
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran pada tahun lalu jenama Huawei dilihat masih lagi mempunyai ‘kuasa’ yang cukup signifikan dalam pasaran.
Ia kini dilihat sebagai antara perintis dan pemain utama dalam industri telekomunikasi. Malah Huawei tidak teragak-agak membentuk laluan mereka tersendiri tanpa terlalu memikirkan kebergantungan kepada jenama ‘gergasi’ yang lain.
Terbaru, Huawei bakal menggantikan sistem pemetaan di dalam telefon pintar dan perantu mereka dengan menggunakan teknologi dari TomTom. Ia merupakan sebuah syarikat pemetaan berasal daripada Belanda dan sudah agak dikenali ramai.
Walapuun TomTom memiliki apps tersendiri menerusi platform iOS dan Android, ia tidak menghalang Huawei untuk menjalinkan kerjasama ini. Menurut laporan, Huawei sedang membina apps sendiri dengan menggunakan pemetaan dari TomTom, informasi trafik dan kerangka navigasi.
TomTom sebelum ini pernah menjadi pembekal data kepada Appla Maps – yang pernah menerima kritikan hebat. Namun telah dipertingkatkan dan ditambah baik dengan cukup baik sekali.
Seperti pembikin telefon pintar Android yang lain, Huawei sangat bergantung kepada Google Maps. Namun dengan ugutan serta sekatan yang dilakukan oleh Trump pada tahun lalu menyebabkan Huawei ingin mencari solusi yang lebih selamat pada masa akan datang.
Malah mereka juga membina sistem operasi sendiri yang telah tular diperkatakan iaitu HarmonyOS. Kerjasama bersama TomTom ini dilihat sebagai usaha Huawei mengurangkan kebergantungannya terhadap Google.
Pakai Sarung Tangan& Elak ‘Both Direction’, Ini Langkah-langkah Jika Anda Perlu Keluar Ke Kedai!

Masih ingat apabila orang ‘Panic Buying’? Macam mana stok-stok anda? Masih kena pergi kedai dan beli barangan ke?
Jika YA, tak apalah. Mungkin ini ada cara buat anda yang perlu ke kedai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Buat individu yang ingin membeli barangan di luar atau pasaraya, ini adalah tatacara yang betul;
#1: Pakai sarung tangan plastik bila ambil barang di rak-rak pasaraya. Virus ni boleh hidup di permukaan hingga beberapa jam.
#2: Pakai mask, elak ‘both direction’. Virus pun tak boleh masuk ke rongga hidung, mulut dari luar.
Langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya selesai membeli dipasaraya tersebut;
#1: Jangan disambut oleh ahli keluarga terutama anak-anak kecil. Elakan dari terus bertemu ahli keluarga lain kerana bimbang anda terdedah kepada virus tersebut.
#2: Jangan tanggalkan mask di wajah. Terus masuk ke dalam bilik air, buka semua pakaian dan masukan dalam beg plastik untuk dicuci terus.
#3: Baru buka mask dan sarung tangan dan buangkan ke dalam plastik khas. Jangan buang dalam tong sampah biasa. Virus boleh hidup jika ada host iaitu sisa-sisa makanan dalam tong sampah.
#4: Mandi dan cuci dgn sabun, detol.
#5: Baru keluar dan bertemu ahli keluarga.
#6: Barang-barang yang dibeli, jangan terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yang dibeli, ia boleh mati selepas 8 jam.
Andai kata anda beli makanan di kedai pula, pastikan kedai tersebut bersih dan tidak menjadi tumpuan orang ramai. Selepas beli, terus balik ke rumah dan ulangi tatacara di atas.
Makanan yang siap boleh dihidangkan seperti biasa, sebaiknya masaklah dan elakan beli di luar jika terpaksa.
Tidak Sukar Untuk Anda Menabung Asalkan Tinggalkan Perkara Ini, Antaranya Memuja Barang Berjenama

Tatkala kondisi ekonomi kini yang tidak menentu dengan ramai yang kehilangan pekerjaan akibat kesan daripada pendemil masih berpanjangan, kita harus bijak dalam mengurus kewangan.
Bukan hanya gaya hidup saya perlu akur dengan norma baharu, gaya berbelanja juga perlu selari dengan norma baharu. Bagi anda seorang lelaki pastinya berdepan pelbagai cabaran terutamanya yang sudah berkeluarga demi kelangsungan hidup.
Bagi yang masih mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang stabil, bersyukurlah kerana anda masih lagi bertuah.

Namun jangan pula leka dan berbelanja tidak tentu hala. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tabiat yang boleh anda jauhi atay tinggalkan. Percayalah jika anda tidak melakukan atau meneruskan tabiat ini, banyak wang anda boleh simpan.
Selain itu ada juga beberapa tip tambah pendapatan dan ilmu yang baik untuk masa akan datang. Berikut apa yang mungkin diamalkan lelaki pandai berbelanja.
Tidak Terlalu Agungkan Kereta
Cukuplah kereta sebagai pengangkutan yang boleh ke sana sini. Tidak minat modified kereta. Yang selalu duk pasang spoiler, tukar sportrim, tukar tayar kereta jadi cacat terkeluar ni dompet dia boleh nipis. Tak suka bazirkan duit untuk perkara yang tidak penting.
Tidak Minat Dengan Pakaian & Barang Berjenama
Pakai baju bundle pun tiada hal. Tak pentingkan jenama sana. Asalkan berkualiti dan boleh dipakai. Ada sesetengah orang, tak pakai baju biasa-biasa. Alergik katanya. Mesti kena ada jenama.
Tidak Merokok
Merokok ini umpama aktviti anda membakar duit. Bahkan bukan sahaja membakar duit tetapi juga membakar dan merisikokan kesihatan serta nyawa sendiri. Jadi dari anda terus membuag duit apa kata berhentui merokok dan simpan duit itu!

Tidak Tergila-gilakan Gajet Canggih
Telefon pintar baru menjadi idaman. DSLR, Go Pro semua ada. Padahal duit dalam bank sedang menangis dan hutang kad kredit tertunggak. Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat.
Banyak Membaca Buku Tentang Pengurusan Kewangan & Hartanah
Dia banyak membaca buku pasal hartanah dan pengurusan kewangan. Bukan duk baca buku tentang kereta mahal dan motosikal besar je manjang. Kalau duk baca Al-Quran suruh dia masuk minang laju-laju.
Ada Pelaburan Terjamin
Dia mempunyai pelaburan yang terjamin seperti melabur di ASB atau Tabung Haji. Dah ada rumah sendiri tu kira bonus dah. Dah ada simpanan untuk majlis kahwin nanti. Tidak gilakan Skim Cepat Kaya sebab nak pakai kereta Audi cepat. Tak ada niat nak buat pinjaman peribadi untuk kahwin nanti.
Perbezaan Di Antara Kolesterol Baik & Kolesterol Jahat

Dalam diet pemakanan kita setiap antara perkara yang sering diambil berat ialah kandungan kolesterol. Bagi anda yang sangat menjaga kandungan setiap makanan yang diambil, kadar kolestrol merupakan satu faktor yang penting. Perbezaan antara ambil tahu dan tidak ini boleh memberikan impak cukup besar.
Apa tidaknya dengan kadar kolestrol yang tinggi dalam badan ia boleh mendatangkan kemudaratan dan keburukan. Malah kita juga terdedah dengan pelbagai jenis penyakit serta simptom yang boleh mengancam nyawa.
Namun ramai yang sebenarnya tidak tahu bahawa terdapat kolestro baik dan juga kolestrol jahat. Kedua-dua jenis kolesterol ini sebenarnya berada dalam dua kategori iaitu high density lipoprotein (HDL) yang dianggap kolestreol baik. Manakala low density lipoprotein (LDL) pula dianggap sebagai kolesterol jahat.
Jadi apakah perbezaan utama antara dua jenis kolesterol ini?
HDL
HDL dianggap sebagai kolesterol baik karena ia berfungsi dan membawa tugas mengangkut kolesterol ke dalam organ hati. Ia kemudiannya dibuang ke dalam kantung empedu, sehingga tubuh bersih dari kelebihan kolesterol.
Kolesterol jenis ini mencegah penumpukan plak, melindungi arteri dan mencegah badan kita daripada penyakit kardiovaskular. Memetik kajian harvard.edu, kadar HDL normal adalah lebih tinggi dari 55 mg/dL untuk wanita dan 45 mg/dL untuk lelaki. Semakin tinggi angka kolesterol HDL maka semakin rendah risiko anda terkena penyakit jantung, penyakit pembuluh darah dan juga strok.

LDL
Manakala LDL pula dikenali sebagai kolesterol jahat kerana peranannya mengangkut kolesterol dari organ hati ke sel-sel yang memerlukan. LDL mengandung lebih banyak lemak daripada HDL.
Jadi semakin banyak jumlah LDL ia boleh mengganggu kesihatan badan. Antara sebabnya kerana LDL menempel di dinding arteri sehingga membentuk plak.
Penumpukan plak ini kemudian menjejaskan aliran darah dan oksigen ke organ utama badan. Lalu ia menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen pada organ atau arteri. Ini sekali gus boleh menjadi punca penyakit buah pinggang atau penyakit arteri perifer, serangan jantung atau strok.
Jadi untuk LDL, semakin rendah angkanya semakin baik. Kadar yang baik dalam darah adalah kurang dari 130 mg/dL jika Anda tidak menderita penyakit aterosklerotik atau diabetes. Jika seseorang memiliki penyakit aterosklerotik atau diabetes kadar LDL dalam darah tidak boleh lebih dari 100 mg/ dL, atau bahkan 70mg/ dL.
Penyebab LDL Tinggi
Penyebab kolesterol jahat atau LDL tinggi meliputi:
- Diet tinggi lemak
- Obesiti
- Kurang melakukan senaman atau bergerak
- Faktor genetik
- Ketagihan alkohol
- Merokok
- Kencing manis
SUMBER MAKANAN HDL
- Ikan salmon, tuna, mackerel dan cod (Omega-3)
- Minyak zantiun, bunga matahari
- Kacang walnut, hajus dan pistachio
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
SUMBER MAKANAN LDL
- Kek, karjerin, krimer
- Kulit atau lemak haiwan, santan
- Kuning telur yang diambil berlebihan
- Minuman 3 dalam 1
- Makanan proses seperti sosej, nugget, bebola ikan, kek ikan
- Minyak yang diulang pakai
- Makanan laut dan organ dalaman haiwan
- Snek ringan seperti jajan
Jangam lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk kandungan menarik seperti di bawah!