
Juara MASKULIN Who’s Your Bro, Ikmal Amry dilihat terus melebarkan sayapnya dalam dunia lakonan. Kini dikenali sebagai salah seorang selebriti yang aktif dalam aktviti sukan lasak an kecergasan, Ikmal Amry juga baru-baru ini menampilkan aksinya bertinju.
Namun lumrahlah alam dunia seni pasti ada sahaja yang tidak kena di mata sesetengah pihak. Dalam perlawana tinju yang berlangsung pada awal Mei yang lalu, Ikmal telah menumpakan rakan artis, Hun Haqeem dalam siri perlawanan Furry Championship.
Walaupun ramai yang memuji keberanian mereka berdua tidak kurang juga yang merendahkan dan meremehkan aksi pertarungan mereka.
Bahkan ada yang mendakwa aksi mereka Nampak seakan kelam-kabut Ketika di gelanggang. Tapi Ikmal tidak cepat melatah.
Memetik MEDIA HIBURAN, Ikmal bersedia menerima Setiap teguran dengan hati yang terbuka. Jelasnya, dia sedar bahawa dia masih baru dan ada kekurangannya dalam bidang sukan tinju.
“Bagi saya, memang patut pun kalau ada yang nak rendahkan kami sebab mereka dah lama dalam game ni, berpengalaman, sementara kami ni baru je masuk gelanggang buat kali pertama. Fair enough.”
“Memang tak dinafikan perlawanan tu nampak kelam-kabut sikit, tak cantik sangat flow dia. Saya pun tak boleh nak nafikan benda tu. Apa yang orang cakap tu ada betulnya.”
“Tapi niat utama kami masuk fight tu bukan sebab nak tunjuk kuat. Kami cuma nak bantu naikkan nama ‘combat sport’ kat Malaysia.”
“Sebenarnya ramai artis kita ada bakat dalam seni bela diri. Mana tahu lepas ni akan ada lebih ramai artis yang tampil ke depan dan join sama.” jelas Ikmal dalam satu temu bual bersama MH.
Mungkin amai tidak tahu bahawa Ikmal dan juga Hun Haqeem turut menerima habuan atau bayaran yang cukup lumayan untuk menyertai perlawanan tinju tersebut.
Bila ditanya tentang perlawanan tinju lain di masa akan dating, Ikmal menjelaskan ia hanya akan bersetuju engan beberapa syarat yang harus dipenuhi.
“Saya hanya akan setuju jika orang yang mencabar itu adalah daripada golongan artis dan tahapnya lebih kurang dengan saya.
“Berat mestilah sama dan bukan atlet profesional. Ini tiga syarat yang saya letakkan,” ujarnya lagi.
BACA: Menyesal Jadi Tentera Upahan Rusia, Lelaki Ini Merayu Mahu Pulang
“Namun, mak saya sudah tidak izinkan saya berlawan lagi. Dia agak risau bila saya bertarung. Sebagai anak, kita kena dengar apa kata ibu.
“Ibu kata, kesian juga dekat orang lain atau nanti boleh timbul perasaan dendam. Ibu tak suka perkara itu,” akhirnya.
Untuk rekod selain sukan tinju Ikmal juga baru-baru ini menyertai pertandingan sukan kecergasan yang cukup popular iaitu Hyrox di Bangkok, Thailand.
Sumber: Media Hiburan
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.