Perkembangan fesyen dan teknologi pintar mempunyai persamaan yang cukup signifikan. Kedua-duanya bergerak dengan cukup pantas serta mempunyai pengaruh besar dalam gaya kehidupan masyarakat moden masa kini.
Sebagai di antara pelopor teknologi peranti pintar, Samsung dilihat sentiasa mengaplikasikan ciptaan mereka ke dalam elemen yang cukup berbeza seperti fesyen. Apatah lagi dengan keterampilan peranti terbaru mereka dari Galaxy Z Series terdiri dari model Galaxy Fold 3 dan Galaxy Flip3 yang mempunyai rekaan trendy dan elegan membawakan ilham fesyen terkini.
Bersempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang daiakan baru-baru ini, Samsung Galaxy Z Series tampil sebagai rakan rasmi majlis fesyen paling popular di Malaysia tersebut. Dengan jangkaan yang cukup besar peranti Galaxy Z Series tuut dijadikan sebagai inspirasi untuk 16 rekaan tersendiri yang direka olehdua pereka berpengaruh, Kit Woo dan Rizman Ruzaini.
Ads
Ads
Rekaan mereka berdua telah diperagakan di pentas KLFW pada 5 dan 7 November yang lalu. Menyentuh tentang penglibatan mereka di dalam program fesyen cukup gemilang tersebut Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics, Elain Soh berkata, “Peranti kami memainkan peranan dalam mendekatkan proses pemulihan dunia yang cukup pantas terutamanya dari segi kolaborasi ketikan dunia berdepan pandemik.
“Oleh demikian, Samsung sangat berbangga dapar bekerja sama bersama dua pereka unggul, Kit Woo dan Rizman Ruzaini dalam membawakan nafas visi Galaxy ke pentas KLFW”.
Ads
Manakala bagi Kit Woo dan Rizman Ruzaini pula mereka berkongsi bagaimana Galaxy Z Series memberikan inspirasi utuk menampilkan rekaan di luar kotak. Elaborasi rekaan seiring dengan teknologi cukup membuatkan setiap rekaan mereka tampil unik.
Rekaan mereka berdua telah membuka tirai KLFW dalam siri fesyen yang turut menampilkan bersama 10 orang pereka tempatan. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi merancakkan industri fesyen tanah air yang kini semakin pulih selepas berdepan pandemik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Biasalah, jika anda hidup bujang atau tidak ada masa yang banyak di rumah, mungkin anda akan menghadapi masalah dalam memastikan makanan yang anda beli itu telah lepas tarikh luput ataupun tidak. Kadang-kadang tak sempat makan pun, dah basi. Ada beberapa cara sebenarnya untuk tahu sama ada makanan yang anda beli telah tamat tarikh luput ataupun tidak.
Sebenarnya tarikh luput ini tercipta berdasarkan tekaan pihak pengusaha berkenaan makanan tersebut. Berdasarkan pemerhatian mereka, makanan yang dikeluarkan sebagai contoh roti, hanya boleh bertahan sekurang-kurangnya 4 hari. Fakta ini sebenarnya bergantung kepada suhu bilik saja. Apa yang penting adalah naluri anda. Jika anda rasa makanan anda masih elok walaupun telah lepas tarikh luput, anda masih boleh menikmati makanan tersebut. Jika anda sudah nampak kulat, basi dan berbau, maka sudah sampai masa anda memberi makan kepada tong sampah anda.
Macam mana nak mengekalkan makanan agar tidak cepat berkulat atau busuk?
Pastikan anda meletakkan makanan dalam peti sejuk. Mengapa peti sejuk? Ini adalah untuk menjadikan makanan anda tahan dengan lebih lama. Suhu di dalam peti sejuk membantu melambatkan proses kulat dan makanan berbau. Jadi bolehlah tahan sehingga 6 bulan ke 1 tahun bergantung kepada jenis makanan.
Selain daripada anda belajar berjimat dan mengawal nafsu, beli dalam kuantiti yang sedikit juga membantu anda agar tidak menyimpan makanan lepas dari tarikh luput. Sebagai contoh Ikan sardin. Jangan pula anda beli sekotak ikan sardin, beli untuk kuantiti seminggu. Kalau dah habis, barulah beli balik. Jangan fikir stock sebulan, takut dalam sebulan tu anda terpaksa out station, dah membazir kalau terlepas tarikh luput kan?
Jadi kalau setakat semalam tarikh luputnya tu, masih boleh makan lagi. Ikut naluri hati anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Blackhead datang tanpa diduga, semua orang akan memiliki masalah ini walaupun ia tidak diundang. Ia terhasil daripada cara anda merapikan diri setiap hari, tidak membasuh wajah anda dengan bersih dan seringkali berhadapan dengan peluh, habuk dan cahaya matahari yang terik mengundang blackheads untuk terhasil di bahagian muka. Selain dari itu, faktor pemakanan juga memainkan peranan penting. Sejauh mana pun anda menjaga penampilan diri, masalah ini tidak akan pernah selesai dan jauh dari wajah anda.
Apa itu Blackhead?
Blackheads merupakan adik-beradik kepada jerawat dan, seperti semua jerawat, disebabkan oleh liang yang tersumbat. Apabila sel kulit mati atau serpihan lain masuk ke liang, mereka bercampur dengan minyak dan menyebabkan sumbatan terhasil.
Walau bagaimanapun, tidak seperti whiteheads oh-so-poppable, di mana ia hanya tersumbat pada permukaan kulit, jerawat ini lebih gelap apabila kulit liang kulit terbuka. Apabila minyak sebum bercampur dengan udara, ia akan menjadi hitam.
Tempat yang kerap terhasil adala pada hidung, dagu dan dahi dimana seluruh manusia di muka bumi ini dapat melihat dengan baik. Tetapi kerana badan mempunyai lebih daripada lima juta liang, mereka boleh muncul di tempat lain juga, seperti di punggung dan dada anda.
Cara Mencegah Blackhead
Seperti semua jenis jerawat, ia terhasil pada wajah anda dua minggu sebelum ia besar di wajah anda. Untuk mengelakkan bintik hitam, anda harus menggunakan pembersih harian yang lembut dengan asid alpha dan beta hydroxy (iaitu asid salisilik). Lampu LED biru juga bagus untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, dan tidak kering seperti produk topikal lain.
Jangan terlepas pandang peranan krim pelembap yang dapat membantu kulit anda. Walaupun ia tidak begitu membantu, namun pelembap sebenarnya boleh mmembantu mengawal kelenjar sebaceous anda yang mengeluarkan minyak, menyebabkan lebih banyak jerawat dan bintik hitam.
Bagaimana Untuk Buang Blackhead di rumah
Ini mungkin akan menyukarkan anda, kerana jika tersilap langkah, ia akan memburukkan lagi wajah anda dan kesan itu akan menjadi parut selama-lamanya. Terutama sekali jika anda menggunakan kuku, jangan main-main dengan perkara ini. Kaedah di rumah yang paling berkesan untuk membuang bintik hitam melibatkan penggunaan mencuci muka, jalur pori, pengelupasan dan mask muka untuk membasmi anasir-anasir negatif dalam liang-liang anda.
Pakar kulit mencadangkan anda mengambil pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan aktif seperti asid salicylic atau sulfur untuk membendung pengeluaran sebum dan memerangi bakteria yang menyebabkan jerawat. Asid hydroxy Alpha berfungsi untuk mengelupas dan menghilangkan sel-sel kulit mati untuk mengelakkannya daripada liang-liang tersumbat pada masa akan datang dan sulfur koloid dan tanah liat kaolin berfungsi untuk mengurangkan parut dan menyerap minyak.
Sekiranya anda mahu menghapuskan bintik hitam dengan kaedah memicit, paastikan anda basuh tangan anda terlebih dahulu. Gunakan alat kulit yang bersih dan menggunakan tekanan yang sama ke kawasan tersebut. Setelah selesai gunakan astringen, ke kawasan tersebut untuk menghentikan penyebaran bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pagi raya yang indah ni, pastinya ramai yang mengenakan baju sedondon yang sangat vass! Tentunya selepas menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha, anda pasti akan bersalam-salaman dengan keluarga, bermaaf-maafan dan menjamu selera. Selepas makan, mulalah ada mangsa-mangsa yang akan dijadikan photographer untuk anda ber ‘OOTD’ kan? Macam-macam angle anda akan pose persis model. Semuanya untuk tontonan rakan-rakan di laman sosial. Perasan tak, kadang-kadang gambar yang anda ambil tu tak ‘on point’. Jadi kami sediakan cara untuk anda pose menggunakan angle-angle yang tidak akan menampakkan wajah anda kelam dan gemuk!
Tip 1: Gunakan pencahayan semula jadi dekat tingkap
Pengcahayaan adalah penting dalam ber selfie. Untuk memperolehi ‘selfie’ yang cantik, anda perlukan pencahayaan yang bagus. Dan pencahayaan yang bagus datangnya daripada cahaya semula jadi, iaitu cahaya matahari.
Rahsia mengapa kebanyakan model kelihatan menarik dan cerah dalam majalah atau dada akhbar adalah kerana mereka diberi pengcahayaan yang lebih pada muka. Lampu dia jangan cakap lah. Mana nak cari lampu terang-terang di kampung kan? Jadi pergi dekat dengan tingkap dan selfie!
Bukan sahaja nampak ‘mahal’ dan ‘rare’. Foto ‘selfie’ anda itu pasti kelihatan klasik.
Tip 2: Bergambar dengan cahaya matahari di luar rumah
Satu lagi cara lain, anda boleh keluar dari rumah dan berdiri di bawah simbahan cahaya matahari. Waktu terbaik untuk anda bergambar adalah pada pukul 6-10 pagi. Ini kerana matahari baru keluar dan suasana terang cukup untuk sesi photography yang menarik.
Jika cahaya matahari pagi ini jatuh pada kulit anda, ia akan membiaskan cahaya yang keemasan, menjadikan kulit anda berkilau-kilau keemasan dan terlihat lebih berseri berbanding biasa.
Kalau anda tak sempat nak bergambar pada waktu pagi, kami sarankan anda bergambar pada waktu petang selepas jam 6. Ini adalah tempoh di mana cahaya matahari terbenam (sunset) berserakan pada garis horizon langit lalu menjelmakan efek yang sangat menarik pada latar belakang gambar anda. Barulah ala vintage.
Tip 3: Rahsia sekeping kertas putih
Ini antara rahsia para photographer memperolehi foto yang menarik.Tahukah anda, banyak blogger dan photographer kecantikan menggunakan sekeping kertas atau kad putih yang besar dan meletakkannya pada bawah dagu semasa ber’selfie’?
Apakah rahsianya? Ya, apabila anda memetik punat telefon bimbit anda untuk merakam foto ‘selfie’, cahaya ‘flash’ yang terhasil daripada telefon bimbit akan terpantul pada kertas atau kad putih tadi.
Lalu, cahaya putih itu akan memberikan satu pantulan cahaya yang boleh mencerahkan lagi kompleksi wajah anda, menjadikan wajah anda kelihatan ‘glowing’, wow!
Bukan itu sahaja, teknik kertas putih ini juga boleh mengurangkan efek dagu berlapis pada foto ‘selfie’ raya anda nanti. Jadi tak lah nampak gemuk!
Tip 4: Aplikasi untuk mengedit foto
Download saja aplikasi-aplikasi yang membolehkan gambar anda kelihatan seperti di edit menggunakan photoshop. Salah satu aplikasi foto yang paling popular di Instagram adalah ‘filter’ Valencia. Ia menghasilkan foto dengan efek ‘dreamy’ yang amat lembut lagi mengasyikkan.
Malah, tidak salah jika dikatakan ia mampu merubah wajah yang kurang cantik menjadi sangat menarik dan berseri-seri!
Apabila menggunakan aplikasi foto, anda mungkin boleh peruntukan waktu barang 2-3 minit untuk melakukan sedikit kerja-kerja ‘air-brushing’ dan mencerahkan lagi foto tersebut.
Selain ‘filter’ Valencia, ada juga blogger yang menggunakan Facetune yang boleh menyamarkan bentuk wajah yang tidak disukai dan menyerlahkn pula bahagian wajah yang ingin ditonjolkan.
Kami sarankan anda menggunakan Foto Rus. Kemudahannya anda boleh anda boleh memancungkan hidung yang bulat atau pesek, memutihkan warna gigi yang agak kekuningan, malah meniruskan bentuk dagu yang kembang atau lebar. Mesti masa bulan puasa hari tu diet kurang menjadi kan? Nak sorok dagu, apa kata pakai aplikasi ini.
Tip 5: Pose ketika ber OOTD
Untuk menampakan tubuh anda ramping, kami nasihatkan anda supaya tidak bergambar dalam keadaan duduk, kerana ia akan menampakkan perut anda berlapis. Jika anda terpaksa duduk, kami sarankan agar anda menutup bahagian perut dan peha dengan menggunakan bantal. Kalau ada anak buah, atau baby, pegang dia sebagai alat untuk anda cover lebihan-lebihan anda tu.
Jika anda bergambar secara beramai-ramai sambil berdiri, kami nasihatkan agar anda berdiri di tengah-tengah, kerana ia akan membantu anda dari nampak gemuk. Jika anda berada di tepi pastikan anda menilangkan kaki anda agar anda kelihatan kurus.
Jika anda mengambil gambar solo, apa kata kalau anda berdiri tegak dengan menyilangkan kaki. Ingat! Jangan pernah sekali anda serong cara anda berdiri kerana ia akan menampakkan lengan anda besar! BAHAYA YE.
Sumber: Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.