Tumblr hilang dari iOS? Ini merupakan berita gempar! Awal minggu ini, pengguna telefon pintar iphone mengalami masalah untuk ‘install’ atau ‘reinstall’ aplikasi tersebut. Tidak mengetahui dari mana punca masalah ini sama ada Apple ataupun dari pihak Tumblr sendiri, pihak Tumblr mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan sedaya upaya mencuba untuk memulihkan kembali kewujudan aplikasi tersebut di dalam sistem Apple yang diberi nama iOS. Tumblr merupakan aplikasi sosial media yang menghimpunkan gambar-gambar menarik untuk mereka yang cintakan fotografi unik dan menarik.

Rata-rata mereka yang mengalami masalah ini dari golongan yang ingin memasukkan semula aplikasi ini ke dalam telefon mereka. Walaupbagaimanapun, ada segelintir yang memberi solusi dimana mereka yang tidak jumpa aplikasi ini di App Store boleh memuat turun di senarai halaman belian mereka.

IKLAN

Ekoran daripada kejadian awal tahun lalu, dimana Apple menyingkirkan Telegram yang dipercayai bertindak sebagai aplikasi yang menyebarkan bahan pronografi kepada kanak-kanak, ada pihak menyatakan bahawa Tumblr menyebarkan kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan umum. Sejauh mana kebenaran berita ini, kami masih menunggu kenyataan yang akan dibuat oleh Apple dan Tumblr sendiri.

IKLAN

Terdahulu, iOS Apple tegas dengan garis panduan dimana sebarang aplikasi harus mempunyai tapisan kandungan bahan yang akan dipaparkan, dan Tumblr terkenal dengan masalah umpama ini. Tumblr terkenal dengan permasalahan NSFW dan kandungan berorientasikan dewasa. Pada tahun 2016, kerajaan Indonesia menyekat laman web itu untuk sementara waktu kerana ia tidak sesuai untuk tontonan umum, namun pembatalan itu telah ditarik balik selepas sehari ia tidak boleh di akses.

IKLAN

 

Sumber:The Verge