Honda City Facelift 2023 Sarat Penambahbaikan Ciri-Ciri Teknologi Terbaru

Share

Tidat dapat dinafikan model Honda City sememangnya cukup popular di kalangan pengguna di Malaysia. Jadi tidah hairanlah setiap model terbaru mereka perkenalkan pasti akan menjadi bualan hangat di kalangan penggemar automotif.

Terbaru, Honda Malaysia telah melancarkan Honda City facelift 2023. Ia hadir dengan lima varian berbeza iaitu S, E, V, Petrol RS serta e:HEV RS. Mungkin anda tertanya-tanya apakag model facelift ini mempunyai perbezaan ketara dengan yang sebelumnya?

Pertama sekali pada bahagian luaran penampilannya hadir dengan rupa lebih segar. Di antara pembaharuannya iailah reka bentuk sensasi terkini seperti gril hadapan honeycomb rekaan terbaru, gril bawah, diffuser belakang dan juga skirt pada bahagian sisi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, “Populariti City tidak dapat dinafikan. Sejak ia diperkenalkan pada 2002, kini terdapat lebih 423,000 model City di jalan raya Malaysia.

“Honda City Generasi Ke-5 yang diperkenalkan pada 2020 meningkatkan lagi segmen B kerana Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang melancarkan varian e:HEV RS.

“Untuk terus menawarkan pelanggan kami dengan tawaran nilai dan ciri, New City akan tersedia dalam dua varian RS, e:HEV RS dan Petrol RS, di mana pelanggan akan mempunyai lebih banyak pilihan berdasarkan keperluan dan permintaan mereka.”

REKAAN TERKINI

Jika dilIhat dari ukuran dimensinya, model Honda City facelift ini berukuran 4,589mm (panjang), 1,748mm (lebar) dan 1,467mm (tinggi). Istimewa untuk varian RS pula ia hadir dengan sport rim 16 inci yang nampak cukup ‘garang’.

Dari segi perubahan bahagian dalaman, kedua-dua model Petrol RS dan e:HEV RS dilengkapi dengan kesambungan Wayarles Apple CarPlay dan Android Auto dan juga Meter TFT 7 inci.

Kecuali untuk varian S, semua varian lain berkongsi ciri baharu yang dinaik taraf, iaitu 8 Pembesar Suara, antara muka baharu untuk Audio Paparan, Kamera Pandangan Belakang Berbilang Sudut yang dipertingkatkan dan Port USB Belakang baharu (Jenis C).

City juga kekal praktikal dengan konfigurasi tempat duduk belakang split 60:40 yang menawarkan lebih banyak ruang, menjadikannya mudah untuk membawa kargo lebih panjang tanpa mengorbankan keselesaan penumpang. Sementara itu, ruang kargo 519 liter turut menjadi tarikan.

Dari segi ciri keselamatan pula Honda City baharu ini lengkap dengan sistem Honda SENSING yang kali ini hadir dengan dua ciri tambahan iaitu Low Speed Follow dan Lead Car Departure Notification. Ia juga menyokong dan dilengkapi dengan Honda CONNECT untuk model RS dengan varian lain sebagai pilihan pada harga RM1,500.

Berikut beberapa ciri yang terdapat pada model City ini;

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Harga Honda City facelift 2023 mengikut varian:

  • S: RM84,900
  • E: RM89,900
  • V: RM94,900
  • e:HEV RS: RM111,900

Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

IKLAN