan 2020 bermula penguatkuasaan penuh. pic.twitter.com/UT8bbSUNBp
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) December 31, 2019
Jika Ada Beberapa Tanda Ini, Tiba Masanya Untuk Anda Tukar Gaya Hidup!

Pernah atau tidak anda naik tangga tingkat satu pun dah mengah atau berdengkur semasa tidur? Jika ya, hati-hati anda kena ubah gaya hidup kepada gaya hidup yang sihat.
Mohamad Faizal Bin Saedon ada berkongsi beberapa tanda atau ‘alarm awal’ yang pernah dialaminya untuk kita semua ubah gaya hidup harian kita.
“Ini antara sedikit dari banyak tanda yang saya alami sendiri semasa saya bertubuh besar. Dan saya yakin ramai antara kalian juga hadapi perkara yang sama.
“Jika kalian ada satu atau beberapa tanda di bawah, ianya merupakan signal tepat kalian kena berubah. Lakukan perubahan kecil kepada rutin kalian dan pastikan kalian istiqamah.
“Kerana masa yang terbaik untuk berubah adalah setahun yang lepas tapi ia dah berlalu. Masa yang paling baik adalah sekarang, hari ini. Berubahlah demi kebaikan kalian dan mereka yang kalian sayang,” tulisnya di Facebook.
Baca: Panjat Tangga Setiap Hari Boleh Membakar Lebih Banyak Kalori Setiap Minit Berbanding Berjoging!
1. Baju dan seluar dah rasa tak selesa dipakai. Ketat samada masa berdiri atau duduk. Ramai yang mengalami masalah ini tapi penyelesaian yang mereka ambil adalah dengan mencari baju yang lebih besar. Ini kesilapan utama yang buat mereka lebih selesa dengan tubuh yang besar.
2. Naik tangga tingkat satu pun dah mengah dan tak boleh bercakap sebab kekurangan nafas. Ini satu tanda yang amat merbahaya. Tubuh yang sepatutnya mampu berfungsi dengan baik terjejas kerana berat badan. Beban tubuh, jantung sepatutnya berfungsi secara normal tapi dengan tubuh yang besar kemampuan organ badan menjadi terhad.
3. Berdengkur semasa tidur. Cuba tanya pasangan kalian, kalau kalian dah mula berdengkur ini bermakna kualiti kehidupan kalian makin merosot. Berdengkur merupakan satu tanda kalian mungkin menghadapi masalah tekanan darah tinggi.
4. Selera makan kalian makin besar dan dengan makan sepertimana biasa kalian makan tidak memcukupi. Ini salah satu perubahan yang sukar nak dikesan. Tapi cuba semak sejujurnya, kalau setiap kali makan kalian makan sehinggakan perut terlampau kenyang, beringatlah. Tabiat ini paling cepat akan membesarkan kalian dan mengganggu kadar kesihatan kalian.
5. Malas nak bergerak. Jika nak ambil remote yang ada depan mata, hanya perlu bangun sedikit saja pun masih panggil anak atau isteri. Nak minum air, nak berjalan dah jadi satu beban. Tolonglah berubah. Demi kebaikan kalian juga.
6. Mudah stress dan jadi pemarah. Jika kalian dapati kalian mudah marah anak anak, semak tubuh kalian. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Dengan memiliki tubuh yang besar, secara automatik sistem tubuh diberi satu tekanan besar untuk beroperasi secara normal. Jantung kena berkerja berkali ganda, ini akan menyebabkan kalian stress secara langsung.
7. Kadar kesihatan menurun. Kepala mula sakit setiap hari, sakit belakang, pinggang, tumit antara tanda awal berat kalian menganggu sistem tubuh berfungsi secara normal.
Sumber: Mohamad Faizal Bin Saedon
Program My #Qurantime 2.0 Bakal Bersiaran Bermula 14 Disember 2022

Tampil dengan misi memperkasakan bacaan Al-Quran dengan pengisian lebih berkualiti, program seperti ‘My #Qurantime’ (MQT) dijangka mampu menarik minat ramai umat Islam. Terbaru, ‘My #Qurantime 2.0’ bakal bersiaran sebanyak 2111 buah episod setiap hari bermula hari ini, ham 12 hingga 1 tengahari di semua platform Quran Hour dan Sinar Harian.
Program ini hadir matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah.
MENJADI SOULUSI
Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Difahamkan mereka juga sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Kelahiran program -program di atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telah pun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
SINERGI MEDIA
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja malah ia akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Musim pertama menyaksikan sebanyak 838 episod dihasilkan dan berjaya mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT juga mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
PORTAL: www.sinarharian.com.my
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/myqurantimeofficial/
https://www.facebook.com/SinarHarian
https://www.facebook.com/KaryaBestari
YOUTUBE:
https://www.youtube.com/MyQuranTimeOfficial
https://www.youtube.com/user /SinarHarianWebTV
https://www.youtube.com/@SinarHarianTV
TWITTER:
https://twitter.com/myqurantime
https://twitter.com/SinarOnline
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@sinarharianonline?lang=en
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUI di 0133593165.
Doktor Ini Kongsi Kelebihan Limau Kasturi Terutamanya Untuk Lelaki

Sebut sahaja limau kasturi pasti ramai yang sudah terbayang dengan minuman limau ais atau teh ‘o’ ais limau yang cukup popular. Malah ada juga resepi limau kasturi asam boi yang kini semakin popular sebagai minuman berkhasiat.
Selain digunakan untuk minuman limau kasturi juga menjadi bahan yang tidak kurang pentingnya dalam masakan. Jadi tidak hairanlah limau kasturi mempunyai kedudukan istimewa sebagai bahan makanan dalam budaya masyarakat Malaysia.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menerangkan kebaikan limau kasturi terutamanya buat lelaki. Perkongsian beliau tersebut dibuat menerusi satu hantaran di Facebook kendaliannnya.
Ikuti perkongsian beliau di bawah:
KEBAIKAN LIMAU KASTURI
1. Limau KASTURI mengandungi sebatian PHLORETIN yang merupakan salah satul antioksida yang lebih banyak dari epal dan teh hijau.
2. Ia juga mengandungi satu lagi sebatian antioksida yang dinamakan VITEXIN ni juga bahan yang bagus ada yang bagus untuk mencegah penyakit jantung dan kanser.
3. Ia juga mengandungi FELURIC ASID yang bagus untuk menghilangkan kedutan pada kulit sebab dan perlahankan proses penuaan.
Untuk kaum lelaki untuk menguatkan jantung dan meningkat stamina, elok makan limau kasturi ni. Betullah kata orang lama “Sebelum makan daging, perah limau dahulu atasnya”.
Limau KASTURI membantu menurunkan tahap kolesterol.
Jadi elok amalkan limau KASTURI dalam makanan dan minuman.
#HealthDrZubaidi
Jadi buat anda yang sentiasa amalkan pengambilan limau kasturi boleh teruskan. Untuk anda yang sebelum ini mungkin tidak berapa gemar mungkin boleh mula mencubanya.
Semoga perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad ini memberikan manfaat kepada kita semua.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad