Ini Sebabnya Kenapa Pasang Lampu Putih HID Berbahaya Terutamanya Pada Waktu Hujan!

Share

Kini semakin banyak kenderaan memasang lampu putih HID. Selain nampak ‘lawa’ dan gah, lampu putih HID juga mampu memberikan cahaya yang lebih terang dan jelas ketika anda memandu.

Namun sedarkah anda bahawa lampu jenis ini boleh memberi gangguan kepada pengguna jalan raya lain?

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, penggunaan lampu putih HID ini sebenarnya berbahaya dan boleh menyebabkan risiko kemalangan terutamanya pada waktu hujan.

Ingat! Jangan pentingkan diri sendiri kerana ada pemandu lain yang bersama anda menggunakan jalan raya.

ANDA TIDAK SENDIRIAN DI JALAN RAYA

Perhatian kepada pemandu dengan lampu putih terang. Walaupun pandangan anda lebih jelas dengan jarak penglihatan yang lebih luas tetapi anda TIDAk sendirian di jalan raya.

Penggunaan lampu putih HID sememangnya boleh menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya lain.

Cahaya lampu putih yang terlalu terang menyebabkan pandangan menjadi silau dan ini boleh menyebabkan risiko kemalangan maut.

LEBIH BERBAHAYA KETIKA WAKTU HUJAN

Keadaan akan menjadi lebih serius pada waktu hujan kerana cahaya putih ini akan diserakkan oleh titisan hujan sehingga menyebabkan penglihatan pemandu lain terganggu.

Kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia dan penggunaan lampu putih HID ternyata menyuluh jalan pintas ke liang lahad bagi pemandu lain.

IKLAN