Dalam satu kaji selidik ke atas wanita yang sudah berkahwin melebihi usia 20 tahun, Dana M yang menjadi salah satu respondennya memberitahu antara rahsianya dengan pasangan sehingga mampu kekal lama adalah dengan memakan aiskrim sebelum tidur.

Dana M dan suaminya menjadikan aktiviti itu sebagai rutin setiap hari dengan syarat mereka berdua perlu bergilir-gilir mengambil aiskrim di peti sejuk dan menikmatinya bersama-sama.

Ini Sebabnya Kenapa Makan Aiskrim Sebelum Tidur Boleh Rapatkan Hubungan Suami Isteri?

Dengan memakan aiskrim, pasangan akan berasa seronok dan boleh melupakan sebarang masalah yang berlaku pada siang hari.

Selain itu terdapat lagi beberapa rutin lain yang boleh diamalkan setiap pasangan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan seperti tips di bawah :

1. Ambil angin malam bersama-sama

Ini Sebabnya Kenapa Makan Aiskrim Sebelum Tidur Boleh Rapatkan Hubungan Suami Isteri?

Berjalan-jalanlah dengan pasangan pada waktu malam. Pimpinlah tangannya dan buat si dia merasakan semula kehangatan cinta itu. Nyanyikan lagu-lagu cinta (walaupun suara tak sedap, itulah yang akan dirindui). Takkan masa sebelum kahwin aje mahu sweet-sweet. Sesudah kahwin, dah halal, inilah masanya tetapi janganlah melampau sangat di khalayak umum. Berpada-padalah. Asalnya masing-masing boleh bahagia tanpa menjengkelkan orang lain.

2. Rancang hubungan intim

IKLAN

Ini Sebabnya Kenapa Makan Aiskrim Sebelum Tidur Boleh Rapatkan Hubungan Suami Isteri?

Pasangan bahagia umumnya tahu kebahagiaan rumah tangga terletak pada hubungan intim yang menjadi salah satu daya penariknya. Menurut Kaitlin S yang sudah mendirikan rumah tangga melebihi 40 tahun mengakui perancangan dan kesefahaman di antara pasangan untuk melakukan hubungan intim menjadikan hubungan dapat bertahan lama namun perlu diingatkan, perkahwinan bukan kerana seks semata-mata sebaliknya ia adalah sebuah tanggungjawab.

3. Banyak luangkan masa di dapur bersama-sama

Ini Sebabnya Kenapa Makan Aiskrim Sebelum Tidur Boleh Rapatkan Hubungan Suami Isteri?

Untuk mengelakkan rasa lapar sewaktu sudah tidur, anda dan pasangan boleh menyediakan makanan ringan yang berkhasiat atau apa-apa sahaja seperti biskut dan sebagainya. Jadi ketika si dia sedang menyediakan makanan misalnya, apa kata anda bantu buat air panas. Manfaatkan masa di dapur sebaik-baiknya. Lebih indah jika diselit dengan gurauan manja.

IKLAN

4. Tonton rancangan kegemaran bersama

Ini Sebabnya Kenapa Makan Aiskrim Sebelum Tidur Boleh Rapatkan Hubungan Suami Isteri?

Antara anda dan pasangan, mesti ada rancangan kegemaran. Misalnya penulis, rancangan kegemaran bersama isteri adalah NCIS : New Orleans S4. Maka, itulah masanya yang boleh digunakan untuk merapatkan hubungan suami isteri. Rasa gembiranya, debarnya, dapat dikongsi bersama. Lebih-lebih melihat aksi Dwayne Pride dan pasukannya menumpaskan penjenayah. Isteri berdebar, suami teruja.

5. Cipta kenangan bersama

Ini Sebabnya Kenapa Makan Aiskrim Sebelum Tidur Boleh Rapatkan Hubungan Suami Isteri?

IKLAN

Bawa pasangan ke tempat yang romantik dan cipta kenangan bersamanya. Perkara ini sangat penting buat pasangan yang bekerja di tempat yang berasingan atau sering berjauhan. Jika ada masa, terus ajak si dia keluar. Tak perlu tunggu si dia bagi hint, baru anda nak terhegeh-hegeh. Perbanyakkan suprise!

6. Selalu buat pillow talk

Ini Sebabnya Kenapa Makan Aiskrim Sebelum Tidur Boleh Rapatkan Hubungan Suami Isteri?Pasangan anda mungkin tak tahu apa yang terjadi kepada anda pada siang hari. Waktu malamlah waktu yang sesuai untuk menceritakannya. Mengambil contoh diri penulis sendiri, beberapa hari lalu penulis dan beberapa orang awam ‘tersangkut’ di highway kerana ATM bermasalah dan tidak dapat keluarkan duit untuk isi minyak dan top up Touch n Go pada awal pagi. Kemudiannya terus bergerak ke tempat kerja dan pada waktu malam, barulah penulis dapat menceritakan apa yang terjadi. Wujudkan komunikasi antara pasangan anda. Ada yang bercerita, ada yang mendengar.

7. Dodoikan pasangan

Ini Sebabnya Kenapa Makan Aiskrim Sebelum Tidur Boleh Rapatkan Hubungan Suami Isteri?

Penulis antara orang yang kadang-kalanya sukar tidur lewat. Ada kalanya kerana urusan kerja (menulis) atau mahu menonton rancangan kegemaran seperti Hawaii-5-O atau CSI. Jadi, apa yang penulis buat? Setelah dodoi dan susukan anak (menggunakan botol susu) sehingga tertidur, ambil peluang untuk manjakan isteri. Isteri penulis biasanya meminta untuk kakinya diurut. Sebagai suami, layankan sahaja dan kemudiannya, usap kepalanya sehingga dia tertidur. Kemudian, barulah sambung menonton TV! Hehe..

Jadi itulah antara tips atau rutin yang boleh dibuat bersama pasangan. Bukan sekadar makan aiskrim sebelum tidur malah terdapt banyak lagi sebenarnya perkara yang tidak disenaraikan.

Kalau anda pula bagaimana? Apa rutin romantis yang anda lakukan bersama pasangan anda? Jika terlupa untuk melakukan perkara ini, ada satu pepatah yang ingin Maskulin tekankan : “Hargailah si dia sementara masih ada.”

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI