Mesti kita panik kalau tiba-tiba tombol pintu terkunci dari dalam. Nak minta tolong, kebetulan pula hanya kita seorang saja yang ada di bilik itu.

Jadi apa yang perlu kita buat kalau tombol pintu terkunci dari dalam?

Jangan panik, anda boleh atasinya dengan mempraktikkan cara yang ditunjukkan oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.

Tombol pintu sentiasa terkunci?

Pernahkah anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu “tersekat” di dalam, dan perlu sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walaupun sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.

IKLAN

Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol pintu ada 2 settings:
1. Keadaan sentiasa kunci, dan
2. Keadaan Normal.

Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.

IKLAN

Ini Caranya Nak Buka Tombol Pintu Yang Terkunci Dari Dalam, Hanya Guna 4 Langkah Mudah!

Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.

IKLAN

Kadang2, sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu berada dalam keadaan sentiasa kunci.

Kalau info ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan. Harap maklumat ini tidak disalahguna.

Sekian. Assalam.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI