Mungkin di kalangan pengguna konvensional lebih mengenali jenama HUAWEI dengan barisan seleksi telefon pintar keluaran mereka. Namun jenama asal China ini kian mengorak langkah dalam menghasilkan pelbagai variasi peranti pintar.

Ini termasuklah dalam penghasilan jam pintar yang pada masa kini menjadi salah satu peranti yang cukup popular dalam penggunaan harian pengguna. Sebenarnya HUAWEI bukanlah baharu dalam penghasilan jam pintar.

Jam Pintar Dengan Pakej Mengagumkan, HUAWEI Watch GT 3 SE Sarat Ciri Kawalan Aktiviti Harian

Malah mereka sebelum ini cukup giat mempromosikan peranti bagi kategori ini. Terbaru, HUAWEI Watch GT 3 SE hadir di pasaran menjanjikan sesuatu yang mampu memenuhi aktiviti aktif pengguna dalam kehidupan harian.

MASKULIN berkesempatan menguji dan menggunakan sendiri jam pintar ini selama lebih kurang dua minggu. Apa yang boleh dikatakan tentang HUAWEI Watch GT 3 SE ialah ia menepati ramalan banyak pihak sebagai sebuah jam tangan pintar yang cukup inklusif dalam tawaran pelbagai ciri kecergasan dan kesihatan.

REKAAN

Pada padangan pertama, Huawei Watch GT 3 SE hadir dengan binaan jam tangan klasik yang berbentuk bulat dengan bentuk bulat dengan cincin muka bernombor di sekeliling luar. Ia bukanlah satu rekaan yang biasa kita lihat pada jam pintar di pasaran namun pendekatan ini memberikan satu kelainan bagi peranti HUAWEI ini.

Jam Pintar Dengan Pakej Mengagumkan, HUAWEI Watch GT 3 SE Sarat Ciri Kawalan Aktiviti Harian

Berbeza dengan model lain, Huawei Watch GT 3 SE hadir dalam satu saiz sahaja iaitu dengan ukuran 46mm. Ia hadir dengan tawaran dua variasi warna iaitu Wilderness Green dan Graphite Black. Dari segi tawaran tali jam atau badn juga cukup terhad. Namun ia tidaklah menjejaskan penampilan dan fungsi penggunaannya kerana tali yang asal sudah cukup memuaskan.

HUAWEI Watch GT3 SE hadir dengan paparan skrin bulat AMOLED 1.43 inci. Ia bukan sahaja cukup terang dan jelas untuk digunakan malah sangat responsif dengan kepekan sentuhan yang sangat baik bagi kegunaan pelbagai fungsi.

SPESIFIKASI HUAWEI Watch GT 3 SE

  • Skrin: 1.43 inci AMOLED, 466 x 466 pixels
  • Memori: 4GB RAM
  • Sistem operasi: HarmonyOS 2.0
  • Ketahanan bateri: Up to 14 days
  • Ciri: Speaker, accelerometer, gyroscope, magnetometer, optical heart rate sensor, barometer
  • Sokongan sambungan: Android 6.0 atau kemudian, iOS 9.0 atau kemudian
  • Dimensi: 46.4mm x 46.4mm x 11mm
  • Berat: 35.6g

SOKONGAN PERISIAN

Sesebuah peranti pintar pastinya tidak dapat berfungsi dengan sempurna tanpa sistem operasi yang bagi. Bagi HUAWEI WATCH GT 3 SE, ia menggunakan sistem operasi Harmony OS. Selain kebolehsambungan dengan peranti pintar HUAWEI yang lain, ia juga serasi untuk penggunaan bersama peranti Android dan iOS.

IKLAN

Ia boleh dilakukan dengan cukup mudah dengan sambungan menerusi palikasi melalui HUAWEI Health. Pengalaman melakukan proses sambungan jam tangan ini ke peranti iOS seperti MASKULIN lalui juga cukup mudah. Hanya perlu log masuk atau sediakan ID HUAWEI, dan terus boleh digunakan.

Jam Pintar Dengan Pakej Mengagumkan, HUAWEI Watch GT 3 SE Sarat Ciri Kawalan Aktiviti Harian

Aplikasi HUAWEI Health itu sendiri merupakan standard yang cukup baik bagi sebuah aplikasi menawarkan ciri kecergasan dan kesihatan.

Ia menawarkan ciri seperti kiraan langkah, pembakaran kalori, mod senaman, kadar denyutan jantung, SpO2, sebut sahaja. Semua ini diletakkan dalam jubin yang boleh disesuaikan dalam aplikasi.

Jam Pintar Dengan Pakej Mengagumkan, HUAWEI Watch GT 3 SE Sarat Ciri Kawalan Aktiviti Harian

Bagi paparan atau ‘wajah’ jam pula HUAWEI menawarkan pelbagai reka bentuk dan tema yang juga boleh didapati menerusi aplikasi HUAWEI Health. Pengguna juga boleh melakukan ubah suai mengikut selera masing-masing seperti meletakkan foto sendiri sebagai ‘face watch’. Lambakan rekaan yang ditawarkan juga merupakan satu bonus yang cukup besar untuk pengguna HUAWEI Watch GT 3 SE.

IKLAN

CIRI MENARIK & KELEBIHAN UTAMA

Untuk mengatakan HUAWEI Watch GT 3 SE sebagai seutas jam tangan pintar terbaik di pasaran mungkin satu perkara yang berlebihan. Namun begitu bagi pengguna konvensional seperti penulis, jam ini memberikan apa yang diperlukan dalam aktiviti harian.

Jam yang berteraskan kesihatan dan kecergasan ini mampu memberikan data yang cukup banyak dan baik untuk kita melihat sendiri kondisi fizikal badan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan lebih 100 mod senaman kecergasan yang boleh kita ikuti.

Jam Pintar Dengan Pakej Mengagumkan, HUAWEI Watch GT 3 SE Sarat Ciri Kawalan Aktiviti Harian

Selain itu, ia juga mesra dengan aktiviti air kerana kemampuan kalis airnya sehingga 5ATM. Jadi usah risau jika ingin melakukan aktiviti renang sambil memakai jam tangan ini. Malah, pakailah jam ini untuk mengukur tahap kecergasan anda ketika berenang.

Fungsi pengesanan auto terhadap senaman juga berfungsi dengan cukup baik. Sebagai contoh apabila melakukan larian selama dua atau tiga minit ia akan terus mengesan data larian. Manakala apabila berhenti ia juga akan otomatik berhenti dengan sendirinya.

Jam Pintar Dengan Pakej Mengagumkan, HUAWEI Watch GT 3 SE Sarat Ciri Kawalan Aktiviti Harian

IKLAN

Data-data yang diperolehi ketika melakukan aktiviti kecergasan juga cukup pelbagai. Antara data penting yang ditawarkan ialah jarak, tempoh, kelajuan, carta kadar jantung dan kadar pemulihan serta kalori yang terbakar. GPS terbina dalam dalam jam tangan juga bermakna saya boleh mendapatkan peta visual yang bagus bagi laluan walaupun tanpa membawa telefon saya keluar.

KETAHANAN BATERI

Salah satu perkara yang cukup mengagumkan ada pada HUAWEI Watch GT 3 SE ialah ketahanan baterinya yang luar biasa. Menurut HUAWEI ia boleh bertahan sehingga 14 hari dan ia sebenarnya tidak jauh dengan dakwaan itu.

MASKULIN menggunakan jam ini selama kira-kira 12 hari dengan penggunaan yang agak kerap. Ia satu pencapaian yang cukup hebat bagi sebuah jam tangan pintar. Bagi anda yang tidak gemar untuk kerap mengecas jam tangan inilah antara model paling sesuai.

Jam Pintar Dengan Pakej Mengagumkan, HUAWEI Watch GT 3 SE Sarat Ciri Kawalan Aktiviti Harian

HUAWEI Watch GT 3 SE didatangkan dengan kepingan pengecas plastik yang dipalamkan ke dalam port USB standard. Sebagai alternatif, ia boleh dicas dengan mana-mana pengecas wayarles serasi Qi.

Jadi jika anda ingin melakukan aktiviti perkhemahan luar kawasan contohnya, tidak perlu risau untuk mengecas jam pintar. Ia pasti mampu bertahan sehingga anda habis aktiviti.

Secara keseluruhannya, HUAWEI Watch 3 GT SE merupakan jam pintar yang cukup inklusif dalam fungsinya kepada pengguna konvensional. Ia sangat ringan dan selesa digunakan serta sarat dengan pelbagai fungsi yang mampu memberikan pelbagai manfaat kecergasan dan kesihatan. HUAWEI Watch 3 GT SE kini ditawarkan pada harga RM899 di pasaran. Jika berminat boleh dapatkannya di link berikut; https://invol.co/clfb7r1.

Rating MASKULIN: 3.5/5

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI