Masuk tahun baharu ni tentu ramai yang teringin nak diet dan kawal nafsu makan, namun hasrat ini selalu gagal kerana perut sentiasa rasa lapar dan mulut teringin nak mengunyah.
Sudahnya anda akan buka peti ais dan sentiasa mengunyah macam-macam makanan.
Macam mana nak kawal dan kurangkan gula yang sudah diambil kalau anda sering ulang alik ke dapur?
Tidak dinafikan, untuk merancang pelan diet jika tiada kesungguhan, sudahnya hasrat anda itu akan ke laut.
Tanam dalam diri yang anda ingin berubah dan menurunkan berat badan ke berat ideal dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.
Jika selama ini anda sukar untuk mengawal nafsu makan, jangan bimbang kerana tip perkongsian Pakar Pemakanan Syaza Nutritionist ini boleh membantu anda merancang misi diet.
IKLAN
Jom ikuti perkongsian sihat beliau. Semoga ia bermanfaat untuk anda yang merancang memulakan pelan menurunkan berat badan.
Macho tidak semestinya diukur pada rupa paras yang tampan sahaja malah ia sering dikaitkan dengan keperibadian tertib yang dimiliki seseorang lelaki itu.
Kerana bagi wanita, andai kata lelaki itu cuma memiliki wajah tampan tetapi tidak pandai menjaga hati pun, memang tiada gunanya.
Jadi para lelaki yang masih single di luar sana usah risau, anda akan tetap dipandang macho andai memiliki 5 sifat keperibadian dambaan wanita seperti :
1. Pandai
Lelaki yang pandai sudah pasti tahu bagaimana hendak memulakan perbualan, membuat keputusan dan membuat kerja pun tanpa perlu disuruh. Apa yang paling penting, lelaki tersebut boleh mencari penyelesaian pada waktu kecemasan. Lelaki yang pandai juga senang nak uruskan pelbagai hal lagi-lagi soal wanita urban yang rata-rata berpesonaliti.
2. Kelakar
Boleh dikatakan 80% perempuan di dunia memilih lelaki yang kelakar berbanding lelaki tampan. Sebabnya, lelaki kelakar boleh membuat wanita rasa bahagia. Tambahan pula, lelaki kelakar boleh menceriakan keadaan jika tepat pada masanya.
3. Family guy
Jika anda nak layan keluarga sendiri pun susah, macam mana nak cairkan hati si dia yang begitu jelita dan mahukan kemanjaan selepas berkeluarga itu? Lagi pun, bukankah lelaki yang jenis ‘family guy’ ini nampak lebih penyayang?
4. Pandai masak, main muzik, menyanyi & menari
Kebiasaannya, perempuan memang suka apabila bertemu dengan lelaki yang ada talent tertentu. Tapi sesetengah perempuan lebih suka lelaki pandai masak, atau memang pandai main muzik. Jika ada hobi seperti ni, maksudnya anda ada daya penarik.
5. Pemurah
Perempuan suka lelaki pemurah tapi pandai kawal kewangan. Lelaki yang ada sifat-sifat penderma, ikhlas, bertanggungjawab, perihatin. Perempuan suka jika lelaki pandai merancang hal kewangan, barulah nampak serius dalam kehidupan.
Jadi, anda yang mana satu? Kongsikan bersama Maskulin!
Tatkala kondisi ekonomi kini yang tidak menentu dengan ramai yang kehilangan pekerjaan akibat kesan daripada pendemil masih berpanjangan, kita harus bijak dalam mengurus kewangan.
Bukan hanya gaya hidup saya perlu akur dengan norma baharu, gaya berbelanja juga perlu selari dengan norma baharu. Bagi anda seorang lelaki pastinya berdepan pelbagai cabaran terutamanya yang sudah berkeluarga demi kelangsungan hidup.
Bagi yang masih mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang stabil, bersyukurlah kerana anda masih lagi bertuah.
Namun jangan pula leka dan berbelanja tidak tentu hala. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tabiat yang boleh anda jauhi atay tinggalkan. Percayalah jika anda tidak melakukan atau meneruskan tabiat ini, banyak wang anda boleh simpan.
Selain itu ada juga beberapa tip tambah pendapatan dan ilmu yang baik untuk masa akan datang. Berikut apa yang mungkin diamalkan lelaki pandai berbelanja.
Tidak Terlalu Agungkan Kereta
Cukuplah kereta sebagai pengangkutan yang boleh ke sana sini. Tidak minat modified kereta. Yang selalu duk pasang spoiler, tukar sportrim, tukar tayar kereta jadi cacat terkeluar ni dompet dia boleh nipis. Tak suka bazirkan duit untuk perkara yang tidak penting.
Tidak Minat Dengan Pakaian & Barang Berjenama
Pakai baju bundle pun tiada hal. Tak pentingkan jenama sana. Asalkan berkualiti dan boleh dipakai. Ada sesetengah orang, tak pakai baju biasa-biasa. Alergik katanya. Mesti kena ada jenama.
Tidak Merokok
Merokok ini umpama aktviti anda membakar duit. Bahkan bukan sahaja membakar duit tetapi juga membakar dan merisikokan kesihatan serta nyawa sendiri. Jadi dari anda terus membuag duit apa kata berhentui merokok dan simpan duit itu!
Telefon pintar baru menjadi idaman. DSLR, Go Pro semua ada. Padahal duit dalam bank sedang menangis dan hutang kad kredit tertunggak. Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat.
Banyak Membaca Buku Tentang Pengurusan Kewangan & Hartanah
Dia banyak membaca buku pasal hartanah dan pengurusan kewangan. Bukan duk baca buku tentang kereta mahal dan motosikal besar je manjang. Kalau duk baca Al-Quran suruh dia masuk minang laju-laju.
Ada Pelaburan Terjamin
Dia mempunyai pelaburan yang terjamin seperti melabur di ASB atau Tabung Haji. Dah ada rumah sendiri tu kira bonus dah. Dah ada simpanan untuk majlis kahwin nanti. Tidak gilakan Skim Cepat Kaya sebab nak pakai kereta Audi cepat. Tak ada niat nak buat pinjaman peribadi untuk kahwin nanti.
Pastikan anda tahu cara berdoa yang betul agar doa anda mudah dimakbulkan. Tidak dinafikan betapa besarnya kuasa sebuah doa. Berdoa adalah salah satu senjata paling mujarab bagi umat Islam untuk mengharapkan sesuatu kepada Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa hendak mendapatkan kesenangan padanya ketika ia mengalami penderitaan dan kesusahan kerana doanya diperkenankan Allah, maka hendaklah ia memperbanyakkan berdoa ketika berada dalam keadaan yang masih baik (senang).” (HR. Tirmidzi).
Jadi bagaimana cara berdoa yang boleh mengubah kehidupan kita menjadi bertambah baik?
Tip daripada pengguna Facebook, Intan Mdsah ini boleh anda jadikan amalan. Dengan menukar cara berdoa mengikut 6 formula ini, mudah-mudahan Allah SWT akan mudah memakbulkan doa kita.
Moga sahabat yang membaca beroleh manfaat yang sebanyaknya. In shaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah.
FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku.”
FORMULA 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku.”
Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,“Ya Allah KURNIAKANLAH aku.”
Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.
FORMULA 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “Semoga DIMURAHKAN rezeki.”
Selepas ini, latihkan baca doa begini: “Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta pada-Nya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:
“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan Ya Allah.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku Ya Allah, maka kurniakanlah.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku Ya Allah.
Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
Amin Ya Mujib.”
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
FORMULA 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah beri. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita.
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yang Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi. Sebagai contoh:
“Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepadaMu. Dan redhalah kepadaku Ya Allah.”
FORMULA 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita. Satu contoh,
“Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan Ya Allah. Bantulah dia Ya Allah, lapangkan kesulitannya. Permudahkan perjalanan hidupnya Ya Allah.”