Jika ada orang mengatakan jam tangan hanyalah berfungsi sebagai penunjuk waktu semata ternyata dia seorang yang cukup naif. Sebenarnya sejak ia dikomersialkan ia telah menjadi item penting yang menjadi sebahagian daripada identiti seorang lelaki.
Di pasaran sahaja terdapat pelbagai rekaan daripada pelbagai kategori dan juga peringkat harga. Dan ia juga telah menjadi daripada aksesori fesyen yang sangat relevan dalam pemakaian dan gaya harian seorang lelaki.
Jadi untuk mengatakan item ini hanyalah sebagai penunjuk masa ia amatlah tidak tepat. Di bawah, MASKULIN kongsi beberapa sebab mengapa ia lebih dari itu.
BUAT ANDA LEBIH PUNCTUAL
Ada beberapa kajian dilakukan terhadap dua kumpulan iaitu kumpulan yang memakai jam tangan dan kumpulan yang tidak memakainya.
Ujian ini dilakukan selama sebulan dan hasil keputusannya, kumpulan yang memakainya lebih menepati masa berbanding kumpulan satu lagi. Jadi sudah terbukti bahawa, sains mengatakan orang yang memakai jam tangan akan lebih bertanggungjawab.
Ads
TEKNOLOGI PINTAR
Kami akui arus permodenan masa kini menjadikan kita lebih manja dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada, terutamanya telefon pintar. Tetapi kenapa harus bergantung seratus peratus kepada telefon pintar kamu?
Takkanlah nak keluar dating pun harus set kan di reminder dalam telefon pintar kamu?Percaya atau tidak, dengan melihat jam tangan di pergelangan tangan, secara tidak langsung, ia mengaktifkan otak untuk berfikir tentang jadual harian kamu.
Dalam masa yang sama, ia menjadikan otak sentiasa peka dengan masa dan membuatkan kita sentiasa mengikut jadual harian yang sudah ditetapkan.
Ads
MEDIUM KOMUNIKASI
Jangan terkejut bila orang menilai kamu hanya dari pemilihan jam tangan kamu. Jujurnya, bukan gaya fesyen saja yang orang akan menilai, bahkan ia juga antara pembuka bicara antara kamu dan orang lain.
Terutamanya jika kamu lelaki, sudah tentu pemilihan yang tepat membuatkan kamu lebih gentleman. Secara tidak langsung, ia menjadi bahan komunikasi kamu dengan orang lain.
KEHIDUPAN LEBIH LANCAR
Pernah tak kamu alami pengalaman seperti kamu di dalam train yang sesak dengan orang ramai dan kamu mahu mengeluarkan telefon bimbit kamu semata-mata untuk lihat masa ketika itu.
Ads
Kamu terpaksa bersusah payah untuk mengambil sedikit ruang memasukkan tangan kamu dan keluarkannya. Sudahlah sesak, berhimpit lagi. Stress!Jadi apa alasan kamu untuk tidak memakai jam tangan yang sememangnya memudahkan kamu dengan lihat di pergelangan tangan kamu sahaja?
Mungkin 2 saat saja masa diambil daripada kamu mahu keluarkan telefon bimbit kamu. Mungkin memakan masa dalam 5 atau 8 minit? Itupun kalau tidak terjatuh.
ITEM PERSONALITI
Walau apa jua pemilihan rekaan jam tangan kamu, ia membanu kamu lebih dari apa yang kamu sangkakan. Penggunaan jam tangan mampu memberi impak besar ke dalam hidup kamu.
Apa yang penting, jam tangan menjadikan kamu lebih berdisiplin dan bertanggungjawab, setiap masa. Jadi apa alasan kamu untuk tidak memakai jam tangan?
Buat anda yang ingin mencari seleksi jam menarik pada harga hebat, dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin ada dalam kalangan anda yang tahu akan Shopee sebuah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.
Oktober lepas, Shopee, telah melancarkan sebuah portal dalam aplikasi Shopee Mall, membabitkan lebih 300 jenama dan pengedar rasmi. Portal yang menawarkan barangan 100% tulen dengan jaminan pulangan wang 2x, dasar pemulangan barangan15 hari dan penghantaran percuma seluruh negara telah diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan pembeli dalam talian.
Shopee Mall telah mencatatkan pertumbuhan dalam semua kategori runcit, dengan sokongan daripada jenama elektronik utama seperti Xiaomi dan Lenovo, jenama fesyen terkemuka seperti Poplook dan Voir, serta produk penjagaan kecantikan kegemaran ramai – NYX dan Beiersdorf. Dalam usaha untuk mempelbagaikan tawaran, pengguna juga boleh membeli produk seperti minyak pelincir enjin daripada gedung rasmi Shell, tiket perlawanan bola sepak daripada gedung rasmi Liga Bola Sepak Malaysia dan juga membeli barangan keperluan rumah di Shopee Mall daripada jenama seperti Giant dan Mydin.
Kunjungi https://mall.shopee.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pesta Jenama Hebat Shopee. Muat turun aplikasi Shopee percuma menerusi Apple App Store atau Google Play Store.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat peminat pakaian gaya hidup dan sukan, jenama PUMA pastinya sudah tidak asing lagi bagi anda. Terkenal dengan rekaan yang ikonik dan berpengaruh di dalam dunia fesyen, PUMA kali ini menampilkan sebuah koleksi yang cukup eksklusif bersama seorang pereka terkenal.
Di kalangan penggemar fesyen streetwear nama Rhuigi Villasenor memag cukup disegani ramai. Pengarah Kreatif jenama RHUDE ini memberikan sentuhannya menerusi koleksi kapsul eksklusif bersama PUMA. Paling menarik ialah pengenalan kasut dari model klasik PUMA Suede yang diberikan sentuhan istimewa olehnya.
Kasut koleksi dikenali sebagai PUMA X Rhuigi hadir dalam dua versi iaitu lo dan mida. PUMA Suede merupakan model kasut yang bersifat cukup timeless. Malah, ia mempunyai nilai estetika tersendiri di kalangan pengumpul sneakers.
Selain kasut, koleksi ini turut mengetengahkan beberapa seleksi pakaian seperti kemaja-T berlengan pendek, seperti kemeja-T berlengan panjang, seluar pendek dan juga beberapa seleksi yang tidak kurang hebatnya.
Kesemua rekaan sentuhan Rhuigi tampil dengan ‘looks’ dengan tema warna neutral serta estetika rekaannya. Berbalik kepada rekaan kasut PUMA x Ruhigi, bahagian upper diperbuat daripada kulit premium dan suede dengan strip sinonim PUMA berwarna hijau.
Bahagian logo di belakang kaki pula dihiasi dengan kulit buaya. Bahagian midsole pula dihadirkan dengan warna yang seakan off white bagi penampilan lebih klasik. Manakala versi mid pula hadir dengan suede yang lebih berbulu dan warnanya yang lebih gelap.
Koleksi kapsul PUMA x Rhuigi kini boleh didapati di laman sesawang rasmi PUMA dan outlet mereka yang terpilih dari harga RM269 sehingga rm459.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama pakaian streetwear terkenal tempatan, Pestle & Mortar Clothing sekali lagi membuktikan bahawa anak tempatan juga mampu melakukan kolaborasi dengan jenama besar dari luar negara.
Kali ini Pestle & Mortar Clothing memperkenalkan kolaborasi unik dengan Ultraman, watak adiwira ciptaan produksi negara matahari terbit, Jepun yang cukup dekat di hati peminat tempatan.
Jika sebelum ini menyaksikan jenama terkenal streetwear, BAPE mengeluarkan kapsul kolaborasi Ultraman, kini Pestle & Mortar Clothing pula diberi kepercayaan sama.
Watak-watak Ultaraman sememangnya tidak asing lagi bagi kita semua kerana ia telah wujud sejak tahun 1966. Tanya saja sesiapa sahaja darimana-mana generasi pasti mereka akan kenal dengan Ultraman.
Jadi tidak mengejutkan apabila Pestle & Mortar Clothing mencipta kapsul koleksi istimewa ini dengan membawa rekaan bersifat mengimbau nostalgia lama. Elemen-elemen retro dalam siri Ultraman terdahulu dibawakan khusus ke rekaan pakaian serta pelbagai barangan lain.
Menerusi kolaborasi ini peminat tempatan pasti mampu mengimbau kembali kenangan mereka bersama watak kesayangan ramai ini.
Koleksi PMC x Ultraman ini menampilkan sebanyak 21 jenis gaya. Ia termasuklah t-shirt, bowling shirt dan juga hoodie. Pestle & Mortar Clothing juga memperkenalkan jaket reversible edisi terhad, The Attack Team Reversible yang boleh digayakan sama ada pada bahagian luar atau dalam.
Kesemua rekaan istimewa dari koleksi ini akan dilancarkan pada 5 Oktober 2019 di acara sneakers terbesar di Malaysia iaitu Sneakerlah. Ia juga akan turut boleh didapati di laman sesawang rasmi Pestle & Mortar Clothing bermula jam 10 pagi pada hari yang sama.
Buat anda yang pernah menjadi peminat setia Ultraman inilah masanya untuk anda miliki item karakter kegemaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.