Orang lain kasihan belum ada jodoh tetapi anda pula? Masih confuse tak tahu nak pilih pasangan yang mana satu untuk jalani hidup bersama anda?

Kenapa jadi begini? Kerana anda terlalu mencari jodoh dan ramai pula yang tiba-tiba menaruh hati. Aduh, susah juga begitu ya?

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Islam ada mengajar jalan penyelesaiannya. Caranya adalah dengan solat istikharah dan memohon petunjuk daripada Allah.

IKLAN

Alamak.. tak pernah buatlah!

Solat istikharah adalah salah satu ikhtiar untuk mendapat keputusan yang baik. Solat istikharah ini bukan sahaja terguna pakai dalam soal memilih jodoh malah berkesan juga untuk memilih pekerjaan yang lebih baik.

Solat sunat ini dilakukan sebanyak dua rakaat sahaja dan lakukanlah pada masa yang anda betul-betul sudah bersedia. Panduan lanjut tentang solat ini boleh dirujuk berdasarkan panduan yang dikongsikan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).

IKLAN

“Hurmm.. Masih Confuse Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana” – Cubalah Solat Istikharah

“Hurmm.. Masih Confuse Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana” – Cubalah Solat Istikharah

IKLAN

Doa selepas solat istikharah

“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau Ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastikan melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini… (nyatakan persoalan anda itu di sini)… baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan di dalamnya untukku. Ya Allah, jika sesungguhnya persoalan ini… (Nyatakan persoalan anda itu di sini)… tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku dan tidak baik bagi hidupku, jugak tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah-Mu.”

Semoga bermanfaat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI