Saban hari industri telekomunikasi menyaksikan pelbagai inovasi serta pengenalan teknologi diperkenalkan untuk pasaran telefon pintar. Malah telefon pintar kini bukan hanya bertindak sebagai peranti komunikasi semata.

Ia kini seumpama identiti buat penggunanya kerana kebergantungan terhadap pelbagai aplikasi di atas talian seperti perbankan, hiburan, pesanan makanan, GPS serta segala macam kemudahan lain.

Dengan kepesatan teknologi yang disumbat ke dalam telefon pintar, mungkin ramai di antara kita tertanya-tanya adakah tablet masih lagi relevan?

Menerusi poll yang dilakukan oleh GSM Arena menunjukkan 31 peratus pengunjung laman sesawang teknologi telekomunikasi popular tersebut masih mengikuti perkembangan semasa tablet.

Sebanyak 33 peratus mengakui mempunyai peranti tersebut namun tidak melakukan sebarang upgrade dan 36 peratus menganggap telefon pintar sahaja sudah memadai.

Inilah cabaran baharu yang perlu dipikul oleh pengeluar tablet yang masih mengetengahkan inovasi yang mungkin belum dirasai majoriti pengguna.

Sebagai antara jenama dan pemain utama industi ini, HUAWEI tampil memberikan soluasi kepada pengguna yang ingin mencari tablet terbaik di pasaran.

HUAWEI MatePad Pro merupakan peranti terbaharu yang bakal diperkenalkan mereka ke pasaran global dan juga Malaysia.

HUAWEI MatePad Pro Tablet Sempurna Untuk Pengalaman ‘Work & Play’

Tablet terbaharu HUAWEI ini merupakan tablet edisi premium paling baharu yang menjanjikan pengalaman penggunaan lebih variasi dan berinovasi.

Sejak mula diumumkan dan dipertontonkan, HUAWEI MatePad Pro terus diangkat dalam dunia Android sebagai tablet terbaik di pasaran buat masa sekarang.

IKLAN

Mengetengahkan spesifikasi paling tinggi, ia dianggap sebagai tablet yang mampu memenuhi kriteria penggunaan untuk kerja, hiburan dan juga penggunaan konvensional.

HUAWEI MatePad Pro juga disebut sebagai trendsetter kepada rekaan industri terkini.

Jika anda berminat dengan peranti hebat ini, mungkin lima sebab di bawah mampu memberikan anda idea tentang HUAWEI MatePad Pro.

1. REKAAN TREND SETTER 

Setiap genap rekaan fizikalnya melambangkan tablet untuk masa depan. HUAWEI MatePad Pro dilengkapi skrin sesentuh 10.8 inci dengan paparan 16:10 di dalam fizikal ultra slim.

HUAWEI MatePad Pro Tablet Sempurna Untuk Pengalaman ‘Work & Play’

Ia juga merupakan tablet yang menawarkan ration screen-to-body paling tinggi dengan 90% kenipisan 4.9mm bezzel simetrikal.

HUAWEI MatePad Pro ditawarkan dalam empat warna semula jadi berbeza iaitu Forest Green and Orange serta kemasan fiberglass Pearl White dan Modnight Grey.

IKLAN

HUAWEI MatePad Pro Tablet Sempurna Untuk Pengalaman ‘Work & Play’

2. KEGUNAAN UNTUK WORK & PLAY

Untuk kegunaan sebarang tugasan kerja, skrin telefon pintar pastinya tidak cukup besar, apatah lagi untuk membuka fail yang perlu dilihat secara besar. Tapi dengan skrin 10.8 inci, HUAWEI MatePad Pro pasti mampu memberikan kepuasan maksima.

HUAWEI MatePad Pro Tablet Sempurna Untuk Pengalaman ‘Work & Play’

Selain menyokong fungsi Multi-Windows, pengguna juga ditawarkan App-Multiplier dan Multi-sreen Collaboration di mana dua oeranti dapat dikawal dengan menggunakan satu skrin sahaja.

HUAWEI MatePad Pro juga meyokong aksesori hebat seperti HUAWEI M-Pencil dan Smart Kinetic Keyboard untuk pengalaman penggunaan tablet lebih berbeza.

3. INTERAKSI HEBAT

Permainan video kini menjadi salah satu elemen penting terhadap nilai tambah sesebuah tablet. Menyedari perkara tersebut HUAWEI memberikan dimensi terbaharu dengan memperkenalkan MEETime, teknologi terbaharu yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

IKLAN

Menerusi teknologi ini pengguna dapat berkongsi skrin ketika melakukan panggilan atau mengambil nota dan melakukan edit secara real-time.

4. PAPARAN SKRIN

HUAWEI MatePad Pro dilengkapi skrin 10.8 inci dengan ratio 16:10 2K QHD (2560×1600) panel sokongan DC1-P3 cinematic color. Selain itu, ia lengkap dengan kepadatan piksel 280ppi dengan panel menyokong paparan sinematik untuk pelbagai kandungan.

Ia menggunakan teknologi paparan HUAWEI ClariVu Display yang meningkatkan playback, pelayaran imej dan juga video.

5. KELAJUAN TERBAIK

Nadi penggerak utama ‘jentera’ HUAWEI MatePad Pro ialah pemproses Kirin 990 yang mampu mengendalikan pelbagai aplikasi dan produktiviti yang digunakan oleh pengguna. Ia disokong dengan 8GB RAM dan 256GB ROM untuk memastikan penggunakan lebih lancar.

HUAWEI MatePad Pro Tablet Sempurna Untuk Pengalaman ‘Work & Play’

HUAWEI MatePad Pro lengkap dengan bateri 7250mAh yang mampu bertahan sepanjang hari serta menyokong pengecasan HUAWEI Super Charge.

HUAWEI MatePad Pro 5G kini sudah berada di pasaran bermula 26 Jun 2020. Tampil dengan harga kompetitif pada hanya RM2,898, ia boleh menjadi tablet yang pastinya melengkapkan hidup anda.

Lebih menarik, ia datang dalam pakej bundle bersama HUAWEI M-Pencil dan Smart Magnetic Keybpard.

Jika anda berminat boleh dapatkan HUAWEI MatePad Pro di https://shop.huawei.com/my/april2020-new-launches.html.

HUAWE MatePad Pro, a tablet that you can not live without!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI