Amar Asyraf memutuskan untuk meninggalkan kerjaya sebagai pelakon disebabkan tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Memetik laporan Harian Metro, Amar memberitahu yang dia berasa sangat bersalah memegang bahu pelakon wanita Mimi Lana ketika kali terakhir dia berlakon.
“Padahal, pegang bahu dan tak sentuh pun. Tapi, dalam kamera nampak macam sentuh betul. Saya tahu, sebelum itu saya ada pegang-pegang, peluk pun pernah. Tapi, itu aib dulu.
“Jadi, saya rasa nak ubah sebab dah tak boleh. Itu antara sebab-sebab. Takutlah,” katanya lagi.
Kali terakhir dia berlakon ialah untuk drama bersiri Perempuan Itu yang ditayangkan di TV3 tahun lalu.
Kini, Amar memilih untuk memberikan tumpuan penuh kepada perniagaan wangian yang dibinanya.
“Saya berbincang dengan isteri dan rakan usahawan. Saya pernah buat perniagaan sebelum ini, tapi ada yang lingkup sebab tak tumpukan perhatian. Bila fokus, syukur kepada Allah SWT, ia mula menjadi.
“Sumber pendapatan utama dari perniagaan. Dari dunia seni memang tak ada langsung dah sebab saya potong terus. Orang nak upah saya untuk buat ulasan produk pun, saya buat secara percuma.
Tambahnya, dia masih lagi menerima tawaran berlakon namun dia enggan melakukannya.
Sakit belakang merupakan antara salah satu penyakit yang tidak asing lagi terutamanya bagi golongan yang sudah meningkat usia. Kebiasaannya, orang yang selalu mengangkat barangan yang berat dan orang yang kurang bersenam akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
Majoriti orang akan mendapat penyakit ini walaupun hanya sekali. Jadi tidak perlulah terlalu bimbang dan risau sekiranya anda tiba-tiba merasakan sakit belakang, terutama kepada yang masih belum pernah merasakannya.
SAKIT BELAKANG BOLEH DISEBABKAN OLEH 3 PERKARA, IAITU PENYAKIT YANG DIHIDAPI OLEH BELAKANG BADAN, MASALAH SAKIT PUAN, DAN FAKTOR DARI BAHAGIAN BADAN YANG LAIN.
Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda boleh merasakan kesakitan apabila setiap kali anda melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.
Pergerakan tersebut boleh merangkumi sebarang jenis termasuk semasa anda membongkok, semasa mengangkat barang yang berat dan selainnya. Kebiasannya masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh tulang belakang anda yang dijangka sudah haus ataupun tulang belakang anda sudah tua.
Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambungkan tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang fleksibeliti. Hal ini boleh membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya anda melakukan sebarang pergerakan yang berat dan kuat.
Kecederaan yang berlaku pada tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah juga berpotensi untuk menyebabkan sakit belakang sama ada ia hanyalah bersifat sementara ataupun kronik.
Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau diangkat secara tidak wajar. Vertebra yang patah sering daripada penyakit osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan kelemahan pada tulang poros. Jarang sekali, sakit belakang boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.
Terdapat juga banyak masalah medikal yang dikatakan boleh menyebabkan atau menyumbang kepada terjadinya masalah sakit belakang.
Masalah vertebrata selalunya berlaku apabila pesakit tersebut mempunyai masalah osteoporosis, (keadaan yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh). Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, namun ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.
Namun, sakit belakang adalah sangat jarang berlaku jika disebabkan oleh akibat jatuh dari tempat yang tinggi ataupun kecederaan dari kemalangan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemurungan merupakan salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, di setiap lingkungan umur. Penyakit ini melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kekecewaan, putus asa dan hilang semangat secara berterusan, sehingga melebihi dua minggu.
Apabila berbicara mengenai kemurungan, golongan wanita juga terdedah dengan gejala ini pada tahap serius, malah kes-kes kemurungan dalam kalangan wanita adalah lebih serius berbanding lelaki kerana golongan ini lebih beremosi dan sentiasa berada dalam tekanan.
Golongan wanita boleh menerima kesan kemurungan bila-bila masa sahaja. Kemurungan memang boleh dialami oleh seseorang bergantung kepada bagaimana dia menerima keadaan itu, namun, selalunya kemurungan akibat kesedihan yang dialami mungkin sekitar dua tiga jam sahaja, tetapi sekiranya melarat sehingga melebihi dua minggu, ia sudah menjadi begitu serius.
“Golongan wanita menerima kesan kemurungan dalam fasa-fasa tertentu iaitu pada tahap kanak-kanak, remaja, dewasa, perimenopaus dan seterusnya pada peringkat menopaus. Malah, golongan ini juga akan melalui mood yang berubah sewaktu dalam pantang selepas bersalin.
“Sekiranya, kemurungan yang berpanjangan mengakibatkan kemudaratan kepada individu seperti hilang selera makan, rasa tidak seronok, sukar untuk tidur, sentiasa rasa bersalah, rasa tidak berguna, perkara seperti ini harus diambil berat oleh semua pihak terutama keluarga kerana mereka yang sepatutnya memahami dan mengetahui keadaan psikologi insan berkenaan yang di luar daripada kebiasaan.
Kemurungan juga boleh berlaku sekiranya mereka mempunyai sejarah keluarga yang berkaitan dengan kesihatan mental, keadaan persekitaran, stres dan kecelaruan fikiran. Golongan wanita sentiasa melalui fasa-fasa kehidupan yang menekan dan sekiranya tiada pendinding diri, tidak kuat dengan ketahanan mental, fikiran mereka boleh terjejas. Kemurungan terbahagi kepada tiga tahap, iaitu rendah, sederhana dan serius.
Gejala lebih teruk apabila ada perasaan ingin membunuh diri, masalah gangguan hidup seperti tidak boleh bekerja, tidak boleh melakukan aktiviti keluarga seperti menjaga anak atau memasak dan menyebabkan kesengsaraan sehingga membabitkan anak-anak dan keluarga.
Penyakit psikologi ini bukan setakat rasa sedih, namun boleh melarat kepada simptom lain seperti rasa pesimis, putus asa sehingga mendengar bisikan negatif yang boleh membayangkan diri dan mengundang perkara yang tidak diingini.
“Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan hormon, gaya hidup trauma silam, masalah rumah tangga dan konflik diri menyebabkan tekanan. Namun, tekanan dan kemurungan sebenarnya lebih kerap melanda wanita dewasa yang produktif berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 40 tahun,”
Golongan yang mengalami kemurungan perlu mendapatkan rawatan daripada mereka yang profesional dalam bidang berkenaan, namun stigma masyarakat menghalang mereka daripada mendapatkan rawatan yang sempurna. Ini kerana ramai yang menganggap seseorang itu adalah ‘gila’ kalau berjumpa pakar psikiatri walaupun sebenarnya banyak masalah mental yang tidak ada kaitan dengan gila. Tidak kurang juga yang menganggap kemurungan sebagai masalah biasa.
Kemurungan juga berbeza dengan perasaan cemas tidak menentu (anxiety disorder). Mereka yang mengalami perasaan cemas secara tiba-tiba ini menyebabkan mereka tidak boleh bernafas, berdebar-debar dan panik. Mereka khuatir sekiranya diserang sakit jantung, tetapi sebenarnya tidak.
“Serangan panik dan cemas secara tiba-tiba ini juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sehinggakan mereka akan menjadi cemas tentang hal-hal kecil yang sepatutnya tidak perlu dirisaukan,”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Edry,penyanyi dan komposer terpaksa membuat keputusan ke luar negara untuk kepentingan anaknya. Edry Abdul Halim juga memberitahu salah satu punca pembubaran kumpulan KRU disebabkan setiap anggotanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga.
Demi mendapatkan pembelajaran yang terbaik untuk anak ketiganya Emry yang juga merupakan anak autisme, Edry sekeluarga sanggup berhijah demi yang kebaikan bersama.
“Malaysia tiada sekolah khas untuk austisme dan anak ketiga saya itu sudah nak masuk 11 tahun namun masik belum boleh bercakap. Cikgu di sekolahnya suruh kami hantar ke sekolah lain.
“Anak saya tidak boleh bercakap lagi. Perkara itu buat saya berfikir bahawa saya gunakan banyak masa ajar orang menyanyi tapi anak sendiri masih tak boleh bercakap.
Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.
Tambah Edry, dia merancang untuk ke Eropah lepas Hari Raya Aidilfitri bagi mencari sekolah paling sesuai untuk anaknya itu.
“Sepatutnya sehari selepas konsert kami akan ke Eropah tapi terpaksa ditangguhkan mungkin selepas hari raya nanti.
“Insya-Allah kita cuba setahun dahulu dan tengok perkembangan sama ada dia boleh terima atau tidak,” ujarnya.
Sementara itu, tambahnya, dia juga berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang tertentu untuk pencapaian dirinya. Edry bersama anaknya
Emery yang merupakan kanak-kanak istimewa. Foto dari Instagram Edry.
Katanya, ia merupakan hasrat yang tertangguh selepas menceburkan diri dalam bidang seni seawal usia 16 tahun.
“Saya nak sambung belajar kerana itu impian saya yang tidak tercapai. Dulu saya sibuk menyanyi sejak umur 16 tahun dan hanya ambil Sijil Pelajarann Malaysia (SPM) sahaja,” ujarnya.
Sebelum itu, KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan untuk membubarkan kumpulan yang dibina sejak 25 tahun lalu. Konsert Gegarsi 25 KRU yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Mei depan di Istana Budaya merupakan penampilan terakhir mereka sebagai penyanyi berkumpulan.
Sumber : mstar online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 10 kasut larian daily running terbaik 2025 pilihan MASKULIN – daripada ASICS Novablast 5 hingga Adidas EVO SL, dengan cushioning mewah, respons pantas dan gaya moden untuk setiap pelari.