Ramai beranggapan bahawa semakin meningkat usia, semakin kurang keperluan untuk bersenam.
Hakikatnya, aktiviti fizikal masih penting walaupun usia sudah mencecah 60-an ke atas.
Dengan bersenam, badan akan kekal cergas, pergerakan lebih lancar dan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, serta sakit jantung dapat dikurangkan.
Selebriti terkenal, Dato’ Jalaluddin Hassan, turut menekankan kepentingan bersenam bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Menurutnya, pada usia sekarang, beliau tidak lagi melakukan senaman berat seperti dahulu, tetapi masih memastikan tubuhnya aktif dengan aktiviti yang lebih ringan dan sesuai.
Foto : Mstar
Bukan Lagi Tentang Otot Besar, Tapi Kekal Cergas
Sebagai seorang lelaki, Dato’ Jalaluddin mengakui bahawa dahulu beliau sering melakukan latihan seperti angkat berat dan pergi ke gimnasium.
Namun, dengan peningkatan usia, beliau lebih mengutamakan kecergasan keseluruhan badan berbanding membina otot.
Ads
“Saya harap saya dapat buat macam tu tapi tidak,” katanya.
“Dengan umur saya yang meningkat tua ni, saya rasa tak sesuai, memadai saya memastikan badan saya fit, pernafasan berjalan lancar, exercise otot-otot yang ada.”
Senaman yang ringan tetapi konsisten membantu mengekalkan kekuatan badan serta mengurangkan rasa lemah pada bahagian tertentu seperti kaki, tangan dan bahu.
Ads
Mini Gim di Rumah untuk Kekal Aktif
Walaupun tidak lagi melakukan senaman intensif, Dato’ Jalaluddin tetap memastikan dirinya kekal aktif dengan bersenam di rumah.
“Dekat rumah saya ada mini little gym, yang penting saya bersenam,” katanya.
Ini membuktikan bahawa untuk bersenam, tidak semestinya perlu ke gimnasium besar.
Dengan beberapa peralatan asas seperti dumbbell ringan, tikar yoga, atau sekadar menggunakan berat badan sendiri, seseorang masih boleh menjalankan rutin senaman di rumah.
Bersenam pada usia lanjut bukanlah untuk membina badan, tetapi lebih kepada memastikan pergerakan tubuh tidak terbatas.
Apabila badan kekal aktif, ia membantu melancarkan peredaran darah, menguatkan otot dan sendi, serta meningkatkan keseimbangan untuk mengelakkan risiko jatuh.
Seperti kata Dato’ Jalaluddin, “Saya masih akan memastikan saya fit.” Jadi, tiada alasan untuk tidak bersenam, walaupun usia semakin meningkat!
Jaga kesihatan, kekal cergas, dan nikmati kehidupan dengan lebih sihat dan bertenaga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suplemen boleh dikategorikan kepada tiga iaitu vitamin, mineral dan multivitamin; merawat penyakit tertentu, berasaskan herba serta berasaskan minyak ikan.
Individu yang mengambil suplemen mungkin merasakan mereka tidak mampu mencapai nutrien daripada diet normal atas sebab tertentu.
Jika boleh, setiap individu perlu berusaha mendapatkan nutrien daripada sumber semula jadi iaitu melalui diet seimbang tanpa bergantung harap kepada makanan tambahan.
Pilihan diet lengkap adalah daripada pilihan buah-buahan, sayuran, bijiran penuh, susu, ikan dan minyak. Pemilihan sajian sihat ini mencukupi untuk menampung keperluan nutrien harian. Diet seimbang mempunyai zat lengkap dan mempunyai komponen nutrien yang pastinya lebih menjamin kesihatan.
Contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai vitamin, mineral, serat dan nutrien yang berupaya mencegah pelbagai penyakit. Manakala pil multivitamin hanya mempunyai vitamin dan mineral sahaja. Pengambilan serat yang tinggi secara saintifik terbukti mencegah penyakit kronik seperti kanser usus.
Phytonutrient yang juga nutrien daripada sumber tumbuh-tumbuhan kaya dengan bahan antioksidan, juga membantu mencegah serangan penyakit kronik.
Info
Pengambilan suplemen tanpa menjalani pemeriksaan doktor dikhuatiri mengundang padah termasuk terdedah kepada risiko penyakit hati dan buah pinggang.
Tidak semua suplemen yang diambil boleh diterima badan kerana sebahagian daripadanya disingkirkan dan berlaku pembaziran memandangkan harganya yang mahal.
Tubuh menyingkirkan vitamin berlebihan (terutama vitamin larut air seperti vitamin B dan C) melalui air kencing.
Pengambilan disebabkan pengaruh strategi pemasaran dan testimoni pengguna mendorong mereka mengambilnya walaupun tidak perlu.
Faktor kesibukan tugas menyebabkan mereka beranggapan diet harian tidak lengkap dan tanpa menjalani pemeriksaan terus mengambil suplemen.
CONTOH MAKANAN TAMBAHAN ADALAH SEPERTI KOLAGEN
Rumpai laut tidak mengandungi kolagen
Rumpai laut yang dibungkus di pasaran dengan label menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’ sebenarnya tidak mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains dilaporkan dalam jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya didapati mengandungi kolagen.
Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein. Protein memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal, menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Kenyataan rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tidak tepat.
Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh.Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen. Pengambilan pada dos sesuai dan konsisten boleh menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit.
Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah paras protein rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memakan makanan yang salah bakal memberi kesan pada tubuh, seterusnya merencatkan aktiviti kecergasan. Jadi apa kamu benar yakin dengan apa yang kamu makan sebelum sesi bersenam?
1. GULA + MINYAK
Elak makan makanan yang mengandungi kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional. Walaupun ia mampu memberi tenaga semasa sesi awal senaman, ketahuilah badan akan mula melemah secara drastik semasa pertengahan senaman. Ia juga bakal mengundang pening-pening kepala.
2. MAKANAN SEGERA
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana, darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa sesi bersenam.
3. PERUT KOSONG
Membawa fikiran bahawa ‘bersenam dengan perut kosong bakal mempercepatkan sesi pembakaran lemak’ adalah satu mitos semata-mata. Bersenam secara ini bukan sahaja meningkatkan daya lapar perut, malah ia juga menyah-singkir Glycogen, iaitu sel dari Glukosa yang menyimpan tenaga pada otot. Penyingkiran sel ini akan membuatkan otot mudah penat dan lemah.
4. MINUMAN TENAGA
Mengandungi kadar kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan lebih dari satu tin minuman tenaga ini bakal membuatkan pola tidur seseorang itu tidak sekata. Apabila tidur tidak mencukupi dan terganggu, maka rutin senaman dan pemakanan dia juga bakal terganggu.
5. TELUR MENTAH
Tidak lah menjadi satu kesalahan untuk memakan telur mentah sebagai makanan pre-workout. Namun terdapat risiko untuk perut yang tidak tahan/lasak iaitu keracunan bakteria Salmonella. Keracunan makanan ini mengundang Diarhea atau cirit-birit. Sebaiknya makanlah susu masam atau protein shake, 45 minit sebelum melakukan senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dengan mengamalkan minuman kurus ini, tanpa makan nasi pun anda masih boleh kenyang. Bagi yang ingin mengelak makan nasi, anda boleh jadikan minuman kurus ini sebagai pengganti makan malam.
Malah minuman kurus ini juga sesuai diamalkan untuk anda yang berhasrat ingin menurunkan berat badan. Malah bahan-bahan yang digunakan dalam minuman kurus ini juga boleh membuatkan perut anda rasa kenyang lebih lama.
Jadi sekiranya anda ingin membuat minuman kurus ini, apa kata ikuti perkongsian Nurul Moleek Cereprove menerusi page Masak Apa Hari Ni (MAHN). Hanya menggunakan empat bahan mudah, minuman kurus ini juga membantu anda untuk mengatasi masalah sembelit.
Petua ni saya dapat kat blog mat salleh. Saya try amal memang ok sangat2 la. Saya amal minum malam. Saya minum pukul 7 pastu memang kenyang sampai tidur. Sembelit memang dah takde langsung. Susu pun takde masalah. Banyak je untuk baby. Yang best tu perut rasa kenyang je amal ni. Ada banyak resipi lain tapi sy share yang ni dulu la. Sapa nak share, silakan. Saya halalkan ye.
Ni bahan2 untuk 1 serving ye. Means untuk sekali minum.
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sdt serbuk Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu (saya pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap hehe. Nak lagi bagus pilih yang low fat punya)
* Saya amalkan Kayu Manis Ceylon tu sebab khasiat dia yang lagi baik dari kayu manis biasa. Dari segi rasa, Aryan Kayu Manis Ceylon ni kurang rasa rempah dia dan lebih manis dan sedap sebab gred paling tinggi.
Cara buat dia senang je. Potong buah kurma & epal tu kecik2. Jangan buang kulit epal ye sebab kandungan Flavonoid yang ada kat kulit tu bagus untuk pelihara jantung dan elakkan stroke.
Masukkan susu & buah2 yang dipotong tadi. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ni saya tak masukkan ais. Then masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
Blender sampai halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali.
Dah siap. Boleh amal setiap hari. Buncit2 lepas mengandung pun dah kurang bila selalu amal ni hihi.
Ni khasiat yang saya baca kat website dia:
– Kayu Manis Ceylon mengawal paras glukosa & dan mengawal penyimpanan lemak.
– Kandungan karbohidrat & kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama.
– Singkirkan toksin dari badan.
– Atasi sembelit & usus tersumbat.
– Boleh mencegah masalah perut dan usus.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.