
“Malunya kena tegur sampai tak tahu nak sorok muka dekat mana!”
Pernah tak anda alami situasi di atas apabila terlupa memakai rutin wajib kita setiap hari iaitu deodorant sampai ada yang menegur bau badan dan ketiak kamu secara tiba-tiba?
Kalau ya, entri ini khas untuk anda!
So dalam keadaan macam ni apa yang korang kena buat? Boleh ikut step ini ya.
1. Apa yang korang boleh buat adalah pergi cari hand sanitizer percuma yang ada tergantung di dinding-dinding office atau di tempat awam.
Kalau takde carilah rakan office yang jenis mak-mak sikit. InsyaAllah ada hand sanitizer dalam beg tangan diorang. Minta baik-baik dengan diorang, bukan curi.
2. Pergi tandas, keringkan dengan tisu kemudian sapulah ketiak dengan sanitizer. InsyaAllah, ketiak takkan berbau, paling tidak sampai kita balik rumah nanti.
Kenapa pakai sanitizer
Logiknya pakai sanitizer adalah, kita tahu kan punca bau badan adalah disebabkan bakteria yang terperangkap di celah ketiak. Maka di situlah gunanya sanitizer.
Ia untuk membunuh kuman yang ada di bahagian ini. Dalam masa yang sama dapatlah juga mewangikan ketiak kalau guna sanitizer yang ada pewangi! Bijak kan?
Tip ini boleh kita amalkan kalau travel dan lupa bawa deodorant. Hand sanitizer anak punya pun boleh jadi penyelamat. Nak beli baru tak berbaloi kan!
Sumber: Bijen Mohd
Tonton video penuh di bawah untuk kefahaman menyeluruh mengenai senaman-senaman ini menerusi gambaran yang lebih terperinci.
7 Petanda Telefon Pintar Android Anda Mungkin Terkena Virus

Pengguna Android mesti sudah biasa berdepan dengan masalah ini. Jika terkena serangan virus bukan sahaja telefon pintar yang boleh rosak tetapi ia membahayakan data peribadi kita yang mungkin jadi mangsa aktiviti phishing.
Apatah lagi boleh dikatakan semua perkara seharian yang kita lakukan seharian berkait rapat dengan penggunaan telefon pintar.
Semakin banyak telefon pintar maka semakin banyak jugalah cabaran perisian yang harus kita sebagai pengguna hadapi. Antara ancaman utama kepada pengguna telefon pintar menggunakan sistem operasi Android ialah serangan virus. Malah dari hari ke hari semakin banyak kes serangan malware terhadap telefon pintar berlaku tanpa disedari oleh penggunanya.
Ketahuilah bahawa serangan malware sangat ganas dan boleh menyerang pelbagai masalah serta rangkaian data peribadi. Dalam kes yang lebih parah data peribadi juga boleh dicuri.
Bagaimana nak kesan sama ada telefon pintar terkena jangkitan virus?
POP UPS
Jika menyedari telefon pintar kerap muncul iklan pop ups secara tiba-tiba sedangkan anda tidak menggunakannya. Ini merupakan petanda awal ia dijangkiti malware atau adware. Iklan merapu ini biasanya akan melakukan muat turun atau install aplikasi dengan adware. Ingat, jangan sesekali anda klik iklannya. Cuba ingat apalah apps terakhir yang anda install dan segeralah uninstall secepat mungkin.
DATA MENDADAK
Salah satu petanda lain ialah penggunaan data yang secara tiba-tiba naik mendadak. Ia menggunakan data anda untuk menampilkan iklan atau mengirim maklumat keluar daripada telefon Android. Jika berlaku abnormaliti ini segeralah periksa penggunaan data di telefon. Jika ia kelihatan meragukan besar kemungkinan ia dijangkiti malware. Perhatikan aplikasi yang manakah menggunakan Internet paling tinggi dan meragukan.
KREDIT KURANG
Terdapat virus yang lebih bahaya di mana ia menggunkan nilai pra bayar di telefon untuk membuat panggilan dan mengirim teks ke nombor premium. Jika perasan nilai kredit menurun dengan pelik periksa segera bahagian SMS untuk mencari penyebabkan. Kes langganan tanpa diketahui ini yang ‘memakan’ kredit telah lama berlaku dan ia boleh dihentikan dengan menghubungi syarikat telekomunikasi.
BATERI CEPAT KONG
Entah mengapa secara tiba-tiba telefon Android cepat sangat kehabisan bateri. Ini merupakan salah satu petanda berlakunya serangan virus. Sila ke bahagian setting periksa aplikasi yang manakah menggunakan bateri paling banyak.
TERIMA PANGGILAN & SMS ANEH
Salah satu petanda infeksi virus pada Android ialah penerimaan panggilan telefon dan juga SMS yang aneh dan tidak dapat dipastikan di manakah panggilan tersebut berasal. Selain itu panggilan daripada nombor telefon anda ke telefon rakan-rakan atau senarai contact juga merupakan petanda bahawa serangan virus berlaku.
TELEFON CEPAT PANAS
Jika telefon pintar Android terkena malware seperti virus, worm atau adware besar kemungkinan telefon pintar korang akan menjadi cepat panas. Cara terbaik untuk hindari masalah ini ialah dengan melakukan install antivirus terkini.
BACA: Macam Mana Nak Tahu Wi-Fi Dicuri Secara Senyap
APLIKASI ‘ALIEN’
Antara ruang utama malware menyerang telefon pintar ialah menerusi aplikasi yang di muat turun ke dalam telefon pintar. Selepas ia berjaya menceroboh ke telefon pintar, malware ini biasanya akan melakukan duplikasi dan menyerang sistem operasi. Salah satu petanda awal wujudnya aplikasi di telefon pintar anda walaupun ia tidak pernah di muat turun. Cepat-cepatlah delete aplikasi aneh itu dengan segera.
Selain Kenyang Lebih Lama, Makan Telur Separuh Masak Juga Boleh Awet Muda!

Telur separuh masak merupakan antara sarapan pagi sihat yang menjadi kegemaran ramai. Selain mudah untuk disediakan, telur separuh masak juga dianggap sebagai ‘superfood’ kerana mempunyai pelbagai nutrien yang baik untuk tubuh.
Malah pengambilan telur separuh masak juga sering menjadi pilihan orang berdiet kerana ia boleh membuatkan perut rasa kenyang lebih lama.
Selepas ini pastikan anda mengamalkan pengambilan telur separuh masak kerana ia mempunyai kalori yang lebih rendah jika dibandingkan dengan telur goreng ataupun telur dadar.
Kebaikan makan telur separuh masak yang tak harus anda lepaskan. Jom semak ni.
BACA: 12 Cara Kreatif Masak Telur Untuk Orang Diet Yang Nak Turunkan Berat Cepat!
1. Menu diet yang mengenyangkan perut
‘Lemak jahat’ yang terkandung di dalam telur separuh masak merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. Sumber protein dan asid amino yang tinggi juga membantu memberi sumber tenaga agar perut kenyang lebih lama dan sesuai diamalkan oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan.
2. Wajah awet muda
Kalau ingin mencegah penuaan dan ‘maintain’ awet muda, kenalah rajin amalkan telur separuh masak. Ini kerana ia mengandungi karotenoid yang dapat melindungi tubuh daripada penuaan.
3. Menguatkan otot jantung
Satu butir kuning telur mengandungi kira-kira 212 mg kolesterol. Sesuai dengan saranan penyelidik, dalam seminggu seseorang yang mengambil empat kuning telur setiap minggu berkemungkinan besar dapat mencegah risiko penyakit jantung.

BACA: Tambah 1-2 Sudu Minyak Zaitun, Cara Betul Makan Telur Ayam Kampung Yang Ramai Tak Tahu!
4. Bantu pembentukan otot
Tidak hairanlah jika ramai atlet dan ahli bina badan mengambil telur sebagai sumber protein. Selain membina otot, pengambilan telur separuh masak juga membantu otot anda terbentuk lebih tegap, kuat dan ‘berisi’. Sebiji telur yang besar menyediakan protein sebanyak 6g.
5. Menguatkan daya ingatan
Dua biji telur separuh masak mempunyai sumber ‘choline’ yang sangat tinggi dan baik untuk meningkatkan kapasiti memori di dalam otak, sekali gus menguatkan daya ingatan.
6. Membantu kesihatan mata
Vitamin A yang terkandung di dalam telur separuh masak jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan telur rebus.
7. Membekalkan sumber mineral
Mengikut laman web World Healthiest Foods, sebiji telur yang besar menyediakan 13.5mg sumber selenium, 7.5mcg molybdenum dan 23.7mcg iodin yang hampir menepati standard keperluan diet harian.
Peti Sejuk Di Rumah Tak Berfungsi & Sejuk, Ini Lima Masalah Biasa Jadi Penyebabnya

Pada bulan puasa seperti sekarang, peralatan elektrik dan elektronik seperti peti ais memang sangat penting. Ia menjadi peralatan penting untuk menyimpan makanan sama ada yang sudah dimasak atau pun mentah. Begitu juga untuk menghasilkan ais.
Jadi bayangkan bila anda berdepan dengan peti ais yang rosak di rumah. Memang cukup mengharukan. Jadi kalau anda tidak mahu beredepan masalah ini atau menghadap keluhan isteri tersayang, ini beberapa masalah yang biasa berlaku pada peti ais boleh anda kesan.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 masalah utama yang sering berlaku hingga menyebabkan peti ais tak sejuk atau rosak.
MASALAH KOMPRESOR
Apabila masalah peti sejuk tidak sejuk, ia biasanya berlaku kerana motor kipas condenser tidak dapat berfungsi dengan baik. Kemungkinan besar ia berpunca dari kompresor yang bermasalah. Atau kebanyakan masalah ini datang dari kegagalan frost-free.
Kompresor merupakan komponen penting atau menjadi nadi utama peti sejuk. Jadi jika ia tidak berfungsi maka anda berdepan masalah besar. Biaanya lebih baik tukar perti ais baru kerana kos membaikinya agak tinggi.
BUNYI KUAT & BISING
Sedang asyik tengok TV tiba-tiba ada bunyi kuat datang dari dapur. Usah gusar itu bukan hantu. Peti sejuk bermasalah boleh mengeluarkan bunyi yang kuat. Apatah lagi jika ia penuh dengan barang dan diisi dengan makanan yang panas.
Jika diamalkan berlarutan dalam tempoh masa yang lama, peti sejuk boleh rosak dan tak sejuk. Jadi elakkan menyumbat segala macam makanan hingga terlampau penuh di dalam peti sejuk.
GETAH TIDAK RAPAT
Anda dapati ruang sejuk beku di bahagian atas tidak berfungsi dengan baik. Ais yang ingin dihasilkan tidak membeku dengan baik. Ini mungkin berpunca dari keadaan getah pada pintu tidak ketat dengan badan peti sejuk.
Apabila getah tidak rapat udara yang masuk menyebabkan ia tidak sejuk beku dengan baik. Dalam kes seperti ini anda perlui gantikan getah pintu tersebut.
PINTU CONDONG
Kedudukan pintu utama peti sejuk yang condong juga boleh jadi penyebab ia tidak sejuk seperti yang kita mahukan. Kedudukan pintu yang condong atau senget membuatkan udara boleh masuk ke bahagian utama peti ais. Lalu ia tidak dapat berfungsi dengan normal.
Solusinya, betulkan kedudukan peti sejuk ke kedudukan asal dengan melaraskannya. Di bawah panel pintui biasanya terdapat rod diagonal.
TIUB KAPILARI TERSUMBAT
Tiub ini juga memainkan peranan sangat penting bagi fungsi unit penyejukkan. Apabila ia tersumbat secara tak langsung operasi penyejukkan akan terhentu. Tidak disyorkan untuk anda membersihkannya sendiri kerana risau boleh merosakkan saluran paip. Hubungi tehcnician yang mahir dalam bidang ini untuk membersihkannya dengan menggunakan alat hidraulik khas.
Diharapkan perkongsian ini boleh memberikan manfaat dalam kehidupan harian anda. Jom follow IG MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki!