MASKULIN percaya bermula hari ini lebuhraya utama di negara kita akan dipenuhi kenderaan yang keluar daripada Lembah Klang. Hari ini juga menandakan bermulanya satu lagi fasa baru dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti yang diumumkan kerajaan beberapa hari lalu.

Di natara berita paling dinantikan ramai ialah kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri. Selepas tidak dapat pulang berhari Raya bersama keluarga terutamanya ibu bapa di kampung pastinya ramai sudah tidak sabar ingin pulang bertemu mereka.

Malah menurut laporan pihak berkuasa juga telah mengosongkan lokasi-lokasi sekatan jalan raya berdekatan sempadan antara negeri bermula semalam.

“Jangan Bergegas Peluk & Bersalaman Mak Ayah”, Antara Perkara Penting Untuk Anda Yang Balik Kampung

Namun kita semua harus sentiasa ingat dan waspada. Kita semua belum lagi ‘menang’ melawan COVID-19. Cuma apa yang kita dapat sekarang adalah hasil penat lelah daripada barisan hadapan dari pelbagai agensi serta tahap kepatuhan rakyat Malaysia yang tinggi.

Sebelum pulang ke kampung terdapat beberapa perkara penting harus anda ingat dan lakukan demi keselamatan diri dan keluarga.

IKLAN

1. Periksa Kondisi Kesihatan

Pastikan anda dan sekeluarga memantau kesihatan diri masing-masing sebelum pulang ke kampung. Periksa suhu badan dan jika ada yang kurang sihat dengan simptom seperti demam dan batuk, tangguhkanlah dahulu niat pulang ke kampung.

2. Jangan Bergegas Peluk Mak Ayah

Sebagai anak semestinya anda mahu memohon restu dan kemaafan selepas tidak dapat melakukannya di pagi Raya. Namun usah terlalu teruja. Jangan bergegas dahulu memeluk, mencium dan bersalaman dengan mereka. Sebaliknya pastikan diri anda dibersihkan dahulu.

3. Sentiasa Pastikan Hand Sanitizer Ada

Amalan sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun atau cecair sanitasi perlu diteruskan. Sentiasa bawa cecair pencuci sanitasi ke mana sahaja anda pergi.

“Jangan Bergegas Peluk & Bersalaman Mak Ayah”, Antara Perkara Penting Untuk Anda Yang Balik Kampung

IKLAN

4. Bila Sampai Mandi & Bersihkan Diri Dahulu

Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas anda perlu membersihkan dahulu diri sebelum melakukan kontak dengan ibu bapa. Bila sampai pastikan anda dan keluarga membersihkan diri dahulu. Cuci pakaian yang dipakai dengan segera atau rendam dalam air sabun.

5. Rancang Waktu Perjalanan Sebaiknya

Bagi mengelakkan anda terperangkap dalam kesesakan luar biasa, rancanglah perjalanan dengan sebaiknya.

6. Jangan Berhenti Lokasi Ramai Orang

Melakukan perjalanan jauh dengan menaiki kereta pastinya memenatkan dan memerlukan untuk anda berhenti rehat. Tapi buat masa sekarang anda perlu elak berhenti di lokasi yang ramai orang.

IKLAN

7. Sentiasa Patuhi SOP Yang Ditetapkan

Walau di mana sahaja anda berada tidak kiralah ketika dalam perjalanan atau sudah berada di kampung sentiasa patuhi segala SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan.

8. Terus amal penjarakan sosial 1 meter

Walaupun kadar jangkitan sudah menurun namun usah lalai dan teruskan melakukan penjarkan sosial. Tidak kisahlah sama ada dengan orang asing atau saudara-mara terdekat di kampung sekali pun.

9. Elak bersalaman dan letak tangan di dada

Selain penjarakan sosial anda juga harus elak daripada melakukan sentuhan dengan orang lain seperti bersalaman atau berpelukan. Cukup sekadar meletakkan tangan ke dada sebagai tanda hormat.

10. Usah terlalu terburu-buru dan teruja

Biar lambat asal selamat. Usahlah terlalu teruja dan terburu-buru. Patuhi segala undang-undang jalan raya dan sampailah ke kampung dengan selamat.

Sebelum balik kampung anda boleh membeli buah tangan dan pelbagai produk dengan harga menarik serta murah di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI