Ingin Cuci Tandas? Jangan Campur Bahan Pencuci & Peluntur, Jika Terhidu Boleh Bawa Kemalangan Jiwa

Share

Isu mencampurkan bahan pencuci dan juga peluntur sebenarnya sudah lama diperkatakan. Risiko yang dibawa jika terhidu dalam jangka masa lama hasil gabungan dua bahan ini boleh membawa maut.

Namun masih ramai yang sama ada tidak tahu atau tidak cakna akan risiko yang bahaya ini. Malah kita kerap kali membaca berita tentang individu yang mengalami sesak nafas sehingga dikejarkan ke wad kecemasan akibat terhidu bahan tersebut.

Tindakan mencampurkan bahan peluntur (seperti Clorox) dan bahan pencuci lain (stain remover) merupakan kombinasi yang cukup bahaya. Campuran dua bahan ini boleh menyebabkan terhasilnya gas yang sangat bahaya.

Cleaning bottle photo created by azerbaijan_stockers – www.freepik.com

Selain bahan pencuci seperti stain remover, peluntur juga tidak boleh dicampurkan dengan beberapa jenis cecair pencuci lain seperti pernah dinyatakan oleh Public Health Malaysia.

Berikut merupakan beberapa kombinasi campuran yang sangat bahaya.

Cacair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin
Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.

Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin
Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah, dan juga kematian.

Cecair Peluntur + Alkohol = gas kloroform
Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening, dan pengsan.

Foto: Public Health Malaysia

Apatah lagi tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ramai yang sudah merancang untuk membersihkan segenap ruang di dalam dan luar rumah. Jadi elakkan melakukan campuran bahan-bahan ini demi keselamatan anda.

Bagaimana nak kenal pasti sama ada anda keracunan gas atau tidak? Kebiasaannya mereka yang terhidu gas bahaya seperti ini akan menunjukkan simptom seperti:

  • Batuk-batuk
  • Sesak Nafas
  • Sakit dada
  • Pedih bahagian dalam tekak
  • Loya
  • Muntah
  • Pening kepala

Berwaspadalah dalam melakukan sebaran campuran. Jika tiada kemahiran khusus atau tidak tahu janganlah memandai buat ya. Nanti tak tentu fasal pula anda kena beraya di hospital!

IKLAN