MASKULIN percaya jika anda merupakan peminat tegar sneakers terutamanya ‘scene’ tempatan pastinya tahu tentang kolaborasi yang pernah ditonjolkan di antara jenama sukan popular, ASICS Sportstyle bersama SneakerLAH dan HUNDRED%.
Dua kolaborasi mereka sebelum ini dengan menampilkan GEL-Kayano 5 OG “Nasi Lemak” (2019) and GEL-LYTE III “Kuala Lumpur Twin Towers” (2020) kini menjadi item yang cukup berharga bagi pengumpul dan peminat kasut tempatan mahu pun antarabangsa.
SneakerLAH yang merupakan acara terbesar sneakers di negara kita dan HUNDRED% kedai streetwear popular di ibu kota melakukan kolaborasi sekali lagi bersama ASICS Sportstyle kali ini dengan mengetengahkan ASICS GEL-LYTE III ‘Teh Tarik’.
Menurut ASICS Malaysia, konsep untuk kolaborasi pada tahun ini meneruskan legasi identiti yang cukup sinonim dengan Malaysia dan kali ini ‘teh tarik’ menjadi pilihan mereka. Minuman yang menjadi sebahagian daripada asam garam kehidupan seharian rakyat Malaysia ini diabadikan ke dalam bentuk kasut yang cukup unik.
Dari segi warnanya, ASICS GEL-LYTE III ‘Teh Tarik’ hadir dengan tema warna minuman tersebut dengan material suede karamel yang memberi simbolik kepada teh tarik. Pada bahagian hadapan kasut pula terdapat cetakan ‘LAH’ yang cukup sinonim dengan SneakerLAH dan juga istilah popular digunakan dalam perbualan masyarakat Malaysia.
Ads
Lebih menarik lagi, ASICS GEL-LYTE III ‘Teh Tarik’ turut hadir dengan ciri inter-changeable atau logo yang boleh ditukar dengan beberapa pilihan warna menggambarkan percikan warna teh tarik.
Ads
Pada bahagian insole pula terdapat kesan seperti bekas lelehan teh tarik pada bahagian bawah gelas menjadikan ia satu ciri cukup unik pada kasut ini.
Manakala pada bahagian outsole pula ia hadir dengan rekaan translucent dengan corak sama seperti meja yang sering kita jumpa di restoran mamak atau kopitiam.
Ads
Jelas Pengurus Besar ASICS Malaysua, Tib Soom Nik, “Teh tarik merupakan minuman kebangsaan yang telah menyatukan ramai rakyat Malaysia tidak kira latar belakang bangsa, budaya atau agama.
“Ia menjadi minuman pilihan tidak kira masa sama ada pagi, siang atau malam, teh tarik merupakan inspirasi yang melahirkan rekaan unik pada ASICS GEL-LYTE III ‘Teh Tarik’ ini. Kami berharap untuk berkongsi kepelbagaian budaya Malaysia bersama dunia dengan pengenalan kasut ini,” tambahnya lagi.
ASICS GEL-LYTE III ‘Teh Tarik’ akan mula berada di pasaran dengan pelancaran khas pada 3 Disember di HOME Concept Store dan juga menerusi raffle yang dijalankan di SneakerLAH.com pada 4 Disember 2022.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Filem ini telah dibuat pada tahun 2007, ketika itu Umie Aida masih tidak berhijab dan Elyana sedikit berisi. Menurut sumber, filem ini dekat dengan sejarah yang menimpa negara kita sekitar tahun 90an. Kerana filem ini dikaitkan dengan kes berprofil tinggi, maka keluarga pihak terbabit mengharamkan filem ini ditayangkan. Setelah pihak Astro Shaw berjaya membuktikan bahawa filem ini tidak begitu berkait rapat dengan kes terbabit, masing-masing mencapat kata setuju untuk tayangan filem ini.
Video Viral Kebaya Merah
Baru-baru ini kecoh satu Malaysia tentang video viral gadis berkebaya mereh yang dijumpai oleh seorang pemandu berkali-kali sepanjang pemanduannya. Sebenarnya netizen tertipu dengn helah yang dibuat oleh pihak Astro Shaw sendiri kerana ia merupakan gimik untuk mempromosikan filem ini. Namun, netizen tidak langsung dapat mengaitkan gadis berkebaya merah itu dengan filem Dukun yang telah mula ditayangkan pada hari ini.
Filem tersebar sebelum tayangan
Hakikatnya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan filem tersebut sebelum hari tayangan rasminya. Jika anda melihat filem yang tular di sosial media tempoh hari, pasti anda akan melihat perbezaan dengan filem sebenar. Dalam filem yang tular tersebut, anda akan dapat melihat filem tersebut dipotong pada penghujungnya. Ada segelintir pihak mengatakan bahawa filem yang tular itu merupakan salah satu gimik Astro Shaw untuk mempromosikan filem Dukun.
Para Pelakon mengalami gangguan ketika di set
Pengalaman ini diceritakan sendiri oleh Umie Aida dan Elyana. Menurut cerita Elyana beliau sepatutnya ke set pengambaran pada jam 4 pagi, dan ketika dalam perjalanan ke sana, banyak bunyi-bunyi pelik yang didengarinya. Mendengar cerita dari pelakon hebat Umie Aida pula, dia hampir histeria di scene-scene terakhir filem ini. Ini berikutan Umie Aida harus menjiwai watak Diana Dahlan dimana dia perlu melakukan ritual-ritual pelik sepanjang pengambaran.
Filem berdasarkan kes berprofil tinggi Mona Fendi
Walaupun filem ini dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan kes seorang bomoh terkenal, namun seluruh Malaysia tahu ia berkait rapat. Jika anda pernah menonton dokumentari Mona Fendi, pasti anda dapat gambaran filem ini. Mona Fendi merupakan seorang penyanyi pada tahun 90an, namun telah menukar profesionnya dengan menjadi seorang bomoh dengan mengamalkan ilmu hitam. Mona bersama suaminya telah disabitkan kesalahan dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah ketika itu. Kes yang melibatkan seorang ahli politik Mazlan Idris yang mayatnya telah dikerat 18 dan dijumpai di sekitar kawasan perumahan Mona Fendi. Walaupun motif sebenar filem ini berbeza dari kisah benar, namun penceritaannya masih sama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Umur bukanlah penghalang untuk menjalinkan hubungan cinta. Jodoh kan terletak di tangan tuhan, siapalah kita nak menentukan kadaq dan qadar. Masa kini ramai yang mendirikan rumahtangga dengan jarak umur yang berbeza. Tidak terkecuali artis Malaysia. Ramai antara selebriti wanita yang mendirikan rumahtangga dengan lelaki muda. Namun hubungan mereka kekal sehingga ke hari ini. Ini merupakan 6 artis Malaysia yang berkahwin dengan’kakak’ namun bertahan sehingga ke hari ini.
Che Ta dan Zain Saidin
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2013 di mana jarak umur mereka 11 tahun. Ketika itu Rozita Che Wan berusia 40 tahun dan Zain Saidin berusia 29 tahun. Dikhabarkan hubungan mereka mula intim ketika masing-masing menjalani drama bersiri beberapa tahun sebelumnya. Kini mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Aaisyah Dhia Rana yang semakin comel hari ini.
Ella dan Azhar Ghazali
Seluruh Malaysia berasa teruja apabila ratu rock negara Ella, menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2012 dengan Azhar yang merupakan seorang pilot Firefly. Ketika itu, Ella berusia 46 tahun dan Azhar berusia 30 tahun. Pasangan ini kekal bahagia sehingga ke hari ini.
Que Haidar dan Linda Jasmine
Siapa tak kenal dengan cikgu tari Akademi Fantasia ini. Linda jasmine yang mempunyai darah kacukan ini pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan anak lelaki. Que Haidar dan Linda Jasmine mendirikan rumahtangga pada tahun 2009 dengan perbezaan umur 7 tahun. Alhamdulillah, mereka berdua dikurniakan anak gadis yang sangat unik paras rupanya. Tahniah buat keluarga ini!
Shila Majid dan Acis
Pasangan legend ini sebenarnya mempunyai jarak beza umur sebanyak 6 tahun. Mendirikan rumahtangga pada tahun 2003 selepas keretakkan rumahtangga yang pertama. Walaupun berbeza umur, namun pasangan ini mempunyai persamaan yang banyak menyebabkan Shila Majid dan Acis pasangan serasi sehingga ke hari ini.
Fattah Amin dan Fazura
Mestilah list kami akan selitkan pasangan bahagia ni. Seperti yang anda sedia maklum pasangan ini bertemu di set pengambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang telah ditayangkan di Astro Ria. Pelbagai spekulasi menimpa pasangan ini, namun kedua-dua mereka masih tetap sweet-sweet di khalayak ramai. Mereka yang mempunyai ramai followers ini tidak menghampakan peminat dengan bersanding secara besar-besaran beberapa bulan yang lalu. Fattah yang muda 7 tahun dari Fazura digelar hubs baby oleh pelakon Gol & Gincu itu. Tahniah buat pasangan bahagia ini
Izzue Islam dan Awin Nurin
Izzue Islam yang berwajah jambu ini telah mendirikan rumahtangga dengan Awin Nurin yang merupakan manager beliau sendiri. Walaupun segelintir peminat kecewa dengan berita perkahwinan mereka, namun keserasian antara Awin dan Izzue memang tidak boleh disangkal mana-mana pihak. Perbezaan umur 8 tahun tidak membuatkan Awin dan Izzue melatah dengan kritikan yang diberi netizen.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahun ini merupakan kalendar yang cukup istimewa buat atlet dan penggiat pelbagai jenis sukan di dunia. Sukan Olimpik yang bakal dilangsungkan di Tokyo, Jepun akan diadakan tidak lama lagi.
Temasaya empat tahun sekali tersebut sentiasa menarik jutaan penonton dari seluruh dunia. Inilah temasya sukan yang mempunyai signifikasi cukup besar buat semua negara yang bertanding.
Selain penyertaan pelbagai negara dari semua benua, jenama-jenama pengeluar pakaian sukan juga bakal berlumba-lumba memperkenalkan produk edisi istimewa mereka.
Nike selaku antara pemain utama industri ini turut tidak ketinggalan dengan pelbagai kempen mereka. Antara yang bakal diperkenalkan oalah model Nike Air Max 97 ‘Gold Medal’.
Bertepatan dengan namanya, kasut ini ditampilkan dengan kemasa berwarna emas dari atas ke hujung. Menggunakan bahan seperti kulit yang dicelup warna emas, Air Max 97 ‘Gold Medal’ ini mengetengahkan aspirasi kejuaraan di Sukan Olimpik.
Setakat ini Nike masih belum mengeluarkan tarikh bila ia akan dipasarkan. Namun kasut ini dijangka bakal berada di pasaran berdekatan dengan tarikh pembukaan Sukan Olimpik 2020 Tokyo di antara 24 Julai hingga 9 Ogos.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.