Rasanya kehidupan harian kita sekarang tidak lengkap tanpa sebarang bentuk hiburan audio. Sama ada untuk mendengar muzik kegemaran, mengikuti program podcast ataupun merasai pengalaman gaming dengan sistem audio terbaik.

Evolusi bagaimana pengguna menggunakan peranti audio kini telah menjadi satu budaya hidup yang sudah sebati dengan kita. Jadi tidak hairanlah mengapa pengeluar peranti audio seperti earbuds berlumba-lumba menghasilkan produk terbaik.

Namun dengan lambakan produk earbuds di pasaran yang ditawarkan dalam pelbagai peringkat kelas dan harga, bagaimanakah prestasi Jabra Elite 85t jika dibandingkan dengan yang lain.

Jabra Elite 85t

MASKULIN berpeluang mencuba sendiri menggunakan peranti audio terbaru keluaran Jabra. Kali ini jenama tersebut menampilkan earbuds Jabra Elite 85t. Ia merupakan model daripada kesinambungan daripada siri tersebut yang kini dipakejkan dalam rekaan lebih dinamik, kualiti lebih baik dan menawarkan pengalaman audio sensasi.

Bersaing dengan jenama-jenama yang setanding bukanlah satu perkara yang mudah. Akan tetapi jangan pandang rendah kemampuan earbuds premium ini kerana prestasinya cukup di luar dugaan. Jabra mungkin sedar akan perkara tersebut dan mengetengahkan earbuds dengan prestasi terbaik di pasaran.

Antara fokus utamanya ialah memperkemaskan penggunaan dan aplikasi teknologi Active Noise Cancellation (ANC). Berikut beberapa faktor yang menjadikan Jabra Elite 85t sebagai earbuds ANC terbaik di pasaran.

TAHAP KESELESAAN

Ini merupakan faktor luaran yang akan dirasai sensasinya oleh pengguna sepanjang menggunakan Jabra Elite 85t . Walaupun tidak menjejaskan kualiti bunyi namun faktor keselesaan amat penting bagi ramai pengguna. Bayangkan menikmati muzik atau menonton program Netflix dalam jangka masa yang lama. Pastinya kita mahukan keselesaan sepanjang masa.

Jabra Elite 85t dihadirkan bersama dengan beberapa variasi saiz eartips silikon. Penggunaan silikon EarGels ini memastikan ia sentiasa kemas di telinga dan selesa dipakai dalam waktu yang lama. Atau dalam erti kata lain, sensasinya lebih ‘snug’.

BATERI TAHAN LAMA

Usah tertipu dengan saiz earbuds Jabra Elite 85t yang agak kecil. Peranti audio hebat ini mampu digunakan selama 5.5 jam dengan tambahan 25 jam dari charging case ketika ANC diaktifkan. Manakala, penggunaan tanpa ANC pula menyaksikan baterinya mampu bertahan sehingga 7 jam dan 31 jam dengan charging case.

IKLAN

Buat penggemar earbuds, angka tersebut sangatlah tinggi dan baik. Jika dibandingkan dengan beberapa pesaing, Jabra Elite 85t mampu berdiri megah dengan ketahanan baterinya. Manakala untuk pengecasan pula, ia menggunakan USB-C atau turut boleh dicas menggunakan Qi wireless charging mat.

REKAAN

Perkara pertama yang terlintas di fikiran ketika melakukan ‘unboxing’ Jabra Elite 85t adalah ‘premium’. Bukan senang mencipta sesuatu produk yang boleh memberikan first impression seperti itu sambil hadir dengan saiz yang kecil dan ringan.

Namun itulah salah satu kelebihan pada rekaan Jabra Elite 85t . Di bahagian luarnya ia terasa premium dengan kemasan seperti kemasan titanium. Bersesuaian dengan statusnya sebagai earbuds premium, charging case-nya juga tampak kompak dengan rekaan lebih dinamik.

Earbuds Jabra 85t dilengkapi speakers bersaiz 12mm. Nampak seperti kecil tapi bunyi yang dihasilkan sangat besar dengan kekuatan bass yang ‘cukup rasa’. Dari segi standard saiz tersebut sebenarnya sudah cukup besar dalam kategori earbuds.

Meletakkan earbuds ini di atas tangan sudah cukup untuk merasakan sensasi premium yang dibawanya. Tidak semua peranti audio mampu menzahirkan kualiti seperti begini.

IKLAN

MASKULIN juga tertarik dengan spesifikasi dalamanannya. Siapa sangka setiap earbuds Jabra Elite 85t memiliki 3 mikrofon. Satu untuk mengaktifkan ANC bunyi luaran, satu untuk fungsi sama di dalam telinga dan yang terakhir berfungsi untuk interaksi arahan suara.

Menjawab panggilan menggunakan Jabra Elite 85t juga pengalaman yang cukup baik. Ia menyokong penggunaan peranti pintar yang menggunakan arahan suara pintar sama ada Siri atau Google Assistant.

Selain itu, interaksi lebih mendalam bersama Jabra Elite 85t boleh dilakukan menerusi aplikasi Sound+. Menerusi aplikasi ini anda mampu melakukan tetapan pilihan peribadi yang sesuai dengan tahap penggunaan atau pendengaran. Tetapan tahap ANC juga boleh dilakukan menerusi aplikasi ini. Begitu juga dengan sebarang ubah suai EQ.

Pengguna juga boleh menetapkan sendiri tetapan butang kawalan untuk setiap earbuds menerusi Sound+. Sebagai contoh untuk meneka play/pause, skip forwards atau backwards dan juga menjawab atau meletakkan panggilan telefon.

SENSASI KUALITI BUNYI

Untuk sambungan Jabra Elite 85t menggunakan rangkaian Bluetooth 5.1. Ia sudah cukup untuk membekalkan kualiti pada resolusi tinggi. Menggunakan earbuds Jabra Elite 85t buat pertama memberikan tanggapan yang cukup baik di telinga kami.

IKLAN

Dan seperti yang diuar-uarkan mereka, Jabra Elite 85t tampil dengan teknologi ANC yang paling optimum, malah mungkin yang terbaik di pasaran. Mungkin anda juga agak terkejut dengan kemampuannya ‘menapis’ bunyi luaran secara total.

Apa jua kondisi kualiti bunyi luaran tidak dapat menggangu sensasi ketika menggunakan earbuds ini. Satu pencapaian dan inovasi teknologi audio yang cukup memuaskan. Sama ada berada di dalam bas yang bising, di restoran hiruk-pikuk mahupun di kawasan pembinaan. Kesemuanya tidak memberikan kesan dengan teknologi ANC yang dibawakan oleh Jabra Elite 85t .

Buat anda yang mungkin sudah kenal dengan jenama Jabra mungkin tidak asing lagi dengan kemampuan mereka melahirkan peranti audio dengan kualiti bunyi terbaik. Mendengar lagu ‘Ddu Ddu Ddu Ddu’ dari Blackpink sebagai contohnya membawa MASKULIN seakan berada di hadapan empat gadis berbakat melakukan persembahan.

Jabra Elite 85t juga bolehlah dikatakan antara earbuds terbaii untuk mendengar muzik orkestra atau klasikal sama ada rakaman ataupun live. Ia aekaligus menjadikan earbuds Jabra 85t membawa sifat versatil untuk pelbagai jenis genre.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Jabra Elite 85t menepati jangkaan kami sebagai salah satu earbuds terbaik di pasaran. Lebih mengagumkan lagi ialah kepelbagaian ciri-ciri sokongan yang cukup mesra pengguna. Buat peminat muzik sejati, mungkin inilah earbuds yang mampu memuaskan kehendak audio anda!

Jabra Elite 85t boleh didapati dalam tiga warna berbeza iaitu Titanium Black, Grey dan Gold Beige

Anda berpeluang memiliki earbuds terbaik ini dengan menyertai peraduan Giveaway Jabra Elite 85t di Facebook MASKULIN tidak lama lagi. Nantikannya ya!

RATING KESELURUHAN: 4.5/5

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)