Tidak terlambat rasanya untuk MASKULIN ucapkan tahniah kepada Lee Zii Jia di atas sumbangan beliau bersama pasukan negara menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia dengan menumpaskan Indonesia beberapa hari lalu.

Sebagai salah seorang watak utama kemenangan negara, Lee Zii Jia membuktikan statusnya sebagai antara pemain terbaik di dunia.

Pengaruh besar yang di bawa olehnya telah menjadi salah satu faktor mengapa jenama telefon pintar terkenal Oppo memilihnya sebagai duta rasmi untuk produl terbaru mereka. Pada minggu lalu, OPPO Malaysia telah mengumumkan Lee Zii Jia sebagai duta rasmi bagi telefon pintar terbarunya, OPPO Reno7 series 5G.

Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia Kini Tampil Sebagai Duta Rasmi OPPO Reno7 Series 5G

Menurut mereka, Lee Zii Jia akan membawakan produk ini sebagai wajah rasmi terutramanya untuk Prtrait Expert bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global.

IKLAN

Dinggap sebagai ikon sukan paling berpotensi di negara, Lee Zii Jia telah membuktikan dari semasa ke semasa bahawa beliau merupakan seorang atlet yang mampu bersaing di peringkat tertinggi. Malah, dia juga dilihat sebagai anak muda yang berani melakukan perubahan demi kariernya yang lebih gemilang.

Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia Kini Tampil Sebagai Duta Rasmi OPPO Reno7 Series 5G

Kerjasama di antara OPPO dan Lee Zii Jia menjadi salah satu titik kejayaan buat dirinya sebagai pemain badminton profesional dan juga ikon sukan negara. Kolaborasi ini turut meyaksikan Lee Zii Jia muncul menerusi iklan video pendel bersama OPPO yang akan diumumkan nanti.

IKLAN

Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia Kini Tampil Sebagai Duta Rasmi OPPO Reno7 Series 5G

Selari dengan visi OPPO yang ingin menjadi sebuah jenama yang mampu mengubah dunia menjadi lebih baik dengan penggunaan teknologi, mereka juga sentiasa meletakkan jenamanya setaraf terbaik di dunia menerusi siri Reno.

IKLAN

Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia Kini Tampil Sebagai Duta Rasmi OPPO Reno7 Series 5G

OPPO Reno7 Series telah pun dilancarkan pada 22 Februari 2022 dan ia dijangka menjadi antara peranti rebutan ramai. Tahniah MASKULIN ucapkan kepada Lee Zii Jia dan juga OPPO Malaysia di atas kerjasama yang cukup baik ini.

Jangan lupa untuk subscireb Youtube dan Telegram MASKULIN untuk kandungan paling menarik tentang lelaki masa kini!

Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia Kini Tampil Sebagai Duta Rasmi OPPO Reno7 Series 5G

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI