Sebagai sebuah jenama jam premium dan mewah, HUBLOT sentiasa mengetengahkan rekaan berkualiti tinggi dan hadir dengan falsafah ciptaan berteknologi tinggi.

Walaupun begit sebagai jenama yang cukup dikenali ramai, HUBLOT juga sentiasa komited dalam membantu melakukan kerja-kerja amal di seluruh dunia. Di antara projek terbaru yang turut disertai serta disokong oleh mereka ialah ‘Save Our Rhino Africa & India’ (SORAI).

Penyertaan HUBLOT ini menyaksikan mereka bekerjasama dengan Kevin Pietersen, bekas pemian krtiket terkenal yang kini cukup aktif dalam misi pemuliharaan badak.

Kevin juga merupakan duta kepada HUBLOT yang kini mendedikasikan dirinya sepenuh masa untuk menyelamatkan haiwan herbivor gergasi ini daripada pupus di masa akan datang.

IKLAN

BERDEPAN TAHAP KRITIKAL

HUBLOT Komited Membantu Misi Pemuliharaan Badak SORAI Di Afrika & India
Haiwan ini berdepan dengan ancaman kepupusan yang sangat kritikal.

Badan yang terdapat di benua Afrika dan juga di India kini telah disenaraikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan dan berada di tahap kritikal.

Ketua Pegawa Eksekutif HUBLOT, Ricardo Guadalupe yang turut berada di Afrika Selatan bagi menyempurnakan kerjasama bersama Kevin Pietersen ini mahu melihat projek ini dilangsungkan dengan cukup berjaya.

IKLAN

HUBLOT Komited Membantu Misi Pemuliharaan Badak SORAI Di Afrika & India

IKLAN

Jumlah badak semakin menjunam disebabkan aktiviti pemburuan haram. Nilai tinggi di pasaran gelap terhadap tanduknya merupakan penyebab utama ia menjadi sasaran pemburu haram. Kebanyakan yang cedera serta anak badak yang kematian ibu dijaga oleh sekumpulan pakar yang turut disokong oleh Kevin.

Selepas mendapat rawatan badak-badak ini akan dilepaskan semula ke habitat semulajadinya. Afrika Selatan merupakan negara yang kini mempunyai kira-kira 80% jumlah badak di dunia.

“Hanya kira-kira 28 ribu sahaja badak masih tinggal di dunia. Dan ia 23 kali ganda lebih rendah berbanding jumlah gajah Afrika! Pemburuan haram merupakan ancaman utama terhadap kelansungan spesies ini. Jadi kami berharap HUBLOT mampu memainkan peranannya dalam memberikan peluang kepada badak untuk terus wujud di dunia pada masa akan datang”, jelas Ricardo Guadalupe.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI