Dalam setiap 3 orang rakyat Malaysia, 1 orang akan mengalami masalah jerawat. Selain jerawat tumbuh pada wajah, ia juga boleh meninggalkan parut yang memburukkan penampilan jika tidak dirawat dengan baik.

Jerawat boleh disebabkan oleh penghasilan sebum yang terlampau banyak. Sebum berfungsi untuk melindungi kulit kita. Ia juga dikenali sebagai minyak kulit dan berfungsi untuk mengekalkan kelembapan serta mencegah pertumbuhan bakteria jahat.

Jerawat terhasil disebabkan oleh ketidakseimbangan bakteria baik-buruk di atas kulit. Apabila bakteria baik terlampau banyak, ia akan merembeskan enzim yang boleh mengakibatkan keradangan.

Seterusnya, badan anda akan mula bertindak melindungi kulit dengan sistem imunisasi dalaman.

Punca Utama Jerawat Tumbuh Di Wajah, Doktor Ini Explain 8 Fakta!

Menurut Dr Ahmed Bin Kamarulzaman, seorang penulis di Medical Mythbusters Malaysia berkata, Perubahan kadar penyahbuangan kulit juga boleh menyebabkan jerawat.

Kulit mati yang telah meningkat kadar nyahbuang akan berkumpul bersama dengan lapisan minyak.

IKLAN

Seterusnya, mengakibatkan jerawat halus (microcomedone) dan selanjutnya menerukkan keadaan kulit. Keradangan dari bahan kumuh bakteria normal atas kulit.

Antara penyebab jerawat juga adalah makanan yang tinggi kandungan gula ataupun makanan tinggi Indeks Glisemik (Glycaemic Index).

MASALAH JERAWAT INI SERING TERJADI PADA…

JERAWAT

1. Dalam setiap 3 orang rakyat Malaysia, 1 orang akan mengalami masalah jerawat.

IKLAN

2. Masalah jerawat paling ramai dialami oleh remaja sekolah menengah (15 – 19 tahun).

3. Perempuan lebih tinggi risiko untuk mengalami masalah jerawat.

4. Jerawat boleh disebabkan oleh penghasilan sebum yang terlampau banyak. Sebum berfungsi untuk melindungi kulit kita. Sebum juga dikenali sebagai minyak kulit. Ia berfungsi untuk mengekalkan kelembapan serta mencegah pertumbuhan bakteria jahat.

5. Jerawat juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan bakteria baik-buruk di atas kulit
Apabila bakteria baik terlampau banyak, ia merembeskan enzim yang boleh mengakibatkan keradangan. Seterusnya, badan akan mula bertindak melindungi kulit dengan sistem imunisasi dalaman.

IKLAN

6. Perubahan kadar penyahbuangan kulit juga boleh menyebabkan jerawat. Kulit mati yang telah meningkat kadar nyahbuang akan berkumpul bersama dengan lapisan minyak. Seterusnya, mengakibatkan jerawat halus (microcomedone) dan selanjutnya menerukkan keadaan kulit.

7. Keradangan dari bahan kumuh bakteria normal atas kulit. Sepertimana yang telah saya jelaskan tadi. Boleh juga diumpamakan seperti “gajah sama gajah bertarung, pelanduk mati ditengah-tengah”. Ataupun bahasa modennya “Avengers dengan Thanos bertarung, Wakanda hancur ditengah²”.

8. Antara penyebab jerawat juga adalah makanan yang tinggi kandungan gula ataupun makanan tinggi Indeks Glisemik (Glycaemic Index).

JERAWAT========.1. Dalam setiap 3 orang rakyat Malaysia, 1 orang akan mengalami masalah jerawat..2. Masalah jerawat…

Posted by Medical Mythbusters Malaysia on Thursday, 18 June 2020

Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman
Penulis, Medical Mythbusters Malaysia
– Kulit muka saya nampak flawless. Alhamdulillah.. –
#DrAhmed #DoktorKeluargaAnda #Jerawat

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI