
Honda Malaysia meneruskan sambutan ulang tahun ke-25 dengan penuh meriah apabila mengumumkan dua pemenang bertuah bagi bulan November menerusi kempen istimewa “Because of You”.
Pengumuman ini sekali lagi mencerminkan penghargaan Honda Malaysia terhadap sokongan berterusan pelanggan yang menjadi tulang belakang kejayaan jenama itu selama suku abad di pasaran tempatan.
Hadiah Utama: Honda Civic dan Honda CR-V Baharu
Majlis penyerahan hadiah telah diadakan di pengedar Honda terpilih, dengan dua kenderaan sebagai ganjaran utama iaitu Honda Civic 1.5L RS dan Honda CR-V 2.0L e:HEV RS.
Kedua-dua model ini bukan sahaja mewakili pencapaian teknologi Honda, malah menjadi simbol kepercayaan pelanggan terhadap kualiti, keselamatan dan kebolehpercayaan jenama tersebut.
Pemenang Pertama dari Negeri Sembilan
Pemenang pertama, Encik Zulkeffli bin Abdul Rahman, memenangi Honda Civic 1.5L RS selepas membeli Honda HR-V 1.5T V sebagai kenderaan kedua untuk keluarganya.
Walaupun tidak dapat hadir ke majlis penyerahan hadiah, kunci kenderaan tersebut telah diterima oleh dua orang anak perempuannya, Nuramirah Binti Zulkeffli dan Nuratikah Binti Zulkeffli, bagi pihak beliau.

Dalam kenyataannya, Encik Zulkeffli meluahkan rasa teruja dan bersyukur atas kemenangan tersebut.
Beliau menyatakan bahawa Honda Malaysia sentiasa menjadi pilihan utama kerana reputasinya sebagai jenama yang boleh dipercayai, selamat dan mudah diselenggara melalui rangkaian pusat servis sah yang meluas di seluruh negara.

Kemenangan ini menjadikan garaj kediamannya kini dihuni oleh sebuah City, sebuah HR-V dan sebuah Civic baharu, sekaligus membuka peluang untuk lebih banyak perjalanan keluarga pada masa hadapan.
Pemenang Kedua dari Johor
Sementara itu, pemenang kedua, Encik Mohamad Farees Rahimi bin Ab Kadir, menerima sebuah Honda CR-V 2.0L e:HEV RS.
Kemenangan tersebut disifatkan sebagai satu kejutan besar buat beliau yang sebelum ini membeli City Hatchback RS kerana reka bentuk kompak, mudah dipandu serta ciri praktikal yang sesuai dengan gaya hidup harian.

Menurut beliau, kemenangan CR-V e:HEV RS yang luas, selesa dan sarat dengan teknologi moden dilihat sebagai satu rezeki tidak disangka.
Kini, beliau mempunyai pilihan sama ada menikmati pemanduan sporty menerusi City Hatchback RS atau keselesaan premium sebuah SUV bersama keluarga, sekali gus menutup tirai tahun 2025 dengan penuh bermakna dan optimis menyambut 2026.

Kempen “Because of You” Terus Dapat Sambutan
Sebelum ini, Honda Malaysia telah mengumumkan dua pemenang awal bagi kempen yang sama, masing-masing menerima City Hatchback RS dan WR-V RS.
Dengan penyerahan Honda Civic 1.5L RS dan Honda CR-V 2.0L e:HEV RS kepada pemenang bulan November, kini hanya dua hadiah utama masih menanti untuk diumumkan dalam kempen cabutan bertuah sempena ulang tahun ke-25 ini.
BACA: Penyelenggaraan Motosikal, 5 Servis Asas Penting Untuk Prestasi & Keselamatan Maksimum
Kempen “Because of You” bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi menjadi simbol penghargaan Honda Malaysia kepada pelanggan setia yang telah bersama-sama membina jenama ini sejak penubuhannya.
Melalui inisiatif ini, Honda terus memperkukuh hubungan dengan pengguna sambil menzahirkan komitmen berterusan dalam menawarkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pemandu Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




