2000 rakan media dari seluruh negara berkesempatan menyaksikan sendiri pelancaran mega Huawei Mate 20 di Excel London, yang dikatakan sebuah telefon pintar jenis android paling hebat untuk tahun 2018 ini. Tidak dinafikan reka bentuk dan fungsi kameranya membuatkan penulis sendiri teruja. Nantikan untuk artikel dan gambar suasana malam yang diambil sendiri penulis sepanjang berada di kota London baru-baru ini menggunakan Huawei Mate 20.

Memperkenalkan empat pilihan telefon pintar terkini dari siri Mate 20 iaitu Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 x dan Mate20 RS (Porsche Design). Selain itu Huawei turut mengumumkan rangkaian Huawei Watch GT, Huawei Talkband B5 dan komputer riba Matebook yang dijangkakan bakal menjadi fenomena.

Huawei Mate 20 Jadi Rebutan

HUAWEI MATE 20

Dipadankan dengan teknologi Kirin 980, 7nm Mobile Chipset

Leica Triple Camera dengan Wide Angle Lens

4000mAh (typ) bateri supercharge

6.53 Dewdrop Display

Kamera utama  : 12MP + 16MP + 8MP, F1.8 + F2.2 + F2 .4

Kamera hadapan : 4GB+ 128GB/ 6GB + 128GB

Huawei Mate 20 Jadi Rebutan

HUAWEI MATE 20 PRO

Teknologi Kirin 980, 7nm Mobile Chipset

Leica Triple Camera dengan Wide Angle Lens

Biometic identification 3D face Unlock, in-screen fingerprint

40W Huawei SuperCharge

 

IKLAN

HUAWEI MATE20 RS

Huawei  Kirin 980 7nm Mobile Al Chipset

Porsche Design Masterpiece dengan kulit premium

Biometric indentification 3D face unlock

40W Huawei SuperCharge

 

HUAWEI MATE20 X

Huawei  Kirin 980 7nm Mobile Al Chipset

Leica Triple Camera with Ultra Wide Angle Lens

7.2 Dewdrop display

5000mAh(typ) Ultra Large Battery dengan Huawei SuperCharge

IKLAN

Huawei M-Pen

Main camera : 40MP + 20MP +8MP, F1.8 + F2.2 + F2.4

Front camera : 6GB + 128GB

Huawei Mate 20 Jadi Rebutan

Ini di antara sebab lain kenapa anda perlu beralih selera ke Huawei Mate 20 ini

REKA BENTUK SENANG DIPEGANG

Berbentuk ergonomik, ia sangat selesa untuk dipegang. Skrin dwi-lengkung membuatkan ia baik untuk genggaman. Skrin lebih besar berbanding P20 Pro untuk menyokong sistem imbasan wajah 3D.

MEMORI CUKUP BESAR

HiSilicon Kirin 980 ini dipadankan dengan memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB. Juga diberikan penambahan untuk storan menggunakan NM Card yang seakan-akan SIM nano.

Huawei Mate 20 Jadi Rebutan

KAMERA TERBAIK!

IKLAN

Tri-kamera INI menggabungkan sensor 40+20+8 Megapixel. Sensor 40-Megapixel dipadankan dengan lensa f/1.8. Sensor 20-Megapixel pula dengan lensa ultra sudut lebar f/2.2 dan sensor 8-Megapixel untuk zoom optikal sehingga 3X. Panel belakang didominasi oleh kamera yang disusun dalam bentuk empat segi. Tiga kamera dan flash disusun pada paksi tengah peranti yang memberikannya rekaan yang simetri. Mampu mewujudkan kesan luas dan tiga dimensi pada imej. Sistem kamera baru juga menyokong jarak makro, yang menghasilkan imej yang tajam yang diletakkan hampir 2.5cm dari lensa. Lensa sudut ultra lebar dan sokongan makro bersedia untuk menangkap sebarang aksi walaupun dari sudut jauh dan dekat.

BATERI TAHAN LAMA

Bateri sebesar 4200 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan ultra pantas SuperCharge pada tetapan kuasa 40W. Bateri boleh dicas sehingga 70% dalam masa 30 minit sahaja menerusi USB-C

Huawei Mate 20 Jadi Rebutan

MUDAH CAS

Menyokong pengecasan nirwayar, siri sebelum ini juga mempunyai kemampuan menjadi powerbank dengan sambungan berwayar. Tetapi kini pada Mate 2 Pro, kemampuan ini dipertingkatkan untuk mengecas secara nirwayar pula.

Hadir dalam pilihan warna seperti hijau emerald, merah jambu, hitam, twilight (biru dan hitam), siri Huawei Mate 20.

  • HUAWEI Mate 20 : RRP – RM 2,799
  • HUAWEI Mate 20 Pro : RRP – RM 3,599
  • HUAWEI Mate 20 X : RRP – RM 3,199

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=2AtzASwCUsQ[/embedyt]

 

 

 

 

 

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI