“Tiada potongan harga kerana kami yakin Ninja masih punya peminat walaupun dijual pada harga biasa dan buktinya kami masih menjadi pendahulu dalam pasaran kelas motor sport 250cc,” katanya.
Walaupun baru sahaja Ninja 250 2018 dipamerkan di Tokyo Motor Show 2017 Oktober lalu, Indonesia tidak menunggu lama untuk membawa masuk model tersebut. Kehadiran Kawasaki Ninja 250 2018 itu akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai model popular segmen sport 250cc.
Versi 2018 berkenaan menerima beberapa kemas kini dan paling jelas boleh dilihat menerusi penampilan luarannya yang berubah total. Wajah depan kini lebih meruncing ke depan yang dipadankan dengan lampu LED. Tarikan garis tegas mendominasi setiap bahagian badan Ninja 250 bersama lekuk fairing baharu. Seolah diinspirasikan menerusi Ninja H2. Bahkan fender depan juga kini didatangkan dengan lubang di kiri dan kanan.
Jika Indonesia menjadi negara terawal Asean memperkenalkan Ninja 250 2018. Bilakah pula giliran Malaysia?. Sama-sama kita nantikan.
HARGA: KAWASAKI NINJA 250 2018 STANDARD (warna hijau, merah dan hitam): Rp 61, 900,000 (RM19, 189) KAWASAKI NINJA 250 2018 SE (hijau): Rp 64, 300, 000 hijau (RM19, 933) KAWASAKI NINJA 250 2018 SE ABS : Rp 71, 900, 000- RM22, 289 (merah), Rp 72,400,000- RM 22, 444 (Magnetic Design Paint)
SPESIFIKASI Enjin: 249cc penyejukan cecair, 4-lejang Parallel Twin Kuasa Maksimum:
39 PS @ 12,500rpm Tork Maksimum: 23.5 Nm @ 10,000 rpm Transmisi: 6-kelajuan Nisbah mampatan: 11.6:1 Suspensi Depan: fork teleskopik 41mm Suspensi Belakang: Bottom-Link Uni-Trak Brek Depan: cakera semi terapung 310 mm Brek Belakang: cakera tunggal 220 mm Tayar Depan: 110/70-17 Tayar Belakang: 140/70-17 Panjang x Lebar x Tinggi: 1,990mm x 710mm x 1,125 mm Jarak Roda: 1,370 mm Jarak Kelegaan tanah: 145 mm Berat: 167 kg Saiz tangki: 14 liter