Apa yang anda tahu tentang homestay atau inap desa ini? Majoriti masyarakat moden mempunyai dua pilihan jawapan seperti :

  1. Rumah orang untuk disewa di kawasan kampung
  2. Rumah untuk disewa dalam tempoh yang singkat

Tujuannya? Tak kiralah untuk apa sekali pun tetapi kebanyakannya orang sekarang ini akan cari homestay jika ikut rombongan perkahwinan dan tidur di kampung orang sehari dua.

Definisi yang salah

Sebenarnya, idea asal homestay adalah berkonsepkan medium pelancongan yang bertujuan memberikan perkhidmatan tempat tinggal serta memperkenalkan budaya setempat kepada pelancong dari luar.

“Homestay Sekarang Ni Banyak Dah Lari Konsep” – Sebabnya Ramai Tak Faham

Idea ini juga pada asalnya diilhamkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi mendorong pertambahan bilangan usahawan desa yang boleh menjana pendapatan menerusi kemudahan sedia ada.

Dalam erti kata lain jika anda menginap di homestay, anda akan kenali budaya masyarakat di situ, apa aktiviti mereka termasuk mengenali jenis-jenis makanan tradisi yang disediakan oleh pihak homestay.

Ads

Homestay peluang orang luar dekati budaya tempatan

“Homestay Sekarang Ni Banyak Dah Lari Konsep” – Sebabnya Ramai Tak Faham

Ambil contoh negeri Terengganu dan anda berasal dari Kuala Lumpur. Apabila anda duduk di homestay dalam negeri Terengganu, anda bukan sahaja dapat menikmati rasa sedap keropok lekor dan sarapan lazat nasi dagang.

Malah anda kenal dan sendiri dapat mencuba untuk bermain gasing, wau bulan atau bersantai di pantai cantik yang sering menjadi tumpuan ramai selain dapat belajar dan memahami loghat yang dipertuturkan oleh mereka.

Ads

Itu baru homestay. Bukannya seperti sekarang ini. Homestay sudah disalah erti sebagai rumah kosong yang boleh diinap sesiapa sahaja sama ada dalam masa singkat atau tempoh yang agak lama kerana ia lebih murah dan jimat berbanding hotel.

Pemilik rumah harus tinggal bersama

“Homestay Sekarang Ni Banyak Dah Lari Konsep” – Sebabnya Ramai Tak Faham

Penubuhan homestay yang tidak mengikut garis panduan menyebabkan tujuan asalnya tersasar kerana selain menyediakan tempat tinggal, pengunjung tidak berpeluang untuk mengikuti pelbagai aktiviti kebudayaan dan aktiviti harian di satu satu kawasan.

Ads

Yang pemilik rumah tahu, sila bayar sebelum keluar dari rumah tersebut. Kalau diikutkan konsep sebenar, pemiliknya harus tinggal bersama bermula dari hari pertama pengunjung tiba dan brief secara ringkas tentang apa yang menarik di kawasan tersebut.

Kenapa pentingnya sediakan pelbagai aktiviti?

“Homestay Sekarang Ni Banyak Dah Lari Konsep” – Sebabnya Ramai Tak Faham

Kerana kita mahu orang luar terutamanya pelancong luar negara mengenali keunikan yang ada dalam negara itu. Sebab itu dalam konsep homestay yang sebenar, wajar untuk pengusaha menyediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.

Tujuannya, pengunjung akan rasa puas ketika bercuti dan dapat memberikan satu pengalaman lain yang boleh mereka dijadikan bahan bualan apabila sudah pulang ke tempat asal masing-masing.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI