Pertama sekali anda harus tanam perkara ini dalam minda. Bukan lelaki sahaja yang suka memerhatikan kecantikan seorang wanita. Mereka juga suka memerhatikan anda!

Malu tapi menjeling. Mungkin itulah yang dirasai oleh mereka. Berbeza dengan lelaki terutamanyayang jenis miang suka memerhatikan dari hujung rambut ke hujung kaki. Bagi seorang gentlemen itu adalah satu tabiat yang bukan sahaja buruk tapi sangat kurang ajar,

Tidak salah memerhatikan wanita asalkan biar;ah tengok sekadar untuk tengok dan hargai kecantikan mereka sahaja. Dan jangan ingat hanya anda sahaja suka perhatikan mereka. Wanita juga tidak kalah dalam hal ini cuma mungkin pendekatan diambil mereka lebih subtle dan tidak terlalu menonjol.

Terdapat beberapa bahagian badan anda yang sering menjadi sasaran jelingan manja mereka. Sebab itulah anda harus pandai jaga diri!

Jaga Penampilan Diri Kerana Anda Juga Sering ‘Diushar’ Wanita

1. Six pack

Ramai juga perempuan yang suka bila pasangannya mempunyai perut berotot kekar ala-ala Cristiano Ronaldo. Ia juga boleh dikategorikan sebagai lambang kejantanan seorang lelaki.

2. Dada bidang

IKLAN

Ini merupakan bahagian tubuh badan lelaki yang diimpikan oleh sebahagian besar golongan perempuan. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan wanita teruja melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik baju kemeja mereka.

Ada juga perempuan yang suka dengan bentuk dada sasa yang berbulu. Tak dinafikan, otot dada adalah aset penting yang sukar dibina oleh kebanyakan lelaki.

Jaga Penampilan Diri Kerana Anda Juga Sering ‘Diushar’ Wanita

3. Lengan sado

Perempuan ni suka bila dapat berpaut pada lengan pasangannya. Tapi make sure bagi halal dulu ok?

IKLAN

Maka, tak pelik la jika lelaki sado ni kelihatan seksi di mata wanita. Selain tu, lelaki berlengan sado ni juga menggambarkan seorang yang sangat kuat bekerja dan biasa dengan tugasan mencabar.

4. Bahu tegap

Bahu yang lebar dan tegap mampu menyerlahkan lagi karisma lelaki. Setuju tak sis?

5. Bibir seksi

IKLAN

Ada sesetengah gadis yang suka melihat bibir lelaki kerana dikategorikan sebagai seksi. Bibir yang nipis dan kemerahan dikatakan pakej terbaik seorang lelaki.

Jaga Penampilan Diri Kerana Anda Juga Sering ‘Diushar’ Wanita

6. Kebersihan diri

Perempuan sangat mementingkan kebersihan. Perkara pertama yang boleh dilihat adalah kebersihan kuku dan jari mereka. tTdak perlu manicure, cukup sekadar ia kelihatan bersih dan dipotong rapi.

7. Gigi

Siapa yang tak cair bila melihat si lelaki memberikan senyuman manis. Gigi yang bersih menjadi fokus u tama untuk dilihat.

Apa-apa pun ini hanyalah berdasarkan kajian yang dijalankan dan tidak semua perempuan merasakan perkara yang sama. Iye la, lain orang lain juga tastenya kan?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI