Seorang peniaga kopi susu secara kecil-kecilan berjaya membuat simpanan sehingga RM10,000 hanya dalam masa 5 bulan!
Kedengarannya agak mustahil tetapi selagi ada komitmen dan dispilin, tiada apa pun yang mustahil malah bakal memberikan hasil yang lebih lumayan.
Simpan setiap not RM1
Ujar pemuda tersebut, Azwan Ariff Mohd Azman Hii, 26, yang turut merupakan seorang pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), dia berjaya mengumpul nilai sebesar itu hanya melalui simpanan wang yang bernilai RM1.
Ads
Simpanannya bermula sejak 15 Ogos lalu dan setiap RM1 yang diterimanya adalah melalui perniagaan kopi susu yang diusahakannya.
Jadikan setiap ikatan RM100
Setiap kali wang kertas RM1 berjaya dikumpulnya sehingga RM100, Azwan Ariff akan mengikatnya dalam tempoh 5 bulan, dia memiliki 100 ikatan yang bernilai RM100 setiap satunya.
Ads
Tin buruk dijadikan tabung
Ads
Kongsi Azwan Ariff lagi, dia menjadikan tin buruk yang dimiliki sebagai tabung simpanan dan setelah menyedari jumlahnya semakin bertambah, kesemua wang tersebut didepositkan ke dalam akaun simpanan Tabung Haji.
Berhasrat mahu tunaikan haji
Simpanan tersebut juga dibuat kerana dia sememangnya telah memasang niat untuk menunaikan haji jika diizinkan pada suatu hari nanti.
Azwan Ariff turut berharap tip yang dikongsinya ini mampu dijadikan sebagai inspirasi bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan budaya menabung setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semua orang tentu menginginkan bentuk badan yang kurus. Namun jika badan kurus keding juga boleh mendatangkan masalah kerana tiada keseimbangan dalam tubuh badan. Dah makan banyak pun, berat badan masih lagi sama. Gara-gara kurus keding, boleh jadi stres.
Jika anda tergolong dalam kategori lelaki kurus keding, perkongsian seorang pengguna di laman Twitter bernama syam131 tentang tip menaikkan berat badan secara sihat ini boleh anda jadikan panduan.
Impian muncul juara dunia bukan sekadar cakap – Rashid Sidek. Impian besar untuk menjadi juara dunia dan berada dalam kelompok 10 terbaik perlu disusuli dengan komitmen, bukan sekadar kata-kata tanpa tindakan, kata legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.
Menurut beliau, terdapat segelintir pemain lebih banyak ‘bercakap’ daripada menunjukkan kesungguhan mereka ketika latihan mahupun ketika di gelanggang pertandingan.
“Cakap nak jadi juara dunia, 10 terbaik dunia tapi cakap tak serupa bikin sebab bila waktu latihan tak sepenuh hati.
“Bukan nak kata pemain sekarang manja, tapi matlamat mereka dekat mana?” kata Rashid ketika ditemui selepas menerima pengiktirafan sebagai Ikon Sukan pada majlis Anugerah Sukan Universiti Malaya, malam tadi.
Beliau berkata, Malaysia mampu memberikan saingan hebat pada Piala Thomas 2026 jika mempunyai strategi tepat terutamanya dengan adanya tiga beregu lelaki yang menjadi sandaran untuk menyumbang mata buat pasukan negara.
“Kita dah ada tiga beregu yang mantap. Kalau Lee Zii Jia dapat sumbang satu mata bagi perseorangan, kita cuma perlukan satu lagi daripada pemain seperti Justin Hoh atau Leong Jun Hao.
“Dengan strategi dan barisan pemain yang tepat, peluang untuk jadi juara memang tinggi. Bagi saya, kalau ada empat kekuatan pun dah cukup – satu kalah, tiga lagi boleh bantu,” katanya.
Mengimbas kejayaan menjulang Piala Thomas 1992, Rashid berkata ketika itu Malaysia memperoleh mata menerusi dua pemain perseorangan dan satu beregu, untuk menewaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan berlangsung di Stadium Negara.
Sementara itu, menyentuh mengenai pengiktirafan sebagai Ikon Sukan, Rashid berkata pengiktirafan itu menjadi dorongan untuk beliau terus menyumbang kepada pembangunan sukan badminton tanah air.
“Saya akan terus berkecimpung dalam sukan ini dan buat masa sekarang sebagai jurulatih. Segala pengalaman akan saya curahkan kepada pemain-pemain baharu yang ingin menimba ilmu daripada saya,” katanya.
Sebagai lelaki, tentu anda inginkan kesempurnaan dalam hidup. Jadi sebelum usia mencecah 35 tahun, anda perlulah ada perancangan agar perjalanan hidup anda berjalan dengan sempurna. Jangan bertangguh kerana lagi lambat anda mula merancang, lagi susah anda nak capai 5 perancangan ini.
Perkongsian lelaki bernama Harith Faisal ini patut anda jadikan panduan. Bab kata beliau, kalau anda tak dapat juga, anda patut kena menggelabah. Jadi mulakan sekarang!
“Kau kena ada 5 ni sebelum 35 tahun.”
“Kalau tak dapat juga kena buat apa?”
“Kau kena menggelabah.”
Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan. Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, kan? Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya.
Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kau merasa cashflow ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi.
Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tak ada simpanan enam bulan gaji kita ni. Saya lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan. Bila kau cemas, kau pakai duit ni. Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan. Jangan. Jangan. Jangan!
Tapi kalau kau perlukan pinjaman peribadi untuk nak beli rumah dan sebagainya, buatlah pilihan yang bijak. Contohnya di iMoney, sebab kita boleh bandingkan pinjaman yang terbaik dengan lebih mudah dan pantas!
Kalau kau berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan kau dalam keadaan baik. Sebab kau punya belanja kurang daripada gaji. Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun dah takda masalah nak buat simpanan tetap bulanan.
Dah sepuluh tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan. Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward yourself. Bolehlah kau angkat satu kereta yang best-best. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu. Dapat yang harga RM100K++ pun okay sangat dah tu. Bawak famili jalan-jalan pun selesa.
Nak capai semua ni mesti kena ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. Kau kena capai semua ni dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat!
Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, lepas setahun bekerja nak capai apa. Lagi lambat kau mula merancang, lagi susahlah kau nak capai 5 poin kat atas tu.
Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok paw kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, takda simpanan, pinjam duit mak bapak.
Tak nak gelak.
Nanti ada orang sentap. Ops! – HF
Nota: Kalau kau dapat capai semua ni pada umur 30 tahun lagilah bagus. Takda siapa nak halang kau. Konsepnya, lagi cepat, lagi bagus.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.