Buat penggemar aktiviti larian sekarang merupakan tempoh waktu yang cukup menggembirakan buat mereka. Apa tidaknya hampir setiap minggu pasti akan ada saja acara larian yang diadakan terutamanya sekitar Lembah Klang.

Sambutan luar biasa di setiap acara menunjukkan ramai yang ingin ‘membalas dendam’ selepas dua tahun tidak dapat melakukan atau menyertai acara seperti ini akibat pandemik. Salah satu acara yang cukup dinantikan ramai ialah Ice-Watch Light Up The Night Run.

Ice-Watch Light Up The Night Run 2022 Dapat Sambutan Lebih 4,000 Peserta Dalam & Luar Negara

Memasuki edisinya yang kelima, Ice-Watch Light Up The Night Run 2022 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Disember yang lalu bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Edisi pada kali ini dilaporkan telah menarik lebih 4,000 penyertaan daripada pelari tempatan dan luar negara. Ia merupakan satu angka yang cukup memberangsangkan. Keunikan acara ini yang berlangsung pada waktu malam juga merupakan tarikan yang cukup unik buat peserta.

LARIAN KEGEMBIRAAN

Pengerusi Ice-Watch Malaysia Dato Sri Meer berkata ini adalah tahun kelima yang menggambarkan betapa menyeronokkannya larian boleh membawa kegembiraan kepada para peserta, di mana mereka dapat bertemu dan berkawan baharu semua orang. Ini adalah kali pertama selepas 3 tahun (pandemik) dan kami kembali ke landasan di IOI City Mall, Putrajaya!

IKLAN
Ice-Watch Light Up The Night Run 2022 Dapat Sambutan Lebih 4,000 Peserta Dalam & Luar Negara
Pengerusi Ice-Watch Malaysia, Dato Sri Meer

“Ini adalah larian paling menarik yang pernah dianjurkan oleh Ice-Watch kerana ia menyaksikan penyertaan Malaysia, Jepun, Australia, Belgium dan ramai lagi peserta dari negara lain. Ia menunjukkan larian sebegitu boleh menyatukan rakyat negara sambil berkenalan dengan rakyat negara lain.

“Ini selaras dengan tema kami iaitu ‘Perpaduan dan Warna-warni’, dengan kejayaan larian tahun ini kami mensasarkan untuk buat promosi besar-besaran untuk menarik lebih ramai peserta luar negara untuk Larian Ais-Watch akan datang,” katanya kepada pemberita selepas larian.

Ice-Watch Light Up The Night Run 2022 Dapat Sambutan Lebih 4,000 Peserta Dalam & Luar Negara

Beliau juga berkata demikian sempena Ice Watch Light Up The Night Run 2022, Ice-Watch turut melancarkan jam tangan ‘ICE generation’ edisi khas Malaysia yang datang dengan reka bentuk warna neon yang menyerlah.

IKLAN

Manakala Pengasas Ice-Watch, Jean Pierre Lutgen pula berkata bahawa dia berasa lebih gembira melihat semua peserta datang dari latar beakang pelbagai bangsa dan negara.

Ice-Watch Light Up The Night Run 2022 Dapat Sambutan Lebih 4,000 Peserta Dalam & Luar Negara

“Malaysia merupakan sebuah negara yang bertenaga apabila kita menyertai larian menyeronokkan seperti ini. Kita bercakap tentang bersatu dan kekeluargaan. Kita
semuanya adalah keluarga besar.

IKLAN

“Bagi saya untuk menyertai acara sebegini adalah impian bagi saya memandangkan ini adalah kali pertama saya menyertainya dengan semua peserta.

“Apabila kami menyertai larian menyeronokkan seperti ini, kami berasa seperti sebuah keluarga besar,” jelasnya yang meurapakan warga Belgium.

Ice-Watch Light Up The Night Run 2022 Dapat Sambutan Lebih 4,000 Peserta Dalam & Luar Negara

Tahniah dicuapkan buat Ice Watch Malaysia di atas kejayaan penganjuran acara larian yang cukup hebat seperti ini. Semoga edisi akan datang akan lebih meriah dan mantap!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI