Pelbagai kemudahan yang kerajaan telah lakukan untuk melawan COVID-19 ini. Terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan wacana live sembang bersama doktor-doktor yang bertugas.

Pelbagai soalan dikemukakan berkenaan COVID-19 dan dijawab dengan penuh beretika. Antaranya Seperti;

Ini Antara Soalan Lazim Tentang Covid-19, Wakil KKM Jawab Dengan Penuh Sabar Secara Live!

Soalan: Adakah vaksin influenza boleh menghalang penyakit COVID-19?

Jawapan: Ia adalah mitos kerana ia adalah dua virus yang berbeza dan buat masa ini vaksin atau ubat untuk melawan COVID-19 ni masih belum ada atau dapat. Dari segi influenza masih kena ambik terutamanya yang lebih 65 tahun ke atas, yang mempunyai sakit kronik seperti sakit paru-paru,kita masih menggalakan orang ramai untuk ambil. Setiap tahun batch vaksin ini adalah berbeza-beza oleh itu, kita digalakan ambil setiap tahun.

Ini Antara Soalan Lazim Tentang Covid-19, Wakil KKM Jawab Dengan Penuh Sabar Secara Live!

IKLAN

Soalan: Adakah benar COVID-19 ini tidak akan tersebar di dalam cuaca yang panas dan lembab, terutamanya di Malaysia?

Jawapan: Ini adalah tidak benar sama sekali, seperti yang kita tahu  COVID-19 ini adalah Pandemik yang boleh dijankiti sesiapa sahaja dan di mana-mana negara tanpa mengira cuaca dan tanpa mengira situasi seseorang. Namun kita boleh mencegah dengan mengamalkan cuci tangan dan social distancing seperti yang diberitahu.

Ini Antara Soalan Lazim Tentang Covid-19, Wakil KKM Jawab Dengan Penuh Sabar Secara Live!

IKLAN

Soalan: Berapa lama Corona virus akan hidup di pakaian?

Jawapan: Ada kajian mengatakan, Corona virus ini akan hidup apabila ada hos (manusia) tetapi ada permukaan tertentu yang virus tersebut akan bertahan dan hidup. Kerana itulah kita tekankan kebersihan basuh tangan dan jangan sentuh muka.

Ini Antara Soalan Lazim Tentang Covid-19, Wakil KKM Jawab Dengan Penuh Sabar Secara Live!

IKLAN

Soalan: Adakah perokok juga bersikio terkena jankitan ini?

Jawapan: Ia tidak mengambil faktor umur, kaum, jantina atau tempat tinggal ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Namun, perokok yang memang ada masalah paru-paru, risiko dia terkena jankitan yang lebih teruk adalah lebih tinggi sama seperti orang yang menghidapi asma dan diabetik.

Malah, doktor ini juga ada menekankan tentang isu ke pasaraya dirinya berkata social distancing adalah penting. Pastikan jarak sesama pelangan adalah 1 meter ke 1 meter dan apabila balik dia sarankan bersihkan dahulu badan terlebih dahulu sebelum bergaul sesama ahli keluarga.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia Facebbok

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI