Dalam usaha untuk menurunkan berat badan setiap individu pastinya mempunyai objektif serta dorongan tersendiri. Selain ingin mengubah diri sendiri menjadi lebih sihat dan cergas inspirasi dari luaran juga boleh menjadi pencetus perubahan tersebut.
Untuk FIT JOURNEY kali ini, MASKULIN telah menemubual seorang lelaki yang mendapat inspirasi dari perjuangan ibunya melawan kanser. Ahmadsaufi Bin Saludin yang berusia 32 tahun tekad menurunkan berat badan melihatkan semangat ibu tercinta yang berjuang melawn kanser payudara.
Ikuti kisah perjalanan bagaimana Ahmadsaufi berubah menurunkan berat badannya untuk menjadi seorang yang lebih cergas dan sihat.
Bagaimana tabiat pemakanan anda sebelum ini?
Tabiat pemakanan saya memang agak kurang sihat dan sangat tidak seimbang. Tabiat pengambilan makanan secara berlebihan lebih-lebih lagi makanan yang manis serta bergoreng.
Adakah berdepan mana-mana jenis masalah kesihatan ketika berat badan dahulu?
Saya mengalami sakit lutut (arthritis) sehingga terpaksa pakai tongkat untuk berjalan selama beberapa waktu. Selain itu saya juga mengalami masalah sukar untuk tidur kerana masalah dengkut yang kuat. Satu ketika saya juga pernah mengalami Gout dengan bacaan asid urid yang tinggi.
Penampilan dahulu
Perasaan ketika berdepan masalah berat ketika itu? Adakah alami tekanan perasaan atau kurang keyakinan?
Pada ketika itu saya akui saya berdepan perasaan yang sangat stres. Malah, saya juga rasa terbeban dengan berat badan yang berlebihan. Ada sampai satu tahap saya jadi kurang ada keyakinan dan tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Perasaan untuk mencari pakaian besar agak susah. Jika ada sekali pun kosnya memang lebih mahal dari baju saiz biasa.
Ads
Dahulu apabila sudah sakit sampai bertongkat saya ingat saya sudah tak boleh aktif lagi.. Tapi sebenarnya “senaman itu menguatkan badan” . Jadi jangan takut untuk bersenam.
Pernah berdepan ejekan disebabkan penampilan ketika itu?
Tidak menjadi ejekan akan tetapi apabila badan kita dijadikan satu panggilan seperti gemuk, ‘bob’… Lama-kelamaannya nama asal sudah tidak ada. Dan ada juga yang suka cakap lepas dengan mengatakan “tak lama lagi penyakit sampai la”. Mereka mungkin tak sedar itu adalah ibrat satu doa untuk saya mendapat sakit. Saya memang kecewa dengan sikap segelintir orang kita.
Apa yang membuatkan anda ingin berubah dan turunkan berat badan?
Sebenanrya sudah bertahun-tahun lamanya saya berazam untuk turunkan berat badan. Tapi asyik tak menjadi saja. Sehinggalah satu ketika ketika saya mendapat berita tentang ibu saya yang disahkan menghidap kanser payudara. Padamasa itu ibu saya memang berasa sangat ‘down’. Tapi dia juga masih bersemangat. Saya pandang ibu dan mula bertekad untuk berubah. Ia demi demi kesihatan dan demi insan tercinta.
Ads
Sehingga kini sudah dua tahun ibu melawan kanser beliau denngan kanser tulang stage 4 dan kanser payudara. ‘Journey fat to fit’ saya selalu kongsi dengan ibu agar dia juga boleh kuatkan semangat melawan kansernya. Selain itu saya bertkead berubah kerana saya merupakan ketua keluarga yang mempunyai dua orang anak dan isteri. Perlu kena kuat untuk menyara kehidupan mereka.
Perkara pertama anda lakukan untuk turunkan berat badan?
Dalam setiap perkara ingin dilakukan mestilah dengan ada ilmu. Jadi saya cuba ikuti program dengan salah seorang coach yang juga bekas pemain ragbi negara, Coach Azmir Zed. Program beliau tentang ‘30 Hari Fit Challenge’ serta ‘Warriors FitCamp’ memberi kesempatan saya untuk konsisten terus sehingga menjadi sebagai lifestyle.
Bukan buat hanya sekadar bermusim! Untuk terus tinggalkan makanan bergula dan berminyak bukanlah satu perkara mudah kerana kita nak ubah tabiat permakannan yang sudah sebati selama bertahun-tahun lamanya. Dari Coach Azmir saya belajar dan terus sertai mana-mana program lain untuk tambah ilmu.
Perkara pertama kita mesti cari ilmu dengan zaman sekarang media social semuanya di hujung jari sahaja. Jangan terus tinggalkan makanan bergula, berlemak… Buat secara perlahan-lahan tapi pastikan kena konsisten setiap bulan. Ini Kekuatan dari program “30 Hari Fit Challenge” yang mana setiap bulan saya akan cabar diri untuk buat program ini.
Ads
Perkara paling sukar dalam usaha nak turunkan berat badan?
Paling sukar adalah bagaimana kita hendak sentiasa konsisten dan beristiqamah melakukannya. Sebab kebanyakan kita mampu berubah tapi dalam jangka masa yang sekejap. Usaha ini yang kita nak terapkan kepada kawan-kawan untuk terus menerus menjaga pemakanan dan kesihatan bukan skadar buat di satu-satu masa sahaja. Ini adalah cara hidup kita.
Boleh share apakah rahsia sebenar anda berjaya turunkan berat badan?
Selain dari program dan coach yang berkaliber, kejayaan ini datang dari semangat yang lebih kuat atas dorongan dan sokongan kawan-kawan yang sentiasa aktif cergas dan sihat. Ini kekuatan paling kuat untuk kita berjaya dalam pengurusan berat badan. Dekat dengan kawan-kawan yang sama-sama membina semangat dan motivasi. Abaikan kawan-kawan yang ada sikap toksik untuk kita. Selalu juga sokong kawan-kawan lain untuk berubah ke arah lebih sihat.
Penampilan terkini
Boleh share rutin pemakanan dan senaman sekarang.
Seminggu tiga kali saya akan berlatih di Warriors FitCamp yang bertempat di Ulu Klang. Ia merupakan satu-satunya program asal saya gemuk dahulu sehingga kini. Sya juga lakukan latihan bebanan di gym. Dari segi pemakanan pula saya juga sudah berubah dengan mengurangkan makanan manis, bergula dan bergoreng.Paling penting bila saya off diet, saya akan kawal pengambilan pemakanan.
Terima kasih buat saudara Ahmadsaufi yang sudi berkongsi dan ditemubual oleh MASKULIN untuk perkongsian menarik ini. Semoga kisah penurunan berat badan ini mampu memberikan motivasi untuk anda yang ingin melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah sakit lutut merupakan antara masalah yang biasa dialami oleh sebilangan besar masyarakat. Ia menyeksakan kerana masalah ini boleh menggangu rutin harian seseorang.
Ramai yang menganggap hanya golongan tua sahaja yang berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Namun sebenarnya, orang muda juga boleh alami risiko sakit lutut jika anda tergolong dalam kategori orang yang tidak mengawal berat badan, kurang atau terlebih bersenam.
Jadi sebelum ia rosak, pastikan anda melakukan senaman-senaman ini untuk menguatkan lutut sebagaimana yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Facebooknya.
SKUAD lawan pedang negara meletakkan sandaran emas terhadap dua atletnya, Joshua Koh I Jie dan Natasha Ezzra Abu Bakar pada temasya Sukan Sea ke 29 di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Keyakinan ini berdasarkan pengalaman dalam temasya terdahulu selain keyakinan serta aksi konsisten dipamerkan semasa latihan mahu pun kejohanan yang disertai.
Jurulatih kebangsaan, Rao Bin berkata, sandaran kepada mereka dilihat tepat dengan situasi pada masa sekarang selain pengalaman dimiliki.
“Sasaran kami sekurang-kurangnya satu emas sama ada acara individu mahu pun berpasukan, tetapi untuk Sukan Sea di Kuala Lumpur, Joshua dan Natasha antara prospek emas.
