Line telco yang meluas dan pantas amatlah penting di zaman penggunaan smartphone hari ini. Walaupun telco dominan di Malaysia seperti Maxis, Celcom, dan Digi telah lama mengembangkan empayar mereka, lengkap dengan pelan prabayar dan pascabayar yang beraneka harga dan pakejnya, sekiranya signal telco pilihan di kawasan penggunanya sangat lemah, mesti rasa tak best!
Jadi bagaimana?
Pengguna peranti Android dan iOS boleh memuat-turun aplikasi OpenSignal (Percuma). App ini pada asalnya hanyalah untuk menguji kelajuan internet anda (ala Speedtest.net app) tetapi kemaskini yang terbaru membolehkan app ini untuk mencari hotspot berdekatan, menguji, merekod, dan membandingkan kelajuan internet sama ada WiFi atau selular, dan yang paling menarik; mencari signal telco terbaik di kawasan anda, lengkap dengan statistik Download & Upload speed, latency, dan reliability.
Cara Penggunaan
1. Pastikan cellular data, GPS, dan location services diaktifkan. Muat-turun app OpenSignal dan buka app.
2. Pada navigation bar yang terpapar, pilih Coverage.
3. Tap pada arrow berbentuk condong untuk menandakan lokasi anda sekarang. Contoh: Alor Gajah, Melaka.
4. Tap Network Rank. Statistik telco akan terpapar mengikut susunan.
5. Pada tab Simple dan Advanced, pilih Advanced untuk melihat telco apakah yang terbaik dari segi Download, Upload, Latency, dan Reliability. Contoh: Digi merupakan telco yang terbaik di kawasan persekitaran Alor Gajah, Melaka.
Trik Kenalpasti Telco Terbaik
Telco yang mempunyai ranking di atas tak bermakna ia adalah yang terbaik sepenuhnya. Faktor ini bergantung pada keperluan anda. Jika anda perhatikan screenshot di atas, Celcom adalah lebih stabil pada kadar 90% reliability dan 180ms latency, walaupun Digi mempunyai kelajuan muat-turun sehingga 3.73 Mbps.
Penerangan lebih lanjut adalah seperti di bawah.
Download speed: Kelajuan maksimum muat-turun di kawasan itu (lagi tinggi lagi bagus)
Upload speed: Kelajuan maksimum muat-naik di kawasan itu (lagi tinggi lagi bagus)
Latency: Atau dengan nama lain, Ping, bermakna berapa lama masa yang diambil untuk peranti anda berhubung dengan cell tower terdekat (lagi sedikit lagi bagus)
Reliability: Kestabilan rangkaian di kawasan itu bagi mengurangkan drop calls dan SMS delay (lagi tinggi lagi bagus)
Situasi 1: Jika anda seorang yang gemar memuat-turun lagu, mengakses Facebook dan YouTube, pilihlah telco dengan ranking Download tertinggi.
Situasi 2: Jika anda seorang yang gemar memuat-naik gambar dan video di Facebook, Instagram, dan YouTube, pilihlah telco dengan ranking Upload tertinggi.
Situasi 3: Jika anda jarang online tetapi anda mahu menggunakannya dengan segera apabila memerlukan, pilihlah telco dengan Latency (atau kadar Ping) yang rendah.
Situasi 4: Jika anda sering membuat panggilan atau SMS, dan tidak mahu ada sebarang drop calls ataupun delay dalam penghantaran SMS, pilihlah telco dengan kadar Reliability yang tertinggi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI