Jangan Gelojoh Makan & Kurangkan Gula, Ini Tip Kawal Nafsu Makan Paling Mudah!

Share

Masuk tahun baharu ni tentu ramai yang teringin nak diet dan kawal nafsu makan, namun hasrat ini selalu gagal kerana perut sentiasa rasa lapar dan mulut teringin nak mengunyah.

Sudahnya anda akan buka peti ais dan sentiasa mengunyah macam-macam makanan.

Macam mana nak kawal dan kurangkan gula yang sudah diambil kalau anda sering ulang alik ke dapur?

Tidak dinafikan, untuk merancang pelan diet jika tiada kesungguhan, sudahnya hasrat anda itu akan ke laut.

Tanam dalam diri yang anda ingin berubah dan menurunkan berat badan ke berat ideal dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Jika selama ini anda sukar untuk mengawal nafsu makan, jangan bimbang kerana tip perkongsian Pakar Pemakanan Syaza Nutritionist ini boleh membantu anda merancang misi diet.

Jom ikuti perkongsian sihat beliau. Semoga ia bermanfaat untuk anda yang merancang memulakan pelan menurunkan berat badan.

Artikel berkaitan: Awas Gula Akan Menyebabkan Anda Makan Lebih Kerap, Ini Bahaya Gula Dalam Minuman Harian Anda!

Artikel berkaitan: Jangan Salahkan Seafood Je, Terlebih Pengambilan Gula Juga Boleh Aktifkan Gout!

1. Makan ikut waktu boleh mengelak anda snacking atau teringin mengambil makanan yang tinggi kalori

2. Jangan gelojoh kerana cara ini akan membuatkan anda makan lebih banyak

3. Pilihan snacking (kudapan) yang sihat dan bernutrisi boleh  membuatkan perut kenyang lebih lama

4. Minum air kosong untuk kawal nafsu makan dan elak anda makan secara berlebihan

5. Amalkan makan suku-suku separuh kerana ia boleh mengurangkan craving dan rasa lapar

6. Kurangkan / elakkan gula kerana gula mengandungi kalori yang tinggi

7. Lakukan aktiviti sihat untuk meningkatkan pembakaran kalori

Sumber: Syaza Nutritionist

Sunscribe dan tonton pelbagai video Fitness dan gaya hidup lelaki di channel Youtube MASKULIN

IKLAN