“Kami harap segala perancangan berjalan dengan lancar dan mereka mampu merealisasikan impian meraih pingat emas,” katanya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara (MSN), tengah hari tadi.
Joshua, pemenang pingat emas Sukan SEA Indonesia 2011 tewas dalam acara epee individu lelaki kepada lawan dari Thailand, Chamcharern Panthawit dengan keputusan 11-5, manakala Natasha, yang turut mengintai emas pertamanya kecundang di tangan Wang Wengying dari Singapura dalam saingan foil individu dengan keputusan tipis 14-15 pada temasya dua tahun lalu.
Pada Sukan Sea di Palembang itu, skuad lawan pedang menghadiahkan dua pingat emas dan lima gangsa.
Sementara itu, Pengurus Pasukan negara, Moira Tan menjelaskan menjelang aksi di Kuala Lumpur 2017, beberapa latihan dan perlawanan diperingkat antarabangsa telah disusun untuk memberikan keyakinan serta pengalaman berguna.
“Joshua dan Natasha akan menimba ilmu di Korea Selatan pada 29 Mei sebelum skuad penuh mengikuti perlawanan di Asian Championship Hong Kong ( 13 Jun).
“Segala usaha gigih dan berterusan ini tidak lain hanyalah untuk memastikan kilaun pingat emas buat negara selepas hampir enam tahun gagal diraih,” katanya.
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapakan senaman plank sentiasa jadi pilihan dan sangat popular di kalangan penggemar aktiviti kercergasan? Pertama sekali ia merupakan bentuk senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar. Cukup hanya ruang beberapa kaki sahaja. Kedua ia juga aktiviti yang tidak memerlukan anda menggunakan sebarang alat bantuan senaman.
Dan paling penting, plank merupakan senaman yang telah terbukti dan sangat disyorkan oleh pakar kecergasan untuk membina otot abdomen lebih mantap serta memiliki teras badan yang kuat serta stabil.
Namun perlu diingat bagi anda mempunyai sejarah kecederaan pada bahagian bahu atau pergelangan tangan, senaman plank merupakan antara rutin yang harus dijauhi. Ia dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan lama boleh berulang kembali.
Untuk senaman plank yang selamat terdapat beberapa perkara yang perlu anda elak agi mengelakkan kecederaan. Kali ini MASKULIN kongsikan beberapa jenis kesilapan utama yang ramai orang lakukan ketika melakukan plank.
PUNGGUNG TERLALU TINGGI
Ramai orang cenderung meletakkan punggu mereka tinggi semasa melakukan elbow plank. Ini mungkin untuk dapatkan masa lebih lama. Namun ia hanya memberikan lebih tekanan di bahagian bahu.
TERLALU MEMBONGKOK
Bila badan terlalu membongkok anda membuatkan kondisi tulang belakang berada pada kedudukan yang tidak baik. Betulkan bahagian pelvis agar bahagian belakang lebih rata.
Sesetengah orang yang berbadan kecil cenderung meletakkan punggung mereka agak rendah. Ini menyebabkan berat anda ditampung oleh bahagian otot punggung sahaja.
LEHER TAK SELARI
Bila melakukan elbow plank kedudukan leher perlulah selari dengan badan. Usah terlalu menunduk atau mendongak kerana ia boleh sebabkan kecederaan otot leher.
Ada juga sesetengah orang akan melakukan bentuk bulat pada bahagian belakang semasa melakukan plank ini. Ia disebabkan kekuatan yang tak mencukupi tapi masih degil melakukan juga senaman. Ia hanya menyebabkan anda sakit belakang serta bahu.
KEDUDUKAN BAHU SALAH
Kedudukan bahu merupakan antara faktor paling penting semasa melakukan elbow plank. Oleh sebab itu anda harus pastikan kedudukan bahu selari dalam garisan lurus.
MEMBUKA TANGAN
Bila anda membuka tangan ke lantai ia akan mengurangkan kesan senaman. Ini disebabkan bila tangan dibuka otot perut akan kurang tegang dan hasilnya tidak seperti anda harapkan.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.