Umum sudah tidak sabar mahu menonton filem Avengers : Endgame yang akan ditayangkan kepada orang ramai mulai esok.

Menghangatkan lagi suasana filem kegilaan ramai ini, syarikat pawagam, GSC siap menawarkan waktu tayangan paling awal dalam Malaysia iaitu pukul 7.00 pagi.

Tersebar spoiler?

Baru-baru tular dalam media sosial kononnya terdapat spoiler yang terlepas dalam kalangan netizen.

Perkara ini mendapat perhatian yang meluas namun ia sempat diselamatkan sebelum ditonton lebih ramai orang.

Jangan Buat 8 Perkara Ini Sewaktu Menonton Avengers : Endgame Bermula Esok

Ada adab menonton Avengers : Endgame?

Jawapannya, ya.. memang ada. Bahkan ia tertakluk untuk semua jenis filem yang anda tonton di panggung wayang. Anda perlu memastikan yang anda :

1. Tidak tendang kerusi orang depan

Nak layan filem tu, layanlah. Tetapi jangan sampai tendang-tendang kerusi orang depan kalau dah terlampau syok sangat.

2. Jangan bawa bayi kecil

Tinggalkan bayi kecil anda sementara di rumah pengasuh atau sesiapa sahaja yang dipercayai untuk menjaganya. Risau dia menangis dalam panggung wayang nanti.

3. Jangan rakam guna telefon

Tak kisahlah anda nak update ke InstaStory atau WhatsappStory, meski pun anda bukan siapa-siapa.. ingat, kuasa viral sangat menggila zaman sekarang. Kalau tak nak kena sebarang tindakan, tontonlah dan jangan gatal tangan nak merakam.

4. Kurangkan minum air

Dikatakan filem Avengers : Endgame ini durasinya sangat lama. Dah ibarat filem Hindustan. Cuma tak pasti Thanos atau Hulk akan menyanyi di taman bunga atau tidak. Risau kalau minum air banyak-banyak, nanti kerap nak ke tandas pula.

Jangan Buat 8 Perkara Ini Sewaktu Menonton Avengers : Endgame Bermula Esok

5. Sediakan pop corn yang cukup

Kepada mereka yang suka mengunyah sewaktu menonton filem, sediakanlah pop corn secukupnya. Namun kebiasaannya, peminat filem ini tak sempat nak jamah pop corn semasa tayangan bermula. Tahu-tahu filem sudah tamat.

6. Matikan telefon atau letak dalam mod senyap

Hormatilah penonton filem yang lain. Matikan telefon atau tukar deringan kepada mod senyap. Selain itu malapkan cahaya telefon anda kerana jika anda membukanya sewaktu tayangan berlangsung, cahayanya turut mengganggu orang lain.

7. Jangan cerita di Twitter atau Facebook

Bertuahlah kerana anda jadi yang pertama menonton filem super-mega itu tetapi janganlah jadi manusia yang kejar like serta share yang tinggi semata-mata mahu bercerita apa yang anda sudah tonton. Diam-diam sudah. Nanti dah tamat tayangan selepas berbulan-bulan, terpulanglah kepada anda untuk menulis.

8. Mandi sebelum ke pawagam

Tip ini penting buat anda yang menonton filem tersebut seawal pukul 7 pagi. Manalah tahu sebelum ini memang kaki tidur dan hanya bangun selepas pukul 12 tengahari. Jadi untuk mengelakkan orang di sebelah anda tidak selesa, lebih baik anda mandi. Lagi pun, please jangan jadi pengotor tau!

Apa-apa pun, enjoy the movie. Apa teori anda tentang Avengers : Endgame ini? Penulis rasa Thanos akan jadi petani moden yang berjaya dan jual hasil pertanian di pasaraya. Hehe.. pendapat anda? Kongsikan bersama Maskulin!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI