ingat sebelum kena bersenam lebih
Foto: freepik - www.freepik.com

Tanyalah mana-mana lelaki yang ada rutin senaman atau aktviti kecergasan harian mereka lakukan. Kalau tidak buat dalam sehari atau selang sehari pastinya tidak senang duduk. Kepala asyik ingat mahu bersenam dan badan pun rasa tak sedap.

Itu merupakan satu senario normal bagi mana-mana orang yang ada rutin senaman. Menjalani gaya hidup yang baik dengan melakukan senaman memang baik bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi mental.

Tapi bagaimana pula jika seseorang itu melakukan senaman terlalu banyak disebabkan faktor ingin bersaing dengan orang lain. Atau mempunyai sasaran tertentu seperti ingin turunkan berat badan yang banyak dalam masa yang singkat.

ingat bersenam lebih
Foto: freepik – www.freepik.com

Ramai tak tahu sebenarnya melakukan senaman secara berlebihan juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan. Jika anda kira jumlah waktu melakukan senaman menghampiri 300 minit dalam seminggu ketahuilah bahawa anda menghampiri fizikal burnout.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa kesan buruk yang boleh berlaku jika terlebih melakukan senaman.

IKLAN

BURNOUT

Setiap senaman boleh dilakukan dengan baik dalam jangka masa yang sesuai. Dan setiap turin pasti ada titik di mana badan kita boleh menerima setiap cabaran dilakukan. Namun jika dilakukan berlebihan badan boleh alami burnout. Dan bila ini berlaku ia bukan sahaja beri kesan kepada otot tetapi kondisi mental.

GANGGU METABOLISM

Apabila terlebih melakukan senaman badan akan boleh jadi lemah dan kurang bertenaga. Jika ia dibiarkan berlarutan, ia akan beri kesan negatif kepada sistem organ dan boleh menyebabkan berlakunya kekurangan zat besi serta anemia. Malah ia boleh mengurangkan kadar testosteron dalam badan anda.

SISTEM IMUNITI RENDAH

Terlebih melakukan senaman juga boleh menggangu sistem imuniti. Ia menyebabkan anda mudah terkena jangkitan penyakit seperti jangkitan paru-paru.

IKLAN
bersenam lebih ingat
Foto: drobotdean – www.freepik.com

TINGKATKAN STRES KARDIO

Dengan senaman berlebihan, ia akan memberi beban yang besar kepada jantung untuk bekerja dengan lebih kuat. Apabila ia berlarutan kadar denyutan jantung akan terganggu dan sukar untuk kembali kepada normal.

MENURUNKAN PRESTASI

Salah satu petanda utama mengesan bila badan terlebih melakukan senaman ialah bila prestasi mula menurun. Ini terutamanua di kalangan atlet berprestasi tinggi yang boleh mengesannya dengan pantas.

MUDAH LETIH

Antara petanda lain ialah rasa muda letih. Akibat melakukan senaman berimpak tinggi secara berlebihan badan akan sukar untuk pulih seperti biasa.

IKLAN

KECEDERAAN OTOT

Ini perkara biasa yang berlaku apabila melakukan senaman berat secar berlebihan. Ia bagaikan isyarat yang dihantar oleh badan bahawa kita telah melakukan senaman secara berlebihan.

Ingat sebelum kena!

Semoga peringatan ini memberikan manfaat buat anda semua. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video workut menarik seperti di bawah.