HONDA BUKTIKAN SERVIS SPORT HIBRID BERPATUTAN: INI 7 PERKARA PERLU DIKETAHUI

Share

Apabila bercakap tentang kenderaan hibrid, soalan yang sering diajukan ialah penyelenggaraan dan jangka hayat bateri hibrid serta kos.

Justeru itu demi ketenangan minda pemilik, berikut perkara utama yang perlu anda ketahui tentang penyelenggaraan bateri hibrid bagi model baharu City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid i-DCD yang ditawarkan oleh Honda Malaysia:

1) Honda Malaysia menawarkan waranti lapan tahun bagi bateri litium-ion tanpa had perbatuan.

2) Bateri berkenaan direka bagi tempoh jangka hayat kenderaan.

3) Setakat ini, kes berkaitan penukaran bateri hibrid baru adalah rendah. Data yang dikeluarkan oleh pihak Jepun, hanya 0.103 peratus nisbah penukaran bateri daripada 256, 565 unit Honda Fit Hybrid (Honda Jazz) sejak dikeluarkan September 2013.

4) Pengguna tidak perlu bimbang, harga jualan bateri hibrid Honda boleh dikatakan termurah berbanding pesaingnya. Sekiranya bateri tersebut perlu diganti selepas berakhirnya tempoh waranti, harga jualan bateri hibrid berkenaan ialah RM5, 513.

5) Demi ketenangan minda pemilik, tiada caj buruh dikenakan dalam tempoh enam kali servis setiap selang 20,000 penyelenggaraan yang diselang selikan dengan servis berbayar.

6) Untuk makluman, tiada servis khusus diperlukan untuk menyelenggara kereta hibrid. Proses servis sama seperti model Honda yang lain.

7) Selain daripada harga jualan kereta hibrid yang kompetitif, pihak Honda Malaysia juga menyatakan kos penyelenggaraan juga adalah berpatutan. Dalam tempoh lima tahun, kos penyelenggaraan bagi model City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid hanyalah RM2, 867.96.

 

 

 

IKLAN