Hun Haqeem Throwback Sambutan Hari Kemerdekaan Selepas Lihat Lebih 10,000 Penonton Meriahkan ‘Hello Inilah Kita, Sehati Bersama’

Share

Bulan kemerdekaan sentiasa menjadi momen yang menggamit rasa patriotik buat setiap rakyat Malaysia.

Dari Jalur Gemilang yang berkibar megah di setiap sudut kota, hingga laungan semangat cintakan negara yang bergema di pentas hiburan, ia adalah peringatan bahawa kemerdekaan bukan sekadar tarikh, tetapi jiwa yang menyatukan semua.

Seperti setiap tahun, wajah selebriti tempatan turut menjadi pencetus semangat itu. Kehadiran mereka di pentas perayaan dan program khusus bukan sahaja menghiburkan, malah memberi simbol bahawa seni, budaya dan hiburan juga mampu menjadi jambatan perpaduan.

Lebih 10,000 Penonton di Pavilion KL

Pada 23 dan 24 Ogos lalu, Pavilion Kuala Lumpur menjadi saksi bagaimana lebih 10,000 penonton membanjiri lokasi untuk memeriahkan kempen “Hello Inilah Kita, Sehati Bersama”

.

Sepanjang dua hari, suasana penuh warna-warni itu diserikan oleh barisan artis terkenal seperti Hun Haqeem, Hael Husaini, Alpha, Reshmonu, Vince Chong, Arena Wan, Arabella Ellen dan ramai lagi.

Persembahan pentas tidak hanya diisi dengan muzik dan hiburan, tetapi juga diserikan dengan kemunculan khas daripada produksi drama Astro seperti “Thariq Ridzuwan: His Treasure” dan “Generasi: Perfect 10”.

Kehadiran ribuan penonton tempatan dan juga pelancong asing yang teruja jelas membuktikan bagaimana semangat cinta Malaysia boleh dirasai merentas budaya dan sempadan.

Sepanjang tempoh itu, Pavilion KL seolah-olah berubah wajah menjadi pusat tumpuan seni, fesyen dan patriotisme, dengan setiap persembahan menghidupkan lagi detik kebersamaan rakyat Malaysia.

Hun Haqeem Kenang Zaman Sekolah

Antara selebriti yang menarik perhatian pastinya bintang drama ‘Mandul Bukan Pilihan’, Hun Haqeem.

Ketika ditemui, Hun melahirkan keterujaannya melihat sambutan hangat penonton yang hadir, sambil mengimbas memori sambutan Hari Kebangsaan ketika di bangku sekolah.

“Pernah join perarakan Hari Kemerdekaan ketika di sekolah menengah. Masa tu jadi ahli KRS, pergi Dataran Merdeka untuk join parade. Bila tengok ramai orang di dataran rasa sangat teruja sebab ia menunjukkan semangat cintakan negara,” kongsinya penuh nostalgia.

Tambah Hun lagi, apa yang menjadikan Malaysia unik adalah keharmonian rakyatnya yang kini turut mendapat perhatian dunia.

“Keharmonian negara kita berdasarkan apa yang dilihat media sosial, kita dapat perhatian mata negara luar. Orang dapat lihat negara kita ini harmoni, aman, bijak dan dapat berkomunikasi dengan orang luar,” jelasnya.

Dengan penuh semangat, Hun juga menitipkan mesej ringkas tetapi sarat makna, “Inilah kita, sehari bersama… rakyat Malaysia!”

Tidak hairanlah peminat yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Hun serta artis-artis lain, menjadikan acara ini bukan sahaja sebuah persembahan, tetapi juga ruang interaksi yang penuh mesra.

BACA: realme Gegarkan Dunia Perkenalkan Bateri 15000mAh dan Chill Fan Phone

Astro Terus Hidupkan Semangat Kebangsaan

Kempen “Inilah Kita, Sehati Bersama” ini hanyalah permulaan kepada deretan aktiviti sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Astro menjanjikan pelbagai kandungan menarik di televisyen, radio serta platform digitalnya, memastikan setiap lapisan masyarakat dapat meraikan semangat kebangsaan di mana sahaja mereka berada.

Ayuh raikan semangat kemerdekaan Inilah Kita, Sehati Bersama dengan Astro!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim