Selepas kira-kira sebulan ramai pemerhati berteka-teki tentang telefon pintar terbaru jenama ini akhirnya Huawei memperkenalkan secara rasminya buat pasaran tempatan bermula semalam.

Pada majlis pelancarannya semalam berlangsung di Sunway Pyramid Convention Center, Huawei P60 Pro menjadi salah satu tumpuan utama di samping beberapa peranti pintar yang lain diperkenalkan.

Buat peminat siri telefon pintar ini pastinya sudah mengetahui bahawa antara kekuatan utamanya ialah kamera serta rekaan yang sentiasa lain daripada yang lain. Begitu juga dengan Huawei P60 Pro yang diangkat sebagai salah satu peranti terhebat pernah di hasilkan oleh mereka.

Huawei P60 Pro Secara Rasminya Dilancarkan Bagi Pasaran Tempatan, Hadir Dengan Kamera Mantap!

Bahasa reka bentuk HUAWEI P Series dengan kemajuan terkemuka industri dalam inovasi pengimejan mudah alih. Dengan reka bentuk yang menakjubkan dan prestasi yang luar biasa, P60 Pro menjanjikan untuk memberikan pengalaman deria yang mengagumkan.

Huawei P60 Pro memaparkan paparan LTPO OLED 6.67-inci dengan kadar penyegaran adaptif yang berjulat dari 1Hz hingga 120Hz. Untuk perlindungan, paparan quad-curve dilengkapi dengan Kunlun Glass dan telefon itu sendiri dinilai pada IP68 untuk rintangan habuk dan air.

IKLAN

Huawei P60 Pro Secara Rasminya Dilancarkan Bagi Pasaran Tempatan, Hadir Dengan Kamera Mantap!

Huawei P60 Pro beroperasi pada versi 4G daripada cipset Qualcomm Snapdragon 8 Plus Gen 1 generasi terakhir. Lantas menjadikannya salah satu daripada beberapa telefon pintar utama pada tahun 2023 tanpa sokongan 5G.

Huawei P60 Pro Secara Rasminya Dilancarkan Bagi Pasaran Tempatan, Hadir Dengan Kamera Mantap!

Ia datang dalam dua konfigurasi dengan sehingga 12GB RAM dan 512GB storan dalaman. Di China, telefon ini juga mempunyai komunikasi satelit dua hala melalui sistem BeiDou, tetapi ciri itu tidak tersedia untuk versi antarabangsa.

IKLAN

Dari segi spesifikasi kamera pula, Huawei P60 Pro hadir dengan tiga kamera di bahagian belakang dengan penderia utama 48MP dengan OIS dan apertur fizikal boleh laras, ultra lebar 13MP dan kanta telefoto 48MP dengan apertur F2.1 yang besar dan OIS untuk tangkapan malam yang lebih terang yang juga berfungsi sebagai kamera makro.

Huawei P60 Pro Secara Rasminya Dilancarkan Bagi Pasaran Tempatan, Hadir Dengan Kamera Mantap!

Manakala pada bahagian hadapan pula terdapat sedikit potongan lubang tebuk kecil menempatkan kamera swafoto 13MP.

IKLAN

Dari segi bateri juga ia menampakkan satu penyediaan yang cukup memuaskan. Peranti ini dilengkapi dengan bateri 4,815mAh bersama sokongan pengecasan berwayar 88W, pengecasan wayarles 50W dan pengecasan wayarles terbalik 7.5W.

Huawei P60 Pro Secara Rasminya Dilancarkan Bagi Pasaran Tempatan, Hadir Dengan Kamera Mantap!

Manakala dari segi kesambungan pula ia menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.2 dan NFC. Selain itu, ia mempunyai blaster inframerah untuk anda mengawal perkakas rumah anda.

Huawei P60 Pro kini mula ditawarkan untuk pasaran tempatan dengan harga bermula dari RM4,699 bagi model asas 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. Bagi versi paling atas pula ia RM5,499 dengan 12GB RAM dan 512GB storan dalaman.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI