Sukan

Hormat Bulan Puasa, Azeem Fahmi Korbankan Empat Kejohanan

Share

Bagi menghormati bulan suci Ramadan, bintang pecut kebangsaan Muhammad Azeem Mohd. Fahmi sanggup terlepas empat kejohanan.

Memetik laporan Kosmo, Azeem yakin empat kejohanan itu tidak akan menjejaskan peluangnya ke Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai nanti.

Buat masa ini, Azeem mendedahkan perancangannya menyertai satu kejohanan sahaja sepanjang bulan Ramadan iaitu Kejohanan Jemputan Yellow ­Jacket di Georgia Tech, Atlanta pada 15 dan 16 Mac ini.

Pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu akan kembali menggegar trek di bumi Amerika Syarikat (AS) selepas Hari Raya Aidilfitri pada 10 April depan.

Ia sama ada Kejohanan Jemputan Tom Jones di Gainesville, Florida (12-13 April) atau Kejohanan Tiger Track Classic di Auburn, Alabama pada 20 April.

 “Perancangan dengan jurulatih Ken (Harnden) sekarang adalah sertai satu kejohanan pada awal Ramadan kerana kondisi badan saya masih segar.

Walaupun mengumumkan akan berehat dari kejohanan, Azeem menegaskan itu tidak bermaksud dia turut berehat dari menjalani latihan di waktu pagi.

Kredit Sumber: Kosmo

BACA: Amar Asyraf Enggan Berlakon Lagi, Rasa Bersalah Bersentuhan Pelakon Wanita

IKLAN