HP ElitePos dibangunkan dengan rekaan versatil yang nipis dan menarik, sesuai digunakan oleh pelbagai rangkaian runcit dan persekitaran hospitaliti di negara ini. Pengenalan HP ElitePos akan menjadi peranti hab kritikal bagi memberikan pengalaman dalam kedai yang terbaik kepada pelanggan dalam industri peruncitan negara. Produk baharu itu juga didatangkan dengan prestasi terbaik menggunakan pemprosesan Core Intel generasi ketujuh dengan teknologi vPro dan sistem keselamatan yang terbaik, dengan perlindungan keselamatan Bios bagi melindungi data pelanggan.
Diharapkan produk terbaharu ini mendapat sambutan baik pelanggan dari pelbagai perniagaan perkhidmatan seperti kedai makanan dan minuman (F&B), hotel dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Ads
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan mengikut bajet pelanggan dengan harga bermula RM4,823.
Ads
Ads
Pelanggan juga boleh membuat pilihan untuk melanjutkan tempoh waranti kepada lima tahun daripada waranti standard sedia ada selama tiga tahun. HP ElitePos turut boleh didapati dalam pelbagai aksesori tambahan, antaranya terminal pencetak, pengimbas kod bar dan pembaca cap jari. HP ElitePos dijangka berada di pasaran bermula November ini menerusi kedai HP dan lebih 250,000 rangkaian rakan kongsi global di seluruh dunia.
“Jika kamu mati dalam perjalanan menuntut ilmu, kamu syahid akhirat.” – Hadis riwayat al-Tabrani
Tanggal 9 Jun 2025 menjadi detik pilu buat seluruh rakyat Malaysia apabila 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Dalam perjalanan menuntut ilmu, mereka dipanggil pulang oleh Ilahi, disifatkan tergolong dalam golongan syahid akhirat kerana mereka sedang berjihad dalam menuntut ilmu.
Pandangan ini dikongsikan oleh Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, yang merujuk kepada fatwa dan pandangan tokoh ulama tersohor seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh ‘Atiyyah Saqr.
Menurut beliau, umat Islam yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya bukan akibat kecuaian atau maksiat sendiri, termasuk dalam kategori syahid akhirat.
Beliau berkata, walaupun kemalangan jalan raya tidak disebut secara khusus dalam hadis, ulama kontemporari memasukkannya (kemalangan itu) dalam qiyas terhadap kematian tertimpa atau terbakar yang mengejut dan menyakitkan, serta tidak disengajakan oleh mangsa.
Mangsa-mangsa kemalangan, termasuk 15 penuntut UPSI yang maut dalam perjalanan untuk kembali ke kampus, menurut Dr Mohd Sukki, sedang berada dalam keadaan menuntut ilmu iaitu satu bentuk jihad yang diangkat darjatnya oleh Islam.
“Dalam insiden tragis yang menimpa sekumpulan penuntut dalam perjalanan ke institusi pengajian tinggi, persoalan adakah mereka syahid sangat relevan, khususnya kepada waris dan masyarakat yang ingin memahami kedudukan sebenar mangsa di sisi agama,” ujar beliau ketika dihubungi Harian Metro.
“Dalam kes kemalangan itu, mangsa adalah penumpang dan penuntut universiti yang dalam perjalanan menuntut ilmu, maka insya-Allah mereka tergolong dalam kategori syahid akhirat, iaitu diberi ganjaran besar oleh Allah di akhirat kelak.
“Bagaimanapun, jenazah mereka tetap dimandikan dan disolatkan sebagaimana jenazah biasa,” jelasnya lagi.
Menuntut ilmu adalah satu ibadah yang mulia dalam Islam.Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”Oleh itu, perjalanan para pelajar UPSI ini bukan sekadar fizikal, tetapi juga spiritual, menuju ke arah keredhaan Allah SWT.
Al-Fatihah buat 15 penuntut UPSI yang telah pergi menghadap Ilahi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Amin.
Dalam dunia bola sepak moden, peluang merupakan segalanya. Impian untuk menjejakkan kaki ke padang latihan bertaraf dunia sering menjadi angan-angan besar bagi pemain remaja. Namun buat 120 bakat muda Malaysia, impian itu kini semakin hampir menerusi Kem Pencarian Bakat Biasiswa Bakat DASHING 2025.
Sebagai jenama dandanan lelaki terkemuka, DASHING membuka ruang sebenar kepada generasi baharu pemain bola sepak tempatan untuk melangkah lebih jauh dengan kerjasama kelab Inggeris, Tottenham Hotspur.
Acara sehari yang berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur ini menghimpunkan pemain berusia 15 hingga 18 tahun dari seluruh negara.
Mereka disenarai pendek melalui proses pemilihan ketat berdasarkan hantaran video, dan diberi peluang dilatih oleh Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Tottenham Hotspur bersama 20 jurulatih tempatan dalam program intensif yang dibina mengikut standard bola sepak profesional.
Kem ini bukan sekadar sesi pemilihan tetapi sebuah platform untuk menguji kemampuan teknikal, kecerdasan permainan dan ketahanan mental pemain muda Malaysia.
Sepanjang kem, peserta menjalani latihan menilai kemahiran teknikal, kecergasan dan disiplin taktikal. Menurut Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Global Tottenham Hotspur, Shannon Moloney,:
“Malaysia memiliki potensi besar dalam arena bola sepak dan amat menginspirasikan apabila melihat program seperti ini menyediakan platform sebenar untuk pemain muda menonjolkan bakat mereka. Bakat serta semangat yang ditunjukkan sepanjang kem ini sangat mengagumkan — para pemain ini jelas dahagakan kejayaan.”
Dari sesi pecutan, formasi kecil hingga perlawanan kompetitif singkat, setiap aktiviti direka bagi mencerminkan realiti latihan profesional.
Tekanan tinggi memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan karakter sebenar mereka di bawah bimbingan jurulatih Tottenham Hotspur.
Bagi ramai pemain muda, pengalaman ini bukan sekadar pertandingan tetapi detik penting dalam perjalanan mereka.
Dazzel Emil Haziq, pemain pertahanan 15 tahun dari Selangor, berkata:
“Kem Pencarian Bakat ini berada di tahap yang berbeza. Ia satu pengalaman yang berharga untuk saya menguji kemampuan diri menentang ramai pemain hebat lain dan memberikan motivasi untuk terus memperbaiki permainan saya serta mengejar impian untuk bermain di luar negara.”
Peserta lain, Muhammad Darwisy turut berkongsi pandangan sama:
“Ia merupakan satu pengalaman hebat dapat berlatih bersama pemain-pemain yang sangat berbakat dari seluruh Malaysia. Latihan yang dijalankan bukan sahaja menguji kemahiran kami tetapi juga ketahanan mental.”
Hanya tiga pemain terbaik akan dipilih untuk terbang ke London dan menjalani latihan di Akademi Tottenham Hotspur pada tahun 2026.
Walaupun dikenali sebagai jenama gaya hidup lelaki, DASHING membuktikan komitmennya jauh melangkaui produk penjagaan diri.
Mereka melabur dalam pembangunan belia, membina keyakinan diri serta menyediakan peluang nyata untuk masa depan generasi muda Malaysia.
Menurut Pengurus Pemasaran DASHING, Devarshi Dalmia, “Di DASHING, kami percaya dalam memberi keyakinan kepada belia Malaysia untuk mengejar impian mereka.
“Kerjasama dengan kelab terkemuka dunia seperti Tottenham Hotspur membolehkan kami menggabungkan semangat tempatan dengan kepakaran bertaraf dunia,” tambahnya lagi.
Kerjasama ini membuka ruang bagi bakat Malaysia mempelajari metodologi bola sepak antarabangsa yang jarang dapat diakses secara langsung oleh pelatih muda di negara ini.
Dengan kem selesai, kini tibalah detik paling mendebarkan — pengumuman tiga pemain terbaik yang akan menyertai latihan intensif di pusat latihan eksklusif Tottenham Hotspur di London.
Pengalaman ini berpotensi menjadi platform yang mengubah masa depan kerjaya mereka dalam arena bola sepak.
Bagi DASHING, program ini bukan usaha jangka pendek tetapi sebahagian daripada misi panjang memartabatkan belia Malaysia melalui keyakinan, disiplin dan peluang sebenar untuk berjaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita selalu pepatah yang cinta itu buta, tetapi lelaki di Indonesia ini benar-benar membuktikan bahawa cinta itu buta apabila dia sanggup mengahwini wanita yang berbeza 49 tahun dan seusia neneknya .
Ade Irawan melangsungkan perkahwinan dengan Sanih, dalam satu majlis di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari di Cileungsi di sini baru-baru ini.Merdeka.com melaporkan, perkahwinan pasangan itu tular selepas gambar mereka dimuat naik di laman Facebook baru-baru ini.
Ade berkata, dia berkahwin dengan Sanih atas dasar cinta selepas perkahwinannya yang terdahulu dengan seorang wanita sebaya berakhir dengan perceraian.
“Saya bercerai kerana bekas isteri saya sering meminta membelikan banyak benda sedangkan saya hanya bekerja sebagai buruh.
“Pernikahan saya ini adalah jodoh dan saya niatkan sebagai satu ibadah berumahtangga,” katanya yang memberikan mas kahwin berupa kelengkapan solat.
Menurut saudara rapat Sanih, Ijo 44, sebagai berkata warga emas itu menggunakan wang hasil jualan tanah bernilai RP 20juta (RM6,300) untuk pernikahannya.
“Dia (Sanih) guna Rp 20 juta (RM6,300), Sekitar Rp 3 juta (RM940) digunakannya untuk membeli gigi palsu, dan bakinya digunakan untuk belanja akad nikah yang lain,” ujarnya.
Ijo juga menambah, Sanih bukannya tidak berduit, malah menyimpan lagi wang hasil jualan tanahnya pada tahun 2015 bernilai Rp 200 juta (RM63,000).
Sementara itu, Sanih yang sudah menjanda sebanyak dua kali pula memberitahu, dia berharap perkahwinannya kali ini kekal hingga ke akhir hayat.
“Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan dan saya berharap untuk mempunyai zuriat,” jelasnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